Salam. Ramadhan Kareem guys.
Diam tak diam dah hampir ke penghujung dah Ramadhan kali
ini. Macam mana Ramadhan anda? Apa pun semoga Ramadhan kali ini lebih baik
daripada sebelum ni dan marilah kita gunakan beberapa hari yang tinggal ni
untuk membuat pecutan ibadah kita. GO! =)
By the way, harini ada kejadian yang buat aku serius hilang
mood nak kerja. Dan ternanti-nanti jam mencecah ke angka 5.00 pm.
Alkisahnya:
Memang setiap pagi before aku pergi kerja, aku akan bukak
almari kasut and cari la kasut yang sesuai untuk dipakai pada hari itu. And
then pagi tadi, entah kenapa aku tiba-tiba nak pakai kasut adik aku pulak.
Selalunya pakai kasut sendiri. Tetiba harini gatal nak pakai kasut dia. Nak
matching dengan baju la kononnye. Puii. Haha.
So, disebabkan pakai kasut tu buat pertama kalinya, aku pun
check-check la. Saja check mana tau ada yang pelik. Okay, selain saiz yang
besar sikit dari kaki aku, aku berpuas hati lalu pergilah kerja dengan senang
hati. Tapi entah kenapa walaupun tadi macam puas hati tapi aku ada gak rasa tak
sedap hati pasal kasut tu. Tapi aku abaikan je la time dalam kereta tu. So,
bila dah sampai office, aku pun gatal la check kasut tu lagi sekali. And tau
tak apa yang aku baru perasan?
“Oh NO!! Rupanya kasut yang aku pakai tu PIGSKIN! (kulit
BABI)”
Aku terus macam ohhh apa aku nak buat ni. Terus ambik
handphone mesej adik aku and ibu. Nak
puaskan hati, aku siap google lagi betul ketidak kasut tu PIGSKIN. And the
result is aku yakin kasut itu memang tak suci. Means kasut tu memang PIGSKIn
(T_T). Tak pasal-pasal aku kena sertu /samak kaki ku. Huhu. Dah la kena tunggu
balik rumah. Kat office ni mana nak cari tanah. And nasib baik tengah cuti.
Huhu. Sadis.
Aku tak salahkan adik aku. Normal la. Tak semua tau kan and
tak semua perasan. Aku pun kat rumah tadi dah tengok pun tak perasan tu
PIGSKIN. And Alhamdulillah perkara ni dapat gak disedari walaupun lambat.
Before ni aku pernah gak hampir terkena. Time tu kat Setia
City Mall. Kat situ banyak kedai kasut and aku pun memang berniat nak cari
kasut. Then, aku masuk lah satu kedai kasut ni. Aku macam biasa lah rambang
mata tengok kasut lawa-lawa. And mata aku dah terberkenan kat satu heels ni.
Dah pegang dah bahagian tumit dia. Sekali usha, rupanya pelapik kasut (tempat
kita pijak kalau pakai kasut) tu is PIGSKIN. Terus aku letak and ajak adik and
cousin aku keluar cari kedai kasut lain.
Macam mana nak tau kasut or any barangan kulit lain tu
PIGSKIN ke bukan. Barangan tu akan mempunyai TIGA TITIK DALAM SATU TOMPOKAN
TITIK TITIK. Contohnya macam ni :
Gambar : Ihsan Google
Banyak je barang-barang lain yang diperbuat dari PIGSKIN ni.
Selalunya kasut la. Selain tu, setelah menjadi teman setia google hari ni, aku
dapati banyak je produk lain macam beg, casing handphone, cekak rambut dan
lain-lain. Material ni selalu digunakan sebab dia lembut.
Tapi selalunya gak ada je yang terlepas pandang. So, lepas ni, kalau nak beli
produk yang diperbuat dari kulit, berhati-hatilah. Jangan tertipu dengan
kecantikan semata-mata okay. Lagi-lagi tengah time nak shopping raya ni kan.
Hehe.
By the way ikut hukum, macam-macam jawapan aku jumpa. Tapi
kebanyakan yang aku jumpa, Mazhab Syafi’e mewajibkan untuk samak. Tujuh kali
basuhan yakni basuhan pertama tu dengan
air bercampur tanah. Mazhab lain ada je yang kata tak payah samak. Tapi aku,
walau apa pun aku tetap nak samak. Baru puas hati dan dapat menghilangkan
keraguan dalam diri. Kasut tu, apa lagi. Jadi makanan Cik Tong Sampah la
jawabnya.
So, lagi sekali aku tekankan berhati-hati semasa mebeli
belah. Walau apa pun hukumnya, walau apa pun yang anda yakini, seeloknya
elakkanlah beli barangan PIGSKIN ni. Tapi apapun semuanya terpulang di tangan
anda. =) And kalau ada sesiapa yang boleh bagi aku or orang lain tambah ilmu
pengetahuan, bolehlah share any information ok. Thanks for reading. =)
Salam.
p/s : Untuk Muslim je ok nasihat PIGSKIN ni. Yang non-muslim
terkecuali.
-nurynweida-
No comments:
Post a Comment