Wednesday, October 3, 2012

AKU MAHU PERGI...

Salam

Penat,
Lelah,
Dengan mainan hati sendiri.

Tolong...
Bawaku keluar dari gelanggang permainan ini
Aku mahu pergi,
Aku mahu lari...

Bukan aku pengecut,
Bukan aku penakut,
Aku hanya mahu pergi,
Dan bila aku kembali,
Aku mampu berdiri sendiri.


Wassalam

-nurynweida-


Monday, October 1, 2012

NANTI ORANG KATA...

Salam..

Hidup bila terlampau memikirkan apa orang kata susah jugak
Buat benda ni, duk fikir:

"Eh, NANTI ORANG KATA bla bla bla....."

Buat benda tu, duk terbayang:

"Kalau aku buat macam ni NANTI ORANG KATA bla bla bla..."

Come on la, memang hidup kita perlu jugak ambil kira pendapat orang.
Tapi, kalau sampai semua benda yang kita buat asyik stuck kat tengah jalan sebab terlampau memikirkan apa orang akan kata, apa nak jadi dengan hidup kita.
Masih di takuk lama la gamaknya.
Tak bergerak-gerak. Statik.

Arah tuju hidup kita, kita yang tentukan,
Kita nak ke kiri ke kanan kita yang tentukan
Bukan orang yang kita fikir duk kata tu.
Kadang-kadang orang yang kita fikir akan mengata kita tu,
Secebis pun dia tak hairan.
Sedikit pun dia tak kisah.
Tapi kita sendiri yang paranoid mungkin.
Paranoid dengan diri sendiri.

Dan betul memang ada jugak yang akan mengata itu mengata ini
Tapi mulut orang bukan boleh ditutup
Dah penat berkata dia diamlah.
Asalkan kita tahu apa yang kita nak dalam hidup kita,
Asalkan kita tahu apa yang terbaik dalam hidup kita.
Teruskan sahaja. Biarla apa pun orang kata
Asalkan kita tahu diri kita dimana
Asalkan kita tahu ALLAH sentiasa bersama kita.

Move on. Bahagia kita bukan orang lain yang tentukan.

Salam

-nurynweida-