Wednesday, December 28, 2011

2011 MEMORIES

Salam..

2011 sudah tiba ke penghujung. Seperti biasa setiap tahun ada macam-macam cerita di dalamnya. Pahit, manis, tawar, masin, suka, duka dan sebagainya. Tapi apa pun itulah hidup. Perlbagai rencah rasa di dalamnya. Macam mana rasa sekali pun, macam mana tunggang terbalik pun, hidup perlu diteruskan.
2011, macam-macam aku lalui. Pelbagai pengalaman yang aku tempuhi dan hadapi yang mengajar aku erti sebuah KEHIDUPAN.

1) 15/6/2011 - Aku hilang antara insan yang paling rapat dan sayang dalam hidup aku. Aku tak pernah tak rindu dia. InsyaALLAH, dia tetap dalam ingatan.. Al-fatihah.. (Entry berkaitan)

2) Dugaan yang pelbagai untuk keluarga aku. Macam-macam berlaku. Sampai satu tahap aku rasa give up dan tak mampu lagi nak hadapi. Tapi ujian tu lah yang mematangkan kita dan menyedarkan aku yang hidup tak selalu indah. Tapi apa pun, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Hubungan kekeluargaan aku lebih rapat dari sebelum ni. And aku tau, keluarga adalah antara harta yang paling bernilai dalam hidup aku. Tiada galang gantinya. Susah mana pun hidup aku, jatuh terjelepuk pun aku, keluarga aku sentiasa ada kat sisi aku. :')

3) Ok ini cerita happy! Ada antara kawan-kawan baik aku yang dah melangkah ke fasa 'nak jadi isteri orang dah'. I am really happy for them. Semoga berkekalan hendaknya. Mereka sudah, aku bagaimana? Ehhh... hahahahaha.


-Bukan pelamin aku pastinya. Haha-


4) First time ibu ayah lepaskan aku pergi vacation dengan kawan. Travel naik kereta. Bukan naik bas. Okay, memang aku batak sikit. So, what? Haha :-p Walaupun hanya ke Kelantan dan Terengganu, tapi best kot! Next time nak pergi tempat lain. Eceh, banyak duit kau Ain. Haha.

-Pelancong excited-
5) New responsibilities for me. Amanah yang aku perlu jaga dan pikul dengan sebaiknya. Macam aku kata sebelum ni, walaupun bukan jawatan tertinggi, tapi ia still amanah yang perlu aku galas sebaiknya. Titik perubahan aku untuk menjadi lebih baik dari sebelum ni. InsyaALLAH..

Ok la. Ikutkan banyak je lagi yang berlaku. Tapi apa kes kan nak cerita semua. Hehe. Ni antara yang aku paling ingat la. Haa..  ada lagi satu yang paling aku ingat, tapi tak nak cerita la. Biarlah rahsia.. Teeeeet. tak payah poyo sangat la Ain. Haha.

By the way, semoga 2012 lebih baik dari 2011 untuk aku dan kamu-kamu semua. InsyaALLAH =)Ok, till then bye!

Salam

-nurynweida-

Saturday, December 24, 2011

DUA PULUH DUA

Salam..

Tiada apa yang mampu dilafaz,
Melainkan kesyukuran yang tidak terhingga,
Kepada DIA yang satu-satunya,
Yang Maha Esa,
Yang Maha Kuasa,
Atas peluang dan kesempatan,
Untuk terus menghirup udara dunia,
Untuk terus melangkah di bumi fana,
Buat kali yang ke-duapuluhdua.

Duapuluhdua,
Bertambah sudah satu angka dari yang lama,
Bila fikir semula,
Dah tua rupanya,
Jadi,
Seiring dengan pertambahan usia,
Semoga menjadi lebih baik dari sebelumnya,
Yang buruk ditinggalkan,
Yang baik dikekalkan,
Amalan dipertingkatkan,
InsyaALLAH...

-A BIG THANKS to ibu and ayah. Tanpa mereka tiadalah Nur Ain Wahidah di dunia ni... =)

Salam

-nurynweida-

Saturday, December 17, 2011

TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH

Salam.. Hai guys..

In the name of ALLAH
The Most Gracious The Most Merciful

We
Solemnly pledge
To fulfill
The trust given by the students
To uphokd and to demonstrate
The supremacy of Islam
In every aspect of life
To promote
Unity and solidarity
In the spirit of Islamic brotherhood
Among students and staffs
And among students themselves as a whole
To represent
The interest of all members of the society
In dealings with Kuliyyah
And the administration of University
In the manner deemed fit
To organize and administer
The affairs of the students
In conformity with Islamic teachings

With integrity
Sincerity
And wholeheartedly.


Tanggungjawab baru. Amanah baru yang harus aku pikul bermula selepas saat bai'ah ini aku lafazkan.
Jujurnya, perasaan takut, risau and segala macam lagi perasaan dalam diri aku ni.
Takut untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini.
Risau jika aku tak dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.

Ucapan tahniah yang aku terima seiring dengan pelbagai pesanan dan nasihat:-

"Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya.."

"Ingat dan pegang bai'ah yang dibaca tadi..."

"Kau dah pegang jawatan besar lepas ni. Kurangkan emo, kena pandai kawal perasaan.."

"...beban Amanah ni bukanlah satu benda yang mudah, semuanya akan dipersoalkan satu persatu di akhirat nanti.. jadi berhati2 dengan setiap tanggungjawab yang dipikul..."

"Mungkin jawatan ni lah pemangkin untuk kau berubah jadi someone yang lebih baik dari seebelum ni. Pemangkin untuk kau tinggalkan segala benda tak elok yang ada dalam diri kau sebelum ni..."

Yup, bukan senang. Itu sebenarnya. Walaupun jawatan aku tak adalah sampai tahap Presiden, tapi apa pun, aku tau aku kena pegang dengan sebaiknya. 
I need to control my emotion (it's most important), I need to control my behaviour,my attitude.
Aku tak janji apa-apa sebab aku takut aku tak dapat laksanakan. Tapi aku hanya janji dengan diri aku yang aku try untuk lakukan yang terbaik untuk diri aku dan semua orang. InsyaALLAH...
Pray for me guys .. Huhu 

p/s : Congrats untuk semua new line up 2011-2012.. Semoga kita dapat jadi satu team yang mantap.. InsyaALLAH...

Salam

-nurynweida-





Wednesday, December 7, 2011

WINTER CAMP - PART 2

Salam.. Hai guys.

Ok. Lets continue with the part 2 of our WINTER CAMP! Kalau nak tau yang part 1 punya sila klik sini. :-)

Baiklah. Jom layan gambar games yang kitorang main sepanjang hari ke-2 tu. Before that, apa yang aku boleh katakan, ia adalah BEST!!!!

Ini game  ikat kaki by pair sambil gelecek bola.

Semangat mereka main walaupun bawah terik matahari.

Ini lah ahli group aku! Biru yang best! Walaupun tak jadi juara. Still TOP 3!Muahaha =p

Game ni memang best sangat! PROJECT RUNAWAY. Pheewwiit!Abang Kema berkain batik PINK kot!

Ramai beno perunding imej nye. Haha

Inilah dia MODEL TERHANGAT RUMAH BIRU!

Ini pulak MODEL HOT RUMAH MERAH! Haha

Presenting RUMAH HIJAU! To RUMAH KUNING, sorry tak sempat snap model korang. Hee

Amboi akak Syeken kita. Semangat beno. Haha

Wait!!! Apasal jejaka pulak yang beriya berpayung ni. jaga kulit ke bang? Haha

Game DURIDUUUUUUUUUUUUUUU!!! Sape nafas panjang sesuai la!

Ni panglima perang mana ni? Ke baru balik bendang?

Tukang kacau yang amat excited mengacau.

WAR GAME! Masing-masing busy isi peluru.


Serikandi-serikandi yang sudah bersedia.


Ok ni dah nak balik dah...


Bye Balok!


By the way, aku memang enjoy sangat! And ALHAMDULILLAH sangat tak hujan. Hujan pun renyai-renyai and sekejap je malam tu. Memang tak rugi la aku join. Time kem ni gak first time aku join kawan-kawan aku cari ketam. Best kot! Hehe. Then, time kem ni gak la aku dapat lepak-lepak dengan diorang sampai midnight, nyanyi-nyanyi and bergelak ketawa. And aku sure pengalaman ni memang tak akan aku lupa sampai bila-bila and aku sure aku akan rindu moment-moment ni. :')

Till then. Bye.

Wassalam

-nurynweida-

p/s- Gambar-gambar ni semua dari camera kawan aku- Don. Thanks Don bagi aku ambik gambar banyak-banyak time kem ni. Hehe

Tuesday, December 6, 2011

WINTER CAMP- PART 1

Salam.. Hai readers!

Weekend haritu ( 3 and 4 Disember), aku dan classmates aku telah bersuka ria berjimba bersama untuk melepaskan tension setelah menghadap C++ yang 'senang' amat malam sebelum tu. Ok lupakan dan abaikan C++ yang tension itu ye! Tempat yang kitorang tuju adalah Pantai Balok di Beserah. Plan awal konon nak pergi Cherating. Tapi disebabkan yuran yang dikenakan agak tinggi, kami semua bersepakat pergi Balok je. Hee. Aku serius excited nak pergi sebab memang aim aku nak enjoy je kat situ. Yela sem ni penat kot. Nak relaks pun terpaksa curi-curi masa. Huu.. KItorang pergi konvoi ramai-ramai. Best kot sebab kitorang buat macam ni which is konvoi ramai-ramai lelaki dan perempuan. Hehe. Ok la, tak guna cakap banyak kan. Jom layan gambar!


Jap sebelum tu gambar memang amat lah banyak. Bersabar ye untuk menyaksikan. Hehe


Sampai-sampai je ini antara tugas yang dilakukan oleh dua orang sang jejaka.
Aktiviti MEMBUAT AMPAIAN.
Kitorang para gadis amat bertuah kerana sepanjang camping ni JEJAKA-JEJAKA TERHANGAT CTS amat 'gentleman' menyediakan makanan untuk kitorang. :-)

Rajinnya. Ehem. Haha
Tengok ni. Gigih diorang prepare semua-semua ni.
Yang ni pulak kerja-kerja yang dilakukan oleh para gadis.

Bergambar la apa lagi! Owh ye. Ini ahli khemah saya. merangkap sayang-sayang saya. Hehe



Posing ala-ala Hindustan.
Kalau berposing serahkan pada diorang. Haha.
Ezra Don - PC merangkap juruacara sepanjang camping berlangsung

Time ni kitorang pindah sekejap kat Dewan Terbuka sebab hujan renyai-renyai.
Tapi hujan tu main-main pulak. Sekejap je pun.
Mereka yang kepenatan dan kekenyangan. Haha
Pagi esoknya, inilah aktiviti kami! Bersenam yang di'conduct' oleh jejaka bernombor 25.
Dapatlah tengok sunrise.
Selepas bersenam, ni lah antara aktiviti kami sementara tunggu para jejaka menyiapkan sarapan.


Berposing lagi!


Tengok ni. Mereka memang. Dimana sahaja boleh bergambar. Hehe

After breakfast, game pun bermula! Yeeha!!!

Serius muka PM kita mewarnakan muka Kema. Haha


Inilah antara hasil contengan di muka masing-masing berdasarkan warna rumah.

Okeh. Nak tau game apa yang kitorang main? akan bersambung di Part2. hehe

Wassalam

-nurynweida-






Wednesday, November 30, 2011

ANTARA AKU DAN AIR MATA

Salam.


Aku sebenarnya bukan lah seorang yang kuat mana pun.
Jiwa aku mudah sangat rapuh. Mudah.
Tanya lah kawan-kawan rapat aku. Tanyalah ahli keluarga aku.
Aku dan air mata itu perkara biasa.


Aku sedih, itu memang confirm aku akan nangis.
Aku marah, sometimes memang aku ekspress marah aku. Tapi bila aku ekspress marah aku, aku sendiri  yang akan nangis at last. Aku jadi sedih sebab aku ada perasaan marah tu lagi-lagi dekat orang yang aku sayang. Belum lagi kemarahan yang aku pendam. Itu lagi lah buat aku menangis.
Kecewa, sebak, terharu dan segala yang boleh mebuatkan aku menangis aku akan menangis.
Walaupun hanya dengan bergenang air mata, aku consider ia sebagai menangis.


Tapi sejujurnya, seboleh mungkin aku tahan diri aku dari menangis.
Aku cuba positifkan diri aku. Aku cuba happy kan diri aku.Aku cuba ignore perkara yang menyebabkan aku boleh menangis.
Sebabnya, aku sedih tengok orang yang aku sayang sedih. So, aku cuba untuk lawan perasaan sedih aku sebab aku tak nak orang yang sayang aku sedih bila tengok aku sedih.
Tapi selalunya, tak berjaya sebab orang-orang yang sayang aku akan tau bila aku sedih. :')
Kalau aku berjaya pun tahan and control diri aku, tak semua dan tak selalu.
Untuk sesetengah benda aku mungkin boleh just let it go.
Tapi sometimes untuk sesetengah bende yang lain, bende yang keep distract aku sampai aku jadi stress, at last aku akan menangis jugak bila aku rasa tak mampu dah nak ignore and nak handle.

Thanks untuk mereka-mereka yang sentiasa ada untuk aku bila aku menangis.. Teman ketawa memang senang dicari tapi teman menangis tak semua sanggup nak jadi. Thanks..

p/s: Cengeng ke aku ni?? Hehe.. But , I prefer to cry rather than buat something yang lagi teruk.. Contoh? Err... Haha

With Love,
-nurynweida-



Monday, November 28, 2011

#MY MASTERPIECE 15 - BIARPUN PAHIT....

Salam...

Kadang-kadang kebenaran tu sangat pahit untuk ditelan.
Tapi,
Walaupun pahit,
Telan je lah, nak buat macam mana,
Sekurang-kurangnya,
Kebenaran terbentang depan mata,
Terletak pada diri kita lah nak handle macam mana...
Daripada kita berhadapan dengan pura-pura,
Itu lebih sakit rasanya..

Salam.

-nurynweida-

Wednesday, November 2, 2011

#MY MASTERPIECES 14-KEYAKINAN INI...

Salam..


Walaupun payah,
Walaupun susah,
Biarpun perit,
Biarpun sakit,
Titik penyelesaian harus dicari,
Biar harapan tak terus meninggi,
Biar mimpi tak terus diangani...


Ia mungkin tak seperti yang kita ingini,
Ia mungkin mematahkan hati,
Ia mungkin melumpuhkan semangat diri,
Tapi YAKIN lah,
Walaupun permulaannya tampak sukar,
Yakinlah pasti ada kesenangan di pengakhirannya,
Walaupun permulaannya terasa pahit,
Yakinlah pasti ada kemanisan di penghujungnya,
Yakinlah pada DIA..


Salam...


-nurynweida-

Monday, October 31, 2011

#MY MASTERPIECES 13-MATA HATI

Salam...

Kadang-kadang,
Kata-kata perlukan kiasan,
Hanya bayangan diutarakan,
Hanya petunjuk ditampakkan,
Supaya kita lebih gigih mencari.
Supaya kita lebih giat menggali,
Makna yang tersembunyi...

Tapi.
Tak semua yang dikatakan akan difahami,
Tak semua yang dinyatakan akan dimengerti,
Kerana itu semua perlukan mata hati,
Untuk memahami,
Untuk mengerti...

Salam

-nurynweida-

Sunday, October 30, 2011

#MY MASTERPIECES 12-KETAKUTAN YANG MENGHANTUI...

Salam...


Takut,
Takut untuk berharap,
Takut untuk bermimpi,
Berharap untuk benda yang tak pasti,
Bermimpi untuk benda yang masih dalam kesamaran..

Takut,
Takut untuk kecewa,
Takut untuk merana,
Luka dalam hati,
Tak siapa mengerti,
Perit dalam jiwa,
Tak siapa faham rasanya...

Sampai bila,
Katakutan ini akan terus menghantui?
Sampai bila,
Ketakutan ini akan terus membayangi?
Aku tak punya jawapan untuk itu...
Hanya DIA yang mengetahui...


Salam

-nurynweida-

Friday, October 28, 2011

#MY MASTERPIECES 11 - SAKIT PERIT

Salam..

Bila kemahuan terpaksa ditahan,
Bila keinginan terpaksa dipendam,
Bila impian terpaksa disimpan,
Itu sakit....

Adakala,
Kita perlu menunggu,
Kita perlu menanti,
Untuk lepaskan apa yang kita tahan,
Untuk luahkan apa yang kita pendam,
Untuk capai apa yang kita impikan,
Biarpun menunggu itu amat memeritkan,
Biarpun penantian itu satu penyeksaan....

Dan adakalanya juga,
Setiap apa yang kita mahukan,
Segala apa yang kita inginkan,
Semua yang kita impikan,
Terpaksa kita lupakan,
Terpaksa kita leburkan,
Biarkan ia menjadi debu,
Dibawa angin lalu...

Dan bila itu yang berlaku,
Sakitnya hanya DIA yang tahu,
Peritnya sampai rasa tak mampu..

Salam

-nurynweida-

Tuesday, October 18, 2011

#MY MASTERPIECES 10-KENYATAAN YANG PERLU DITERIMA

Salam.

Percaya tak?
Hidup kita ni ada pasang surutnya,
Hidup kita ni ada turun naiknya,
Sebabnya,
Tak selamanya kita akan berada di atas,
Tak selamanya kita akan berada di puncak,
Bersenang-lenang,
Riang-gembira,
Bergelak ketawa,
Itu semua bukannya setiap hari dalam kamus hidup kita.
Kerna pasti ada saatnya kita berduka.

Percayalah juga,
Tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan,
Tak semua yang kita sangka akan seperti yang kita mahukan,
Sebabnya,
Mungkin yang kita impikan akan tersekat di tengah jalan,
Yang kita sangkakan akan akan menjadi berlawanan,
Harapan, impian, anganan,
Tak semua dapat kita capai,
Tak semua dapat kita genggam,
Kerna pasti ada saatnya kita kecewa.

Tapi itu semua ketentuan-NYA,
Kita sebagai hamba wajib menerimanya,
Sentiasa pesan pada hati,
Ingat kan pada diri,
Segala yang DIA tentukan,
Adalah yang terbaik untuk kita.

Jangan terlampau bersuka ria,
Kelak diri kan merana,
Jangan terlampau berduka lara,
Kerna bahagia pasti kan tiba,
Jangan terlampau menyulam mimpi,
Nanti kecewa jika ia tak dikecapi,
Jangan diharap terlampau tinggi,
Bila tak sampai menangis sendiri.

Bersederhanalah...
Bersederhanalah dalam setiap yang kita lakukan,
Sederhana itu lebih bermakna,
Redhalah...
Redhalah dengan setiap ketentuan,
Perancangan kita,
Tak sehebat perancangan DIA.

Salam

-nurynweida-

JAMBATAN ILMU

Salam. Hai semua.
Pagi-pagi hari ni, aku menggagahkan diri aku nak update blog yang berkurun lama aku tak update ni. Walaupun assignment menimbun, mid-sem exam around the corner, aku buat-buat tak kisah seketika since blog ni dah lama tak mendapat kasih sayang tuannya. Ditambah dengan line yang agak memberangsangkan di pagi hari. Haih. Apa aku merapu ni.Haha.

Dah lama tak update ni, macam-macam la konon idea ni datang tapi macm iasa nak update nye malas betul tak. By the way guys, korang ingat tak entry aku yang ni ==> KLIBF. Pasal family aku yang sangat sukakan buku. So, aku macam nak share my thought lebih kurang pasal buku-buku ni la. Hee.

Aku memang suka membaca. Tak kira la bahan bacaan macam mane. Novel ke, blog ke, magazine ke. Tapi, err buku ilmiah seperti BUKU TEKS KIMIA, BUKU RUJUKAN BIOLOGI dan yang seerti dengannya, jujur aku kata, itu kurang. Haha. Tapi dalam banyak-banyak bahan bacaan, antara yang paling aku minat selain blog is novel. Tapi minat aku ni tak lah sehebat mane. And aku rasa minat aku baca novel tak boleh lawan kawan aku si Nab tu dan juga ibu aku. Hehe. Aku baca novel bila aku rasa nak baca and bila aku bosan-bosan tak tau nak buat ape.

Minat aku baca novel ni dah lama dah. Since umur belasan tahun. Ye lah, dah kat rumah tu tersusun novel yang ibu ayah aku beli, balik kampung pulak makcik aku seolah-olah membuka library dengan rak novel tercongok kat sudut rumah tu. Manalah aku tak terpengaruh kan. Mula-mula, aku baca novel ni main taram je baca novel yang ada tu. Lama kelamaan, aku menjadi semakin selektif untuk novel yang aku baca. Even,kat rumah tu novel melambak-lambak, tapi tak semua aku baca. Kalau agak-agak penulis tah hape hape, bye-bye lah. Kalau cerita dia klise je, pun bye bye lah aku kata. Bila dah selalu baca novel ni, kita boleh tau samada penulis ni bagus atau tak, idea dia segar atau tak. Sometimes, apa yang aku nampak, ada sesetengah penulis yang macam ciplak idea-idea orang lain pun ada. Ada gak yang aku pernah baca, jalan cerita dia lebih kurang macam satu drama tv yang popular. Cuma ubah sikit-sikit. By the way, kebetulan mungkin.. I dont know.
Tapi kan, one thing yang aku kureng sikit is persepsi sesetengah orang. Da berapa orang dah aku jumpa, bila dia tau aku suke baca novel, akan keluarlah kata-kata;

"Eeee..Ain jiwang.."

Apa kes nak cakap gitu kan. Ape ingat semua orang yang baca novel jiwang ke? Then ape ingat semua novel tu tema dia cintan-cintun ke? Haih, cuba ubah sikit pemikiran tu sikit. Eh, aku ter'emo' pulak. Haha. Memangla ada sesetengah novel bahasa berbunga-bunga. But, apa yang aku perhati sekarang, novel-novel sekarang bahasa diorang lebih santai. Then, kalau tema cintan cintun tu owh tidak semua ok. Kalau NORHAYATI BERAHIM, more to family matters and isu-isu semasa, HLOVATE more to remaja and RAMLI AWANG MURSHID more to thriller. See, mana ada cintan cintun bagai ni kan. Tak caya  cubalah baca.

Haaa, ni yang penting ni, novel ni ada dia punye faedah nya. Baca novel ni lah yang buat aku tau sesetengah perkara yang aku tak tau. Penulis-penulis yang hebat tak akan biar dia punya novel kosong macam tu je. Akan ada info-info yang berguna untuk pembaca diorang. Ada ilmu yang diorang nak share ngan readers diorang. Ada koral value yang kita boleh dapat. Cume terpulang kat kita je nak paham atau tak. Biasanya diorang akan kaji dulu isu yang diorang nak ketengahkan dalam novel diorang, Thats why aku kata aku sekarang selektif dalam pemilihan novel. Kalau setakat novel yang aku rasa kosong, aku tak akan cari la lagi buku keluaran penulis tu lepas ni. Novelis yang aku suggest untuk korang baca hasil penulisannya in terms of ilmu, moral value and yang seerti dengannya :
  1. HLOVATE
  2. NORHAYATI BERAHIM
  3. RAMLI AWANG MURSHID
Tiga novelis ni bagi aku the best. Korang tak akan rasa romantika la baca novel diorang ni, Diorang memang jiwa aku sebab diorang tak kosong and penulisan diorang sangat bagus bagi aku. Tapi, bagi siapa yang nak belajar bahasa jiwang karat cintan-cintan, I dont think novelis ni sesuai. Hee




Ok la, till then. Bye.

p/s: AKu suka baca novel sebab aku SANGAT JARANG mengeluarkan duit nak beli since semua ibu yang sponsor. Hihi :-p
-sumber gambar--google--
Salam

-nurynweida-

Friday, September 23, 2011

TRAGEDI SEBELUM MASUK THIRD YEAR

Salam. Hai Guys.


Almost two week aku dah memasuki semester baru di bumi Kuantan ni. And setelah dua minggu jugalah, baru aku merajinkan diri aku menaip di blog terchenta ni. Busy pulak semenjak da naik taraf senior ni. Ehem. Haha. Eh,tapi betulla. First day masuk kelas dah dapat assignment. Berdedikasi sungguh para lecturer sem ini. And sem ni aku ada kelas at Friday setelah berzaman aku menganggap Friday tu cuti umum. Huuu. Cuti Umum ku bertukar kepada hari Rabu. Cuti Umum di pertengahan minggu. 


Eh eh, aku bukan nak cerita pasal "SUASANA THIRD YEAR". Bukan. Hahaha (Padahal dah cerita). Aku sebenarnya nak cerita one of pengalaman aku baru-baru ni yang aku kira agak menakutkan, agak mengerikan, agak sadis dan segala yang seerti dengannya la dalam hidup aku. Pengalaman yang first time aku lalui and maybe susah untuk aku lupakan. Huhu.


Al-kisahnya;
Aku dan family aku selain datang menghantar kepulangan aku dan adik aku ke Kuantan ni, kitorang mengambil kesempatan untuk bercuti-cuti Malaysia di negeri Darul Makmur ni. Saja untuk meredakan tekanan la kononnya. Haha. Percutian ni bukan hanya parents and adik beradik aku je tapi adalah dengan family aku yang lain gak. Cousin, pakcik, makcik aku pun join. Tapi bukan la semua kan. Kitorang ni bermalam la di G*****G Resort. And kitorang tempah lah 3 bilik. Mula-mula nak tempah apartmen sebab senang dan mudah dah ala-ala rumah kan. Tapi tak de rezeki nak sewa apartment sebab dah full so terpaksa lah sewa bilik. 1 bilik untuk golongan lelaki, 1 bilik untuk anak-anak dara (yang mana aku termasuk dalam golongan itu) dan 1 bilik lagi untuk golongan ibu-ibu dan bayi. Bilik aku berhadapan dengan bilik golongan ibu yang terletak di hujung aras and bilik golongan lelaki still di aras yang sama tetapi di hujung lagi satu.


Then, malam tu, around 3 a.m, tiba-tiba bilik yang aku duduk iaitu kami yang gadis-gadis remaja ni tiba-tiba macam ada orang nak masuk. Aku mula-mula tak sedar ada bunyi orang nak bukak pintu tu. Aku dengar tu dengar tapi aku macam ingat tu mimpi aku je la. Tapi adik aku yang no-3 ni dia jenis yang alert bab-bab bunyi ni. Mula-mula dia ingat khayalan dia ke apa. Tapi since bunyi tu makin lama makin kuat and tak berhenti, dia terus kejut aku. Dia tanya :


"Kak, ada dengar tak bunyi kat pintu tu?"


Aku dalam mamai tu tiba-tiba terus terjaga bila bunyi orang nak masuk tu makin kuat. Makcik aku yang tidur sebelah aku (makcik aku hanya tua dua tahun dari aku) pun terus terjaga gak. Perasaan kitorang time tu serius time tu tak tau nak cakap macam mane. Cuak takyah nak kata la. Dah la dalam bilik tu semua perempuan kan. Aku terus suruh adik aku call ibu aku yang bilik depan kitorang tu and Alhamdulillah sangat ibu sedar. Ibu cakap jangan bukak pintu tu and sambil tu ibu intai guna lubang kat pintu bilik ibu tu. Mula-mula ibu assume ada orang salah bilik. Ibu kata biar je. 


Tapi.... Lepas je aku abis cakap dengan ibu, tiba-tiba pintu bilik kitorang tu ditolak dengan sangat kuat. Kalau dengar, bunyinya macam pintu tu dah terbukak dah. Aku ni terus peluk makcik aku and kitorang semua ni terus selubung muka dengan selimut. Berdebar tak ingat kot. rasa nak nangis pun ada. Aku dah menggigil satu badan ingat orang tu dah masuk. Tapi tunggu punya tunggu tak ada pape pun. And tiba-tiba time berselubung tu, orang kat luar tu tekan loceng and after tu dah tak ada apa-apa bunyi dah. Pastu, ibu call lagi and ibu kata orang tu dah tak ada and ibu kata orang yang kat luar bilik kitorang tadi sorang lelaki and sorang perempuan. And ibu assume suami isteri. Tapi kitorang ni, walaupun dah takde apa dah, confirmla takut, debar tu ada lagi kan. Macam pelik je kalau salah bilik sampai macam tu kan. Huhu


Aku,makcik aku,adik aku ni terus call orang-orang lelaki ni. Tapi call ayah tak angkat, abang saudara aku pun tak angkat. dan setelah beberapa kali percubaan, akhirnya pakcik aku angkat. Alhamdulillah. Terus ayah aku, pakcik aku and cousin lelaki aku berkumpul depan bilik kitorang pagi-pagi buta tu. Kitorang ni time cousin aku tekan loceng suruh bukak pintu, siap diorang kena call cakap diorang kat depan pintu bilik kot sebab kitorang ni punyalah takut tu tak hilang lagi kan.Dah bukak pintu tu, macam-macam soalan la ditanya. Aku ni gigil tak hilang. Cerita kat ayah pun dalam keadaan menggigil lagi time tu. Huhu. Ibu yang nampak orang-orang tu cakap la appearance diorang. And lepas ibu cerita tu, ayah cakap:


"Kalau pakai baju warna ****H tu bukan pekerja diorang ke?"


Haaaaa. lepastu baru lah masing-masing terfikir. Ibu pun baru la perasan yang perempuan tu pegang macam kad bilik tu. And baju diorang pakai tu macam uniform pekerja kat situ. Tapi tak sure la. Kitorang just syak je. Pastu, ayah kata sambung tidur balik. Tapi kitorang si gadis-gadis ni sah la dah takut tahap tak ingat kan. Mana boleh lelap. Asal dengar bunyi je berdebar bilik. memang tak lena la kitorang. Huhu. 


Pagi esok tu bila borak-borak balik, barulah kitorang sedar macam-macam. Adik aku kata siang di hari kejadian tu, dia ada macam perasan ada orang perhatikan kitorang. Kiranya diorang macam dah AIM la yang bilik aku ni semua anak dara yang duduk. Tapi diorang tak sedar yang depan bilik kitorang tu, bilik ibu aku. Ibu pulak cakap, orang tu stop hentak pintu bilik tu after dia macam sedar yang bilik ibu tu macam dah kecoh-kecoh risaukan kitorang. Maybe dia dengar bising-bising, tu yang dia pergi tu. Huhu. And tau tak, pintu bilik aku tu dah terbukak dah pun. Cuma Alhamdulillah, ALLAH still sayang kitorang, pintu bilik tu tak boleh bukak sebab terhalang oleh selak pintu je since malam tu sebelum tidur, aku ngan makcik aku check pintu semua. Make sure kunci semua. Tu pun selak tu dah longgar dah. Maybe, kalau kitorang lambat bertindak, selak tu pun dah tercabut. Nauzubillah. Bayangkanlah punya kuatnya orang tu hentak pintu tu. Huhu.


Reason why kitorang syak pekerja kat situ bukan orang salah bilik:
1) Baju yang perempuan and lelaki tu pakai dua-dua warna sama and warna nya macam uniform pekerja kat situ.
2) Ibu tu nampak macam perempuan tu macam pegang kad and tak ada sapa yang ada kad pintu bilik customer selain pekerja.
3) Macam mane orang tu boleh bukak kunci pintu bilik kitorang kalau diorang tak ada kad sebab pintu bilik tu guna kad. And AGAIN, tak ada sapa yang ada kad bilik customer selain pekerja.
4)Kalau salah bilik, sah-sahla pintu tu takkan terbukak kan? Ni pintu tu dah terbukak kot.


Itu hanya pandangan kitorang. Cuma kitorang tertanya-tanya, apa motif diorang nak masuk bilik kitorang ye?? Dah la seorang lelaki dan seorang perempuan. Kalau kata nak buat yang tak elok kat kitorang yang gadis-gadis ni, asal ada perempuan sekali yang ikut? Kalau nak curi barang, kenapa dia tak curi time kitorang tak ada kat bilik? Last sekali, apa motif dia tekan loceng at the end tU? Tah la.. Wallahuaa'lam.


So, apa pun, moral of the story, berhati-hatilah walau dimana kita berada terutamanya golongan perempuan. Malang tak berbau and kejahatan tu ada di mana-mana je. Semoga kita semua dihindarkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Nauzubillah...


p/s : Maaf entry ni sangat panjang. 


Salam


-nurynweida-

Monday, September 5, 2011

SEMANGAT MERDEKA RAYA!

Salam. Helloo!!
Wah rajin pulak i hupdet ye. Hehehe. Semalam dah update harini update lagi. Takpe takpe. Semalam cerita pasal before raya. Ni nak cerita pasal HARI RAYA pulak. Yuhuuu! Sebelum itu, entry ini sangat penuh dengan gambar. Hehe.

By the way, Aidilfitri kali ni, sama macam tahun-tahun lepas. Rutin tetap sama. Pagi raya, bermaafan, dapat DUIT RAYA (walaupun umur dah 22 tahun :-p), pergi rumah wan ngan nenek, makan-makan membesarkan badan dan posing bajet model yang hot lagi meletop. Haha.

Dapat duit raya. Yeay! Ayah dengan anak kesayangannya. Haha
Dengan ibu terchenta. =)
Kakak sulung bersama adik ke-4 dan ke-5
Buah hati bongsu yang susah sangat nak amik gambar
Tiga dara pingitan. Cube teka sapa yang sulung?hahaha
Every year, family aku memang akan ada tema. Tahun ni buat pertama kali nye, kami memilih PINK!!! Hahaha. Tak pernah-pernah nye pakai pink. Sekali da bertema pink sampai dua baju aku pink siap dengan kasut handbag nye pink! Haha. By the way bukan family aku je yang pakai tema-tema ni. Dalam family besar aku pun, kebanyakannya semua ada tema masing-masing. So tau la, kalau baju warna pink ni, family Encik Asri. Hehe.

Inilah Keluarga PINK! Hehe
Ayah sorang je lelaki dalam keluarga saya.
 Then, aku ngan sepupu-sepupu aku, eh, bukan takat sepupu, makcik ngan pakcik aku pun memang suka bergambar. Ewah. Kiranya pagi raya tu macam-macam posing la yang kitorang bagi. Haha. Memandangkan tahun ni kita semua sambut Aidilfitri + Merdeka, so family kitorang pun konon la sesi bergambar tahun ni dinamakan MERDEKA RAYA! Siap ada props lagi tu uollz. Haha. Oh lupe nak cakap, kalau bab posing ni, dengan sepupu sepapat sebelah ayah aku. Sebab semua lebih kurang je kepala gila-gila tu. Hehe.

Macam-macam gaya
Kami memang suka bergambar. Hee
Satu Malaysia!
Ini geng saya dari kecik sampai besar.
Tukar tempat pulak.
Ni baru yang gambar konon ikut tema. Haha. Rasanya kamera tu pun kalau boleh bercakap mesti dia kata dia penat kot. Hehe. Takpela. Setahun sekali dapat kumpul ramai-ramai macam ni. Bukan selalu. Hehe.

Muke Muiz macam tak rela je. Haha.
Isya, Muiz and Wani
Poyo! Haha
Ape la yang dibincangkan tu. Hee
Indahnya beraya di desa.
Serius time raya la paling aku suka. Sebab time ni la kitorang riang gembira berkumpul. Seronok sangat. makan ramai-ramai. Aku harap kemeriahan ni akan berterusan untuk tahun-tahun seterusnya. =)

Then, kat sebelah ibu aku, tak ramai yang balik. Lagipun sepupu aku tak ramai yang seangkatan dengan aku. Tapi it doesnt mean aku tak suke balik belah ibu aku. Dua-dua aku suke. Belah ibu aku suke, belah ayah pun aku suke. Dua-dua menyeronokkan.

Abang baju kuning and Along baju coklat. Teman seangkatan sebelah ibu. Hehe
Adik beradik ibu. Baba je takde.
Ok lah. Sorry la terlampau banyak gambar. Al-maklumlah saya ni suka bergambar. Haha. Sampai ibu pun dah tak mampu nak cakap ape. Haha. Ape pun sekali lagi :


SALAM AIDILFITRI. SALAM KEMERDEKAAN.
Ok, till then. Bye.

Salam

-nurynweida-