Monday, January 31, 2011

PERLU MEREKA- Episod 2

Salam. Hai. Hee.

Jom masuk episod 2 jom.Waa. Bajet ni cerita drama bersiri la kan ada episod2 pulak kan. Takpelah. Ini entry bersiri written by cik nurynweida. Ehem. Haha. Sebenarnya aku buat sambungan sebab aku rasa panjang sangat la pulak kalau aku teruskan ke-syoksendiri-an aku untuk entry episod 1 tu. Hehe. Dan aku saja je buat anti klimaks(bak kate rizqan.hehe) kat penghujung episod 1 tu dan meninggalkan persoalan di situ sebab aku nak readers tak sabar2 menunggu dan membaca episod 2 ni (Waa!!Ayat seyes memang tak boleh bla yang teramat).

Ok,last ayat aku kat episod 1 tu. Sebab ape jadi macam ni? Sebabnya, bagi aku, KITA, manusia zaman sekarang terlampau sibuk kejar dunia. Kejar harta benda yang tak boleh bawak ke liang lahad tu. Terlampau sibuk dengan dengan kerjaya. Sehinggakan rumah tu hanya menjadi seperti hotel. Tempat tukar baju, tempat tidur. Kalau rumah sendiri pun dah jadi macam hotel, apa lagi la kan nak ada masa bermesra, beramah-tamah jalin hubungan baik dengan jiran. Macam aku kata tadi, tak semua orang macam ni. SESETENGAH atau pun SEGELINTIR sahaja.



Sebenarnya, kita ni hidup berjiran mane boleh macam ni. Kita kena lah kenal jiran kita. Kita ni kan hidup dalam komuniti. Orang lain yang jauh-jauh sibuk-sibuk kita nak kenal tapi jiran sendiri tak nak pulak. Apa kes macam ni? Banyak benefit sebenarnya kalau kita berbaik dengan jiran ni. Antaranya, kalau kita baik ngan jiran, katalah kita ni duk jauh dengan saudara mara dan kaum kerabat, jumpa pun setahun sekali time raya. Pastu satu hari kita ni ditimpa kesusahan, lagi2 kalau dah tahap emergency gile, sape yang kita nak mintak tolong kalau tak jiran kita tu. Then, katalah kita ni nak pergi ber-cuti-cuti malaysia dengan family kita, kita kena tinggalkan rumah dalam satu tempoh yang lama. Sapa yang kita nak mintak tolong tengokkan rumah kita, bagi ikan makan, siramkan pokok bunga segala bagai kalau tak jiran kita. See, punya lah banyak kebaikan beradab ngan jiran ni. Tu baru sikit. Ikutkan banyak lagi. Tapi takpela, sebab aku tak bercadang nak meneruskan entry ni untuk episod yang ke 3 pulak. Hehe.

By the way, aku punya jiran-jiran pun ada macam-macam jenis. Ada yang ok (Alhamdulillah sangat) dan ada gak yang tak berapa nak ok. Kita abaikan la yang tak berapa nak ok tu ek. Mungkin mereka dan keluarga mereka ada masalah tersendiri kan. Aku nak cerita yang ok je. Aku bersyukur sangat sebab aku dikurniakan jiran-jiran yang sangat baik hati dan amat memahami. Serius jasa-jasa diorang hanya ALLAH je yang dapat balas.



With AISY, anak cik Ina n cik Azmi


Currently, family aku mengalami kesulitan yang amat. My ayah had an accident and our only car rosak teruk (thats why aku cakap kereta masuk hospital.Hee). Kenderaan yang tinggal hanyalah sebuah motor yang selalu ibu guna hantar adik-adik pergi sekolah. Then, bila ayah kena tahan kat wad, ibu mengalami masalah nak lawat ayah since ibu tak ade lesen motor (ibu bawak motor selama ni dalam taman je) and takde jugak lesen kereta ( Kalau ada pun nak bawak kereta siapa kan) . So, orang yang bertanggungjawab hantar ibu first day ayah masuk wad tu ialah cik Azmi and cik Ina aku ( jiran sebelah rumah). Time tu sedara mara ramai tak tau lagi. Then, bila ayah dah keluar and start kerja balik, ayah guna motor. And kali ni cik Sudirman (jiran aku gak) pulak yang hulurkan bantuan bagi pinjam motor dia untuk kegunann ibu hantar adik-adik. Thanks ALLAH for giving us jiran yang baik macam tu. Banyak lagi pertolongan yang jiran-jiran aku ni hulurkan dan aku sangat terhutang budi dengan mereka since aku kenal diorang.



HARITH , anak cik Sudirman

So, macamtu la bila kita amalkan hidup berjiran dengan betul. Aku pun try untuk jadi jiran yang baik untuk jiran-jiran aku. Tak kira lah jiran kat rumah ke, jiran kat asrama ke. Kat mana-mana lah. Buat baik dibalas baik. InsyaALLAH. =)

-END-

p/s:Letak gamba anak-anak jiran je, gamba mak bapaknya xde.haha

Salam




-nurynweida-

PERLU MEREKA Episod 1

Salam.Hai hai hai semua!

Wow, balik rumah rajin pulak menambah koleksi entry ye. Yela, kat rumah macam banyak sikit masa free kan? Haha. Lagi-lagi cuti ni tak dapat nak gerak sangat since kereta masuk 'hospital'. Oh sadis! Baru nak lepas gian. Huu. Takpe2. Ada hikmah tu. Jimat sikit duit. Hehe.

Baiklah, nak cerita ni sebenarnya. Hari tu, around two weeks ago, aku ada la wat satu presentation ni. Untuk kelas EDU aku with my beloved partner. CIK SYEKEN. Tajuk dia "TRADITION vs MODERNITY". Oops, aku bukan nak cite apa isi kandungan presentation aku tu. Aku nak amik one of the issues yang aku masukkan dalam presentation aku tu which is about NEIGHBORHOOD. Macam biasa, 'aku suke luahkan apa yang aku rasa, pandangan aku dan segala cerita aku dalam blog ni. So anyone yang terasa annoying or tak suka baca tulisan aku ni, anda semua faham sendiri kan anda perlu buat apa'. Ok, pejadah aku tulis macam tu. Ish ish ish. Back to the main point jom. Hehe.


Kita hidup ni bukan sorang-sorang kan. Selain family, hidup kita juga dikelilingi manusia-manusia lain. Antaranya ialah jiran/neighbour kita. What is neighbour? Banyak maksud sebenarnye. One of them is "one religious / near to his home." Its mean, jiran ni kan bukan semata-mata orang yang duk sebelah rumah kita je, but orang yang duduk berhampiran dengan rumah kita tak kira la selang satu rumah ke, seberang jalan ke, it also considered as jiran. Memang fitrah, kita ni hidup perlu ada sifat komuniti since kita ni hidup mestilah saling bergantungan antara satu sama lain dalam sesetangah perkara. Sapa yang rasa dia boleh hidup sendiri, tak perlu sape2 dalam hidup dia, BAGI AKU itu silap besar. Aku tekankan ok, BAGI AKU bersamaan dengan PENDAPAT AKU.

Kalau kita semua perasan la kan, makin lama, sifat kejiranan ni makin lama makin hilang kan. Bukan kat semua tempat. Di sesetengah tempat. Orang sekarang, jiran sebelah rumah pun ada yang tak kenal kan.

Contoh (Kisah benar);-

Si A ni dia pergi bayar bil. Then terjumpa si B. Borak punye borak, berkenalan segala bagai, rupa-rupanya si A dan si B ni tinggal berjirang selang berapa pintu rumah je.

See.Punyala kecik dunia ni. Terjumpa jiran sendiri tapi sayang nye tak tau pun tu jiran sebenarnya. Itulah akibat bila arus modenisasi yang serba canggih lagi berteknologi tinggi ni menghapuskan nilai tradisi. Kenapa aku cakap macam ni?

Yela. Dulu, jiran ni susah senang diharungi bersama. Jiran sakit, cepat-cepat pergi melawat siap bawak buah tangan segala bagai. Tolong kemas rumah semua. Sekarang, jiran sebelah rumah kena bunuh sampai dah berulat mayat tu pun tak tau, apatah lagi sakit pening kan. Dulu, buat apa-apa majlis tak kira la besar ke kecik ke, satu kampung dipanggil. Kalau tak ajak, rasa tak lengkap majlis tu. Sekarang, buat apa-apa majlis, kalau ada muka jiran tu macam miracle pulak. Yela, mane nak ajak. Muka pun tak kenal kan. Sebab apa jadi macam ni?

Bersambung..


p/s: Tak pernah2 entry ak bersambung. Haha. Panjang beno gamaknya cite kali ni. Dan ABAIKAN KEHODOHAN GAMBAR YANG KEDUA!


Salam.


-nurynweida-

Sunday, January 30, 2011

CERITA AKU.

Salam. Hai readers!

Sudah selamat sampai di bumi Klang yang tercinta setelah almost 2 months tak jejak. Hehe.Bahagia sungguh dirasa bila bersama keluarga tersayang okeh. Pahal ayat skema habis ni? Haha. Ok la, entry kali ini adalah entry menjawab soalan-soalan yang diutarakan setelah aku di tag oleh my best friend - cik ATHIKA. So, secara tak langsung aku kire memperkenalkan diri aku dengan lebih detail lagi la ye. (Bajet ada orang nak kenal la kan.Haha)


Lets start bebeh!



Full Name :- Nur Ain Wahidah binti Mohamad Asri (hee..)

D.O.B :- Cube tengok kat entry KENAPA SAYA SUKA DISEMBER? Ada mention kat situ. (Malu nak tulis terang2. Haha)

Age :- 2010 - 1989 bape? (Gunakan kepakaran anda. Hoyeah!)

Married :- Saya masih milik ibu ayah saya. Hee.

Zodiak :- Capricorn

Foot size :- 5/6. (Kecik kan?)

Height :- Tak pasti la plak. Tapi tinggi la jugak. Haha

Weight :- Jangan tanya! Isu sensitif! Hahaha

Nickname :- Ain (ni yang selalu orang panggil) , Weida (PLKN only ok!Hehe) e.t.c

School / college :- Currently at International Islamic University Malaysia, Kuantan, Pahang. (Bagi name penuh tuh. :-p )

Last thing I've did :- Baca paper. (Ehem. Buat-buat muke skema-budak-rajin-membaca)

My room condition :- BEST! Tak kira la kat mana-mana pun.


-ABOUT OTHERS-


Name of your gf/bf right now :- I have too many friends. Tak tertulis sebab
ramai sangat. (Dia kata GF/BF kan? girl/boy FRIEND. Hehe)

Name of the person u miss the most right now :- Tak terlintas di fikiran. Haha

Name of the person u hate the most :- Takde kot. Da taknak benci kat sape-sape da. Tak elok. (Betul, tak tipu!)

Name of the last person u've hurt :- Tak terlintas jugak. Hee

Name of your pet :- I have no pet. (I wish to have one...)

-ABOUT MYSELF-


Pernah korek idung? :- Komfemla. Sape yang kate tak pernah tu tipu!

Pernah bergayut sampai tertidur? :- Tak. Tak kira la gayut apa pun. Haha.

Pernah kentut di khalayak ramai? :- Hahahahaha.

Pernah tido dalam kelas? :- Itu kelebihan aku tu. Zaman sekolah dulu. Haha (Zaman universiti ni baik SIKIT!Menguap je banyak. Tido sikit. Yeke? Haha)

Pernah pukul orang? :- Pukul-pukul manje ada la. (Aww~)

Pernah nangis depan bf/gf :- Selalu. Lagi-lagi depan gf. Hahaha.

Pernah kene prank? :- Ehem. Pernah la sebab aku ni suci sangat thats why orang nak prank. Ehem. (Pe kene mengena?)


-FIRST TIME-


Kena marah :- Aku budak baik mana pernah kena marah. Haha (Tipu !)

Duduk jauh dari family :- Darjah 5 kot.

Tengok wayang :- Sekolah menengah tapi tak ingat time form bape. (Cite ape pun tak ingat jugak. Haha)

Ponteng kelas :- Kat CFS kot. (Oopss. Hee.)

Jatuh cinta :- Time lahir je dah jatuh cinta ngan ibu. Ecece. (Serius ni tau.)

Accident :- Tak ingat la.




OK. Done! Kena tag orang balik ni. Nak tag PIKAH TETEL , NIK IMAN , MADY MARDIHA. Hehe.


Salam


-nurynweida-






Friday, January 28, 2011

PERJALANAN YANG CANTIK

Salam.Hai semua!

Ke-BUSY-an melanda minggu ini. Sangat busy. Sampai rasa tak larat. Rasa penat. Nur Ain Wahidah, JANGAN MENGELUH! Tapi ALHAMDULILLAH penat hanya fizikal sebab mental and emosi still undercontrol. (^_^)

Supposedly, ada 3 mid-term and 1 assignment yang kene hantar minggu ni. Tapi, "Sesungguhnya manusia hanya merancang dan dalam masa yang sama ALLAH jua merancang. Dan sebaik-baik perancangan adalah dari ALLAH". Mid-term RKUD, ISNIN, 24 Januari berjalan dengan lancar. Mid-term MATH ANALYSIS, RABU, 26 Januari pun selesai walaupun kepala otak rasa nak tercabut buat 5 tutor (Aku je kot rasa sebab aku jenis yang tak buat tutor dari awal. Huu)





Ikut perancangan, hari KHAMIS, 27 Januari, pagi tu kena submit assignment EDU iaitu essay yang sepanjang dua muka surat dan kena buat secara individu. Tak boleh sama dengan orang lain. Dan petang tu pulak should be ada mid-term THEORY OF PROBABILITY (T.O.P). But, like my friend said "27 JANUARY IS A MIRACLE". Why? Sebab kelas EDU pagi tu cancel and mid-term T.O.P petang tu pun cancel jugak. CANCEL OK! ALHAMDULILLAH sangat2.



Aku ni seorang yang tak rajin nak study awal-awal. So, bile semua berderet-deret macam perancangan awal tu, aku jadi macam "Ya ALLAH! MENGAPA INI TERJADI?" . Assignment and T.O.P ni betul-betul a day after mid-term MATH ANALYSIS. NO GAP! Dengan ada kelas rabu malam tu. Kesihatan aku yang tak menentu. Buat hidup aku betul-betul jadi miserable bila fikirkan. Tapi, bila diumumkan kelas EDU ni cancel, aku happy sangat sebab essay aku tu memang zero . Suci dari noda. Haha. And kira-kira satu jam sebelum exam T.O.P tu pulak bila Jesni umumkan exam cancel and will be postponed two weeks after mid-break, aku happy jugak sebab aku tau aku not well-prepared. So, perjalanan yang ALLAH aturkan ni cantik kan.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan ada reason tersendiri. Kalau kelas EDU tu ada maybe aku tak buat essay tu betul-betul. Hentam keromo sahaja. Kalau exam T.O.P tu tak cancel maybe aku tak akan score dengan bagus walaupun takdela kalau dia postpone ni aku akan dapat markah elok. At least, ALLAH bagi hint suruh aku study lebih lagi untuk dapat markah yang elok nanti. INSYAALLAH. Suruh buat essay tu betul-betul. Make MADAM impressed dengan hasil kerja aku. Baru nampak macam budak EDU kan(Takde kene mengene.Haha).

So, cuti ni, kena study betul-betul sebab ada 3 mid-term menanti. ADVANCED MATH METHOD, T.O.P, and SOCIOLOGICAL. Kena study! WAJIB! ALLAH dah tolong dah tu. Jangan nak mengada-ngada lagi cipta macam2 alasan ye Ain. Eh, tidak dilupakan. Assignment tu ye. Hehe. Ni aku nak tambah sikit point la.


-Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Yang penting tanam sifat ikhlas
dan sabar dalam buat sesuatu perkara.

-ALLAH tak akan membebani hamba-NYA dengan ape yang tak mampu untuk ditanggung.

-Perjalanan yang ALLAH aturkan untuk kita semua adalah yang terbaik. =)

-Everything happens with a reason.

-FIkirkan sesuatu tu positively.

-Lastly, HAPPY HOLIDAY kawan-kawan! Esok aku balik rumah. Hehe.

Salam

-nurynweida-

Friday, January 21, 2011

JOM RAMAI-RAMAI!

Salam..

Hai..lama gila kan x update blog. Serious busy. Minggu lepas busy berlatih pingpong (hahaha) plus kuiz, assignment segala bagai. Then,ada personal problem pulak. Busy kan? Hahaha.. Alasan dari cik AIN. Hoyeah! PAstu kan, next week da start MID-SEM!!! OMG!!!


Sebenarnye entry kali ni adalah ekoran daripada entry SUE-ANNA JOE yang ini. Tajuknya ialah "WIR Campaign : Covering The Chest Is The Best" . WIR = WEAR IT RIGHT. Since Kak Anna kate lets spread the campaign, aku pun berkobar-kobar la untuk bersama-sama menyebarkannya. Dah lama dah pasal ni, tapi sebab kekangan masa, ni baru sempat nak buat since aku dah berjanji dalam diri aku nak jugak spread mende ni. (Semangat tak?Hehe). Walaupun aku tau blogger lain dah ramai dah yang spread mende ni.




Bagi aku, kempen ni sangat la bagus since dia menggalakkan kita ke arah perubahan yang baik. Bab bab aurat ni ak tau sometimes jadi isu sensitif bagi sesetengah kaum aku ni. Tapi tak salah kan kalau kita sama-sama berusaha untuk berubah. Aku pun. Aurat tak tertutup lagi dengan sempurna. Kadang-kadang bile pakai tudung menampakkan je yang tak sepatutnya lagi-lagi kalau pakai shawl. Tapi tak boleh la nak salahkan shawl tu kan. Sebenarnya boleh je nak tutup dada tu even pakai shawl je. Cuma, kita je kadang-kadang tergedik-gedik nak singkatkannya. Selagi boleh singkat nak singkatkan. Itulah perempuan. Tapi tak semua perempuan macam ni ok! Itu baru part tudung. Belum lagi part baju kan. Cerita pasal aurat ni tak kan habis.


Eh, dah terbanyak la pulak aku membebel. Hehe. Ok ok! Straight to the point.


TO ALL WOMEN & GIRLS, LETS COVER OUR CHEST!


Takyah la terus bedebuk pakai tudung labuh tu. Pakai tudung biasa asal tutup dada pun dah ok. Hee. Kalau nak tayang tayang tu, tayang kat orang yang halal menengoknye je okeh! Hehe. Jom kita sama-sam berusaha berubah sikit-sikit. InsyaALLAH ALLAH akan bantu asalkan niat kita betul.Hee

Ok la. Bye. Salam.



-nurynweida-

Saturday, January 8, 2011

EXCITED TERLEBIH!

Salam. Hai.

Hello readers! Update lagi. Hee. Weekend la baru cam ada time sikit la nak meng'update' page KALER HIDUP ni. Kalau weekdays, terpaksa berperang dengan macam2. Hehe. So, mari menggunakan weekend sepuas-puasnya (bajet takde keje lain la kan). Yeeha!
Entry lepas, ORANG JUAL IKAN, input dan mesej yang aku cuba sampaikan agak serius kot. Tapi macam yang aku tegaskan, itu hanyalah pandangan dan persepsi aku sahaja. Aku suka kupas benda2 yang berlaku dalam hidup aku, di sekeliling aku. Korang semua berhak accept it or not. Terpulang. Masing-masing ada pandangan tersendiri kan? =)

Ok lah. Ubah mood skema kepada mood santai jom. Hehe. Sebenarnya aku nak cite pasal ke-excited-an memasuki DARJAH 1!!! Aku ke yang memasuki darjah 1 itu? Of course la bukan kan. Aku yang besar gajah ni masuk darjah 1. Memang tipu. Haha. Baiklah, yang memasuki darjah satu tu sebenarnya adik bongsu a.k.a budak kesayangan aku tu. Sapa lagi kalau bukan NUR ALLISYA IMAN. =)



Aku bila tengok Isya masuk darjah satu ni, aku teringat la zaman ak cute2 dulu (cute ke?perasan.haha) masuk darjah satu. Aku masuk darjah satu memang rasa excited. Sebab rasa da besar la konon sedangkan time tu baru darjah satu. Haha. Pasal nangis2 masuk darjah satu ni aku bukan la orangnya sebab kawan2 pun da kenal time tadika. Ayah aku pun mengajar kat sekolah yang aku masuk tu. Papa aku pun. Papa aku tu pakcik aku tau tapi memang aku panggil papa. Hehe. Kawan-kawan ayah aku a.k.a cikgu kat sekolah tu pun da macam kawan2 aku da. Oops salah2. Tak dapat la macam kawan2 aku tp maksudnya aku da kenal lama la. Hehe. Aku ingat lagi time first perhimpunan, time cikgu2 kenalkan diri tu, aku dalam hati cakap;

"Alaa..da kenal da cikgu2 ni." (Poyo tak? Haha)

Then, time tu family aku duduk kat quarters guru. So, mengada-ngada la kan rumah depan mata nak melalak kat sekolah tu. Mau ibu ayah aku hambat aku dengan rotan kat tangan la gamaknya. Best nya rumah depan mata ni, rehat boleh balik rumah, makan kat rumah. Nak gi toilet pun gi balik rumah. Orang lain bawak baju time P.J, aku lenggang kangkung bawak beg je sebab nanti salin baju kat rumah. Then, takyah rushing2 nak gi sekolah. Bahagia gila hidup. Haha.


Isya ngan Yuni time first day sekolah kebangsaan.

Okay,back to Isya. Aku takde kat rumah time first day dia nak masuk darjah satu tu. Sedih tau. Sebab aku nak sangat melalui saat2 ke-teruja-an dia tu. Huhu. Eh, aku ke dia yang teruja tu? Haha. Punya la aku nak sangat tengok Isya time first day masuk sekolah, semangat gila suruh ibu MMS gamba Isya. Hehe. Tapi aku ingat la masa cuti haritu aku borak2 la ngan Isya;

Kakak : Isya da ready ke nak masuk darjah satu ni?
Isya : Ica x ready lagi la.
Kakak : Kenapa pulak?
Isya : Yela, Ica x bersedia lagi nak tukar cikgu baru semua tu.
Kakak : Hahahaha


Isya ngan Yuni time first day sekolah agama

Tula Isya. Haha. Second day aku call la dia. Borak2 dengan dia semua tu. Kelas mane and macam2 la. Sampai satu time tu, tiba2 ibu aku ambik call tu. Aku pun tanya la ibu, Isya mane. Tau tak Isya jawab ape? Dia jawab ;

"Malas dah Isya nak cakap dengan kakak."

Haha. Hambik kau. Sampai malas da budak kecik ni nak layan aku yang banyak tanya. Mengalahkan tak pernah masuk darjah 1. Isya ni. Kakak punye la excited dia boleh plak buat bodoh je. Haha. Ok la. Entry ni hanya cerita2 je. Bye2.


Isya ngan kakak nya yang heksaited

Salam.

p/s : Sometimes, bile flashback zaman dolu dolu ni best kan?Nak gelak pun ada. Haha.

-nurynweida-





SAKINHANI GIVE AWAY

Salam.


Ok saya kene tag oleh kawan saya namanya Azreen Amira. First time kena tag (nama pun blog baru), so, layan aje lah. Haha. More information klik la sini ye.




Ok, sebab kene tag orang, saye tag la dunia suka duka, kecil itu molek n nicklicious babbling.

Bye.Salam

Friday, January 7, 2011

ORANG JUAL IKAN

Salam. Hai hai hai.

Korang korang. Pernah jumpa orang jual ikan tak? Pernah tak pernah tak? Mesti pernah kan. Kalau korang rajin ikut mak korang gi pasar mesti pernah jumpa. Takpun kadang-kadang ada la apek jual ikan datang rumah korang naik motor sambil bawak ikan segar-bugar. So, almost pernah jumpa la kan? Kan? Kan? Hehe. Tu orang jual ikan jenis gred A. Sebab dia betul-betul jual ikan. Tau tak ade lagi satu jenis orang jual ikan. Gred ape aku tak tau nak klasifikasikan. Sebab dia bukan jual ikan dari laut, sungai sume tu. Abistu, dia jual ape?




Sebenarnya, orang jual ikan yang golongan kedua ni dia tak jual ape-ape pun. Tapi aku saje je cakap orang jual ikan since aku translatekan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Ok. Jual = sell. Ikan = Fish. So, bila digabungkan jadi la sell fish. Nampak tak ape yang aku cuba sampaikan? Tak nampak lagi? Ok la. Aku sebenarnya nak bunyi dia je. Sell Fish bunyi nye = selfish. So, orang jual ikan yang aku malsudkan tadi adalah selfish. Rosak kan bahasa? Ahaha.


Baiklah, aku masuk point terus la. Intro punye la panjang kan. Haha. Selfish = mementingkan diri = individualistik. Sifat ni perlu tak dalam diri kita? Aku rasa sifat ni perlu dan juga tak perlu bergantung kepada keadaan. Sometimes, sifat ni perlu tapi hanya bila kita nak buat satu keputusan yang terbaik untuk diri kita. Contoh, kadang-kadang dalam hidup,kita kena buat satu keputusan yang sangat besar dalam hidup kita. Maybe benda yang nak dibuat keputusan tu, kalau kita lakukan ia nampak seolah-olah kita mementingkan diri sendiri. Kene korbankan bende lain. Tapi, kalau bende tu adalah yang terbaik untuk kita, tak salah kalau kita move on dengan keputusan kita tu. One day, orang akan faham kenapa kita buat keputusan tu. Lagipun setiap benda memerlukan pengorbanan right?



hidup perlukan pengorbanan


Tapi, itu selfish yang betul sebab maybe keputusan yang kita lakukan akan membawa kebaikan kepada manusia sejagat dan kita nak terbaik untuk diri kita dan orang-orang sekeliling kita. Macam mana pulak dengan selfish yang lagi satu? Selfish yang tak perlu dalam hidup kita?

Selfish yang AKU rasa tak perlu adalah bila kita memang tak fikir orang lain dalam buat keputusan. Asal diri sendiri lepas cukup la. Apa kisah orang lain. Aku, aku la, Kau, kau la. Ok, ini memang tak patut since kita hidup dalam komuniti. Jangan fikirkan diri kita sorang tanpa fikir orang lain. Hidup kena saling consider beb. Kalau kite tak consider orang lain macam mane orang lain nak consider kat kite. Betul tak? Contoh, kita ada satu perkara yang perlu diputuskan dan melibatkan orang2 sekeliling. Memang akan ada pilihan A atau pilihan B. Kena pilih salah satu pilihan. Everyone akan ada pilihan masing2. Tapi kalau pilihan kita tu akan menyebabkan orang lain bermasalah kecuali diri kita sorang yang tak bermasalah dengan pilihan tu, by hook or by crook kita kene consider gak pilihan lagi satu. Tak yah la nak tetap mempertahankan pilihan kita sedangkan semua orang boleh nampak tak ada masalah pun kalau kita pilih pilihan yang bukan kehendak kita. Kalau mengada-ngada jugak itu memang namanya CARI PASAL! Memang sah2 orang akan kata kita SELFISH ok.


Contoh lagi satu yang AKU rasa tak perlu. Kita hidup ada kawan. Ada keluarga. If one day, kita dah berjaya or ada peluang untuk hidup senang, dont ever leave orang-orang yang sentiasa dengan kita time kita susah. Keluarga dan kawan. Mereka yang rapat dengan kita. Jangan jadi 'kacang lupakan kulit' and jangan sekali-kali pentingkan diri kita je kalau kita da kecapi kejayaan dalam hidup kita ni.

Entry ni hanya pendapat aku secara umum. Jujur, aku pun kadang-kadang ada rasa SELFISH ni. Tapi, as human yang ada akal boleh fikir, kita tau mana satu betul mana satu salah. Yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan. Marilah sama-sama kita kurangkan sifat 'JUAL IKAN' yang versi tak perlu dari hidup kita ok.=)



Salam.


-nurynweida-

Monday, January 3, 2011

PENDEK TAK?

Salam. Hai all!

Actually aku teringin nak tulis entry pendek2 je sebab aku takut readers malas nak baca kalau entry panjang2. Tapi masalahnya, aku ni kalau tangan aku da kat keyboard, macam tak reti2 nak berhenti. Huhu. So, macam mane agak-agaknye ye? Tulis je la kan ape yang nak ditulis. Hehe.


Ok lah. Aku try supaya entry kali ni merupakan sependek-pendek entry yang aku buat. Aku ni macam2 idea dalam kepala ada. Tapi macam aku kate tadi, untuk memendekkan entry hari ni, so aku tangguh dulu cite2 tu. (^_^)


By the way, aku hanya nak cerita, sekarang kat UIA ni tengah hot dengan kes kecurian. Yang aku dengar siap acu2 pisau. Ada orang berselubung masuk asrama perempuan, ketuk pintu, acu pisau dan mintak laptop. So, antara nyawa dan laptop? Confirm la nyawa kan? Huhu. Bayangkanlah. Itu yang aku dengar la. Kesahihan wallahua'lam. Tapi, aku dan kawan2 bersiap sedia mengambil langkah berjaga-jaga, kunci bilik setiap kali keluar, elak keluar pergi toilet sorang2 tengah malam. Tapi, aku kalau tak tahan sangat, keluar bilik doa tawakal banyak-banyak. Pandang kiri pandang kanan. Cuak. Kejut roomate aku macam harapan la dia nak bangun. Hehe.



Ok lah, nak stop la. Camne? Pendek tak? Pendek la kan dari biasa? Haha.


Bye. Salam.


-nurynweida-

Sunday, January 2, 2011

BEST and INSPIRING!

Salam. Hai all. =)



Memandangkan sekarang la time yang banyak waktu senggang, thats why la cik Nur Ain Wahidah ni terlebih rajin update blog. Hehe. Ye la tu kan. Sedangkan next week kuiz Math Analysis tak sabar2 terima kedatangan aku. Begitu juga dengan kuiz Advanced Math Method at the next next week (ikut style Dr.Bakhram berkata-kata). Haha



Haa. Sebelum tu, aku nak memperbetulkan la kesilapan ak di entry sebelum ini yang bertajuk LOVE-LETTERS AGUNG tu dimana aku ada mem'publish' kan satu ayat "Bacalah walaupun satu ayat". Ok, harap maaf kerana ayat tu salah. Ayat yang betul adalah "Sampaikanlah dariku walau satu ayat", hadith by Junjungan Besar Kita, MUHAMMAD S.A.W. Thanx Bro.Rizqan for the correction. Really appreciate it. =)



Ok. Aku sebenarnya nak cite pasal blog2 yang aku rase best and make me feel inspired. Banyak sebenarnya tapi aku listkan yang betul2 ak interested. Yang ak tak listkan tu pun bagus jugak. Cuma tak larat la kan nak list banyak2. Hehe. Sebelum tu, aku nak tegaskan dan nyatakan bahawa ini adalah dari sudut pandangan aku ok. ~



1) Susu Dalam Botol a.k.a Hidd


Blog ni kawan aku , Maisarah da pernah cakap da blog ni best. Tapi time tu aku macam tak ambik port sangat. Sebab ape tah aku tak ingat. Pastu aku terjumpa la link Kak Hidd ni kat Wani Ardy punye blog kalau tak silap. Name blog dia je da menarik perhatian aku. Aku rase best sebab bagi aku penulisan dia santai and cool beb! Pastu,after da gune blogspot ni, terus aku follow dia. Kat twitter pun. Honestly, she is a nice person ok! Tak tipu!


2) Budu Dan Belacan a.k.a Sue Anna Joe


Haa. Blogger ni memang famous. Aku rasa ramai kan yang mengenali dia. Blog dia pun best. Aku tau blog dia dari Hidd since aku jumpe blog Hidd dulu kan. Hehe. Aku suke Kak Anna ni punye blog sebab bagi aku dia jujur dalam penulisan dia and sometimes dia macam motivate aku dalam hidup ni by entry2 dia yang bagus tu. Plus, dia ni suka fashion macam aku walaupun aku takla hebat dalam fashion macam dia. Hehe.


3) Perempuan Jomblo a.k.a Lady Noe


Lady Noe is so slumber. Aku suke. Dia ada gaya dan cara dia tersendiri yang membuatkan aku kagum sama dia. Lady Noe ni pun kawan2 Hidd and Sue Anna Joe ni jugak. Best la blog dia. Serius best. Dia tulis simple je. Tak perlu metafora, inversi segala bagai. Tapi ada maksud mendalam. Tak tau nak describe macam mana tapi macam aku kate dia best and aku suke!


4) Realiti Konspirasi a.k.a Zackzuhairi


Blog Zackzuhairi ni pun best. And dia pun aku rasa ramai orang tau blog dia. Cerita2 dia sangat seronok dibaca walupun berulang-ulang kali. Lagi2 dengan komik dia yang comel2 tu. Cume skarang dia da lama tak update blog dia. Tertunggu-tunggu jugak. Bagi aku dia ni kelakar. Kalau aku bace blog dia, mesti aku gelak2 punya la. Haha. Aku tak sabar nak tunggu new entry dia.


5) Warqah Daun Papyrus a.k.a Rizqan


Bro Rizqan ni senior aku kat UIA tapi berlainan course. Aku kenal dia pun sebab dia kawan kepada kawan aku. Tapi dia tak kenal aku pun. Haha. Blog dia ni aku baru jumpa. Sejak2 aktif ber"blogwalking" ni. Hehe. First time aku baca blog dia ni, aku da tertarik lagi2 dengan gaya bahasa dia. Sedap dibaca. Isi-isi dia pun mantap. Apa yang dia tulis semua bawak maksud dan mesej yang tersendiri. Even entry tu simple. Aku suke kata-kata ni. "Contengan yang saya lakukan selama ini dalam Warqah Daun Papyrus adalah perkongsian yang saya rasakan dapat membawa manfaat pada pembaca kerana itu adalah sebab mengapa laman ini tercipta.." Nice kan? (^.^)


Ok la. Ak listkan lima ni je. Lepas ni kalau ada blog2 yang aku rase best gile lagi yang membuatkan aku tak jemu, aku share lagi ok. Ingat tau. Korang punye blog pun best jugak. Senarai bloglist aku kat tepi ni pun best. Hee =) Cume aku senaraikan lima sahaja yang aku rasa sangat menarik perhatian aku. Korang try la baca. InsyaALLAH tak menyesal. Korang kalau ada link2 blog best sila2 la share ek. Hehe.


K, da lewat da ni. Salam.


-nurynweida-

LOVE-LETTERS AGUNG!


Salam. Hai semua.

Harini aku nak cakap pasal love-letters. Jeng jeng jeng. Love-letters? Apakah love-letters itu? Hehe.. Aku rase semua orang tau kan love-letters tu ape kan? Dalam bahasa melayu "love-letters = surat cinta". Waa.. surat cinta? Mesti ada antara korang pernah dapat kan? Kan? Lagi2 mase time sekolah dulu. And entah2 korang pun pernah bagi seseorang thats love-letters tu kan? Haha



Ok. Actually ak bukan nak cakap pasal love-letters yang penuh dengan bahasa jiwang karat ala2 mat bunga or minah bunga tu tau. Tapi love-letters yang lain. Love-letters yang semua orang pasti dapat. Tak ada sorang pun yang tak dapat. Betul! Aku tak tipu! Nak tau tak love-letters dari siapa?

Love-letters yang aku maksudkan tu adalah love-letters dari Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, ALLAH S.W.T. Daripada Khaliq kepada hamba-hambanya. Macam mane love-letters dari ALLAH tu? Love-letters dari ALLAH ni bukan macam love-letters versi manusia yang tulis pakai pen warna-warni, yang letak bedak, perfume segala bagai tu. Bukan ok! Love-letters dari ALLAH ni ditulis dengan bahasa yang paling indah di dunia. Tak ade apa pun yang boleh menandingi keindahannya. Bila kita baca love-letters ni hati kita akan rasa tenang sangat. Tak perlu letak perfume semua bende alah tu dah.

Then,dengan love-letters ni jugak kita boleh baca berulang-ulang kali dan bila kita hayati maksud dia, kita akan rasa insaf dan terasa betapa kerdilnya di sisi ALLAH. Kadang2 ada sesetengah orang akan menangis bila baca love-letters ni. Kalau love-letters dari manusia kalau baca tu menangis selalunya sebab nak mintak break kan? Sebab lepas mintak break confirmla sedey and frust sebab tu nangis kan? Tapi love-letters yang satu ni orang menangis bukan sebab frust ke apa. Tapi sebab rase betapa hinanya kita di sisi ALLAH. MasyaALLAH. (T_T)





Umm, aku ni dari tadi dok sebut love-letters berulang kali. Apa love-letters yang aku maksudkan tu sebenarnya? Baiklah, love-letters yang ak maksudkan tu adalah risalah yang paling agung, kitab yang paling suci diwahyukan kepada Nabi kita, MUHAMMAD S.A.W sebagai panduan kepada umat manusia sejagat iaitu AL-QURAN al-KARIM.


Kalau nak huraikan pasal al-Quran, aku rasa terlampau banyak untuk dihuraikan. Aku pun bukanlah orang yang betul-betul layak untuk menghuraikan segala isi kandungannya. Tapi aku hanya boleh mengajak dan mengingatkan semua termasuk diri aku untuk sentiasa membaca love-letters yang agung ni. Aku tau, it is common bile nak buat something yang baik tu rasa malas sangat kan. Ada je alasan. Tak sempat la, tak reti baca la ape la. Aku pun kadang2 rase macam tu. Maybe ada yang tidak rasa macam tu. Alhamdullillah bagi sesiapa tak ade rasa macam tu. =) Tapi sebenarnye, kalau kita nak, boleh je kita sempatkan. Lepas sembahyang tu why not kita luangkan masa sekejap untuk baca love-letters ni. Tak payah la nak habiskan satu kitab tu in one night. Bacalah setakat yang termampu. Aku pernah terbaca kalau tak silap;


"Bacalah walaupun satu ayat.." (I'm not sure. Kalau salah, feel free to correct me ok)

Tapi insyaALLAh kalau kita amalkan, kita tak akan rasa jemu dan letih untuk membacanya. Sampaikan kalau tak baca yang kita jadi lain. Kita akan rasa rindu untuk membacanya. Jiwa kita akan kosong kalau tak membacanya. Tak terlambat lagi untuk kita sama-sama buat perubahan dalam diri kita. Amalkan bacaan al-Quran sekerap yang mungkin. Kalau kita boleh baca novel setebal LAGENDA BUDAK SETAN tu, baca entry2 blog yang baru why not kita tak boleh baca love-letters yang confirm2 banyak manfaatnya ni kan? Kalau tak reti kita boleh belajar kan? Tak ada alasan sebenarnya. Hanya kita manusia yang sering mencipta alasan.



By the way, kalau kata2 aku ada tersalah, sila lah betulkan. Dan siapa2 nak share ilmu anda, sangat lah dialu-alu kan. Thanx guys for reading this.


Salam.


-nurynweida-