Friday, April 29, 2011

BILA BUAT-BUAT BAIK...

Salam. Hai semua.

Kabare? Wah, berbahasa jawa pulak. Haha. Aku kat rumah ni masih bersenang lenang. Hanya makan, tidur, online dan kerja-kerja yang biasa aku lakukan kalau musim cuti bermula sehinggakan nak update blog pun malasnya. Tiada yang bombastik lagi. Nak kerja, tak kerja lagi. Masih menanti tawaran datang bergolek. Haha. Kau ingat kau siapa Ain. Nak menanti kerja datang kat kau. Lambat lagi la. Haha. Takdela. Actually,sedang menunggu jawapan. Hee.

Sebenarnya, aku nak berkongsi satu cerita ni. Dah lama dah terdetik nak tulis tapi tak tertulis pulak. Al maklumlah. Orang rajin. Cerita ni aku baca dekat buku kawan aku. Macam buku motivasi jugakla. Wah, Ain baca buku motivasi tu. Jangan tak percaya ok. Haha. Ceritanya macam ni... (Aku ringkaskan dan tulis dengan cara aku sendiri tau tapi tanpa mengubah isi pentingnya)

Kat satu sekolah ni ada la seorang budak. Namanya A. Dia ni tak ramai kawan. Yang rapat dengan dia pun seorang je iaitu B. B ni kalau tak silap aku ramailah kawannya dari si A ni. One day, si B ni bertanya kat si A;

"Kenapa ye kau tak ramai kawan?"

B menjawab;

"Entahlah, aku pun tak tau. Aku cuba buat-buat baik dengan orang supaya orang kawan aku. Tapi masih tak berhasil."

Nak tau apa B cakap apa kat si A tu lepas si A cakap macam tu? B cakap;

"Kalau kita buat-buat baik, memang orang tak akan kawan dengan kita. Tapi, kalau kita baik, barulah ramai orang akan kawan dengan kita."

-End of the story-

Korang faham tak maksud cerita ni? Aku tak taulah kenapa. Tapi banyak-banyak cerita dalam buku yang aku baca tu, cerita ni lah paling aku ingat. Kalau ikut pandangan aku, setelah difikir-fikirkan, aku baru sedar memang betullah apa yang si B tu cakap. Kalau kita buat-buat baik, itu macam adalah satu kepura-puraan sebab kita BUAT-BUAT BAIK. Kita seperti HIPOKRIT dan tak jujur dengan diri sendiri. Kita hanya pretend jadi baik sebab nak gain more friends. Thats why la orang tak nak kawan dengan kita. Katakanlah, kalau la kita dapat ramai kawan disebabkan perangai yang BUAT-BUAT BAIK tu, one day, kawan-kawan kita akan tinggalkan kita jugak sebab perangai macam tu. Siapa yang suka ditipu? Betul tak? Dan kalau kita BUAT-BUAT BAIK pun, kita sendiri akan rasa tak selesa sebab kita tak jujur dengan diri sendiri. Aku pernah baca dalam satu novel, ayat dia lebih kurang macam ni;

"Orang yang paling tak jujur adalah orang yang tak jujur dengan diri dia sendiri.."

Thats why lah, kita kena jadi BAIK. Kalau kita rasa diri tak baik, berusahalah untuk menjadi seorang yang BAIK. Jadi BAIK dengan ikhlas,sebab kita nak membaikkan diri kita bukan sebab untuk kepentingan tertentu sehingga kita terpaksa BUAT-BUAT BAIK. Bila diri kita BAIK, kita tak perlu risau sebab orang yang sendiri akan nak and willing kawan dengan kita sebab perangai kita yang BAIK tu. So, marilah kita bersama-sama berusaha untuk meperBAIKi diri kita ke arah yang lebih BAIK. Lakukan dengan seikhlas dan sejujur hati kita. InsyaALLAH DIA akan permudahkan segalanya. =)

By the way, ini hanya pandangan aku. Kalau korang semua ada, pandangan tersendiri, amatlah dialu-alukan untuk berkongsi. I am really appreciate it . =)

Salam

-nurynweida-

Monday, April 18, 2011

SEMINGGU DI RUMAH & DURIAN

Salam. Hai all.

Firstly, HAPPY HOLIDAY untuk sape2 yang dah start holiday macam aku. Hehe. For those yang belum lagi, ALL THE BEST menghadapi hari2 anda yang mendatang. Hee.

By the way, kadang2 aku bosan gak duk rumah ni. Especially bila adik2 aku pergi sekolah. Tapi itu tak bermaksud aku tak suka duduk rumah. Aku suka sangat duduk rumah tapi aku hanya bosan itupun kadang-kadang je tau which bila aku tak ade kerja nak buat besides on online. Ini baru seminggu,belum lagi 5 months since aku pun tak ambik short sem. Huhu. So, aku terasa macam nak cari kerja. Doa-doakan lah ye rezeki memihak kepada aku. Amin..

Tapi, one thing. Aku happy bila kat rumah since no assignment, no penat2 perah otak fikir rumus segala bagai and PALING HAPPY sebab i can spend my time with my beloved family. Yeah. Aktiviti wajib aku kat rumah tak lain tak bukan menyakat budak2 la. Allisya, Aisy, Qistina lah mangsa2 aku. Selagi diorang tak menangis, selagi tu lah aku menyakat. Haha.Ibu pun dah duk bebel2 kata, kalau aku ada kat rumah je, mesti bising dengan suara budak2 menangis hasil sakatan aku. Haha. Ampun ibu. Ini memang hobi anakmu. Hee.

Malam tadi, Cik Ina bawak balik banyak gila durian dari kampung. Rambutan dan pulasan jugak. So, macam biasa, family aku and family Cik Ina akan berkumpul makan durian ramai2. Tapi aku berkumpul bukan untuk makan durian pun since aku ni bukan penggemar buah durian. Cakapla sedap mana pun durian tu, tak kan nye aku makan. Tekak tak boleh terima. Nak buat macam mana. Ibu, ayah, Cik Ina, Cik Jemi semua nikmat je makan durian. Aku ni pulak, pergi duk menghadap besen rambutan and melantak rambutan puas2. Lagi best! Hehe. Ada orang cakap rugi la aku sebab tak makan durian a.k.a Raja Buah tu. Tapi seriously, bukan aku tak try, tapi memang aku tak boleh nak terima. Sampai dulu time kat Jasin, time Pesta Buah (ok, I miss 512's members now (T_T) ),classmate aku siap cakap:

"Ain, please la makan. Seulas pun jadi la. Demi aku."

Demi tak menghampakan harapan, aku pun makan la seulas walaupun tak rela. Huu. Tapi, walaupun aku tak suka makan durian, tapi aku sangat suka aiskrim durian, serawa durian and tempoyak. Uish, sedapnya. Tapi bubur kacang durian aku tak makan. Hehe.

So, untuk mereka yang suka sangat durian tu, ape lagi. Cepat makan puas2 sementara tengah musim ni. Haha. Makan jangan tak makan okay! =) K, bye! Salam

p/s: Entry ni hanya sekadar suka2 since sedang kebosanan.

-nurynweida-

Wednesday, April 13, 2011

MY MASTERPIECES #5-HANYA PADA-MU

Salam.

Manusia,
Jauh dari kesempurnaan,
Sentiasa terleka,
Cari kebendaan,
Sentiasa tersilap,
Dalam percaturan,
Sentiasa tersasar,
Dari kebenaran.

Aku juga manusia,
Yang tiada kesempurnaan itu,
Yang sentiasa terleka,
Yang sentiasa tersilap,
Yang sentiasa tersasar.

Aku mahu berubah,
Aku mahu beralih arah,
Ke jalan yang DIA redhai,
Ke jalan yang DIA rahmati,
Tapi mengapa,
Mengapa dan mengapa?
Terasa payah,
Terasa susah.

Seperti mana,
Membaranya semangat di titik mula,
Seperti itu jugalah,
Mudahnya hati ini berubah,
Senangnya hati ini terpesong,
Kembali ke jalan yang kelam,
Balik ke lorong yang kusam.

Ya Rabbi,
Berikan aku Istiqamah,
Agar tetap hati ini,
Agar kukuh jiwa ini,
Untuk terus memburu redha-MU.

Ya ALLAH,
Berikan aku kekuatan diri,
Berikan aku keteguhan iman,
Untuk aku menghadapi,
Segala onak ranjau duri,
Dalam perjalanan,
Untuk berada di bawah lembayung rahmat-MU.

Hanya pada-MU aku berserah Ya Rahman Ya Rahim...Amin...

Salam



-nurynweida-