Thursday, February 24, 2011

MISI 100,000 LANGKAH

Salam. Hai semua. =)

Harini aku nak cerita pasal AMALAN GAYA HIDUP SIHAT ok. Haha. Apahal skema punya tajuk ni. Takdela. Saja je. Actually aku nak cerita pasal misi aku dan kawan-kawan aku. MISI 100000 langkah! Yeah! Sebelum tu, aku nak mintak maaf kepada mereka-mereka yang berkenaan atas kelewatan entry ini. Dah lebih seminggu kan. Busy lorh. Sorry sayangs!!! Huu.

Ok lah. Jom la aku cerita apa sebenarnya MISI 100000 langkah ni. Hehe. Seminggu yang lepas, aku dan kawan-kawan aku ni pergi ber'joging'. Mereka yang terlibat - Aku, Syeken, Matul, Silah, Tikah, Zha. Aku memang plan nak gi dengan Syeken and Tikah. Pastu Matul and Zha join sebab kononnya nak tingkat stamina main futsal. Hehe. Silah pulak saja join untuk badan yang lebih sihat. Yuhuuu!


On the way nak pergi Taman Bandar tu, terkeluar la idea yang bernas dari kalangan kami untuk breakfast di Kedai Makan depan Franky tu. Tapi takut la tak buka kan. So, dengan gigih nya, aku pun mesej la Adha tanya bukak ke kedai tu sice haritu Public Holiday kan. Nasib baik la Adha bangun and cakap bukak. Punya lah gembira tak terkata kami ni. Haha.


On the way pergi jugak la kami ni berborak-borak. Aku pun berkata lah;


"Eh, tau tak aku baca kan, kalau kita nak kurus salah satu cara terbaik adalah dengan berjalan banyak. Buat paling kurang 10,000 ke 100,000 langkah sehari."

So, mereka-mereka yang mahu kurus pun (aku je kot yang nak kurus. yang lain semua da slim dah) excited la mendengarnya. So, keinginan untuk menambah bilangan langkah pada hari itu dengan berjalan ke Franky semakin membara. Haha. Konon nak capai matlamat misi itu la. So joging satu round dulu. Then pergi MAKAN!!! Tapi tak sedar, kat kedai depan Franky tu makan punya la selera seolah-olah misi itu tak wujud. Hee...


Lepak kat kedai makan tu lama gak lah. Balik tu, kami menambah lagi bilangan langkah kami. Yeah! Dan tak best la kan kalau tak ambik gambar. So, layan!!!






Aku sebenarnya jarang dapat lepak-lepak dengan mereka ni, Syeken ngan Tikah dikecualikan. Seronok la kitorang gelak-gelak,enjoy,happy semua lah. Thanks korang. Lepas ni kita buat lagi ye misi ini. Ok lah bye.
'SAMA-SAMA LAH KITA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. MULAKAN MISI 1OO,OOO LANGKAH ANDA!YEAH!'



p/s: Misi ini terhenti setakat itu sahaja rasanya. Haha. Ish ish ish

: Sebenarnya yang nak kurus tu aku je. Al-maklumlah...



Salam


-nurynweida-





Wednesday, February 23, 2011

MY MASTERPIECES #3- HAKIKAT REALITI

Salam...

Kenapa ya?
Kita ini,
Sering memburu,
Sering mencari,
Yang susah untuk kita dapati,
Sedangkan hakikatnya,
Apa yang diburu,
Apa yang dicari,
Di depan mata kita sendiri.

Kenapa ya?
Kita ini,
Acap kali terleka,
Acap kali terlupa,
Dengan apa yang kita miliki,
Sedangkan hakikatnya,
Apa yang kita miliki,
Apa yang kita genggami,
Cukup sudah walau untuk di hari nanti.

Kenapa ya?
Kita ini,
Sentiasa mengimpi,
Sentiasa ingini,
Yang payah kita kecapi,
Sedangkan hakikatnya,
Yang di depan mata kini,
Tak pernah kita hargai,
Dek mengejar impian yang tak pasti.

Tak salah menyulam angan,
Tak salah menganyam mimpi,
Tapi satu yang perlu kita sedari,
Jauh mana pun kita berlari,
Luas mana pun laut yang kita renangi,
Ingatlah kita akan realiti,
Jangan sampai suatu hari,
Segala apa yang kita punyai,
Segala apa yang kita miliki,
Terbang pergi membawa diri,
Dek kerna kita tak reti menghargai.



p/s: Hakikat yang kita semua kena hadapi termasuk aku sendiri.



-nurynweida-

Saturday, February 19, 2011

SENYUM TAK NAMPAK GIGI!

Salam. Hello!

Ok. Saya telah di'tag' oleh cik PIKAH. Contest SENYUM TAK NAMPAK GIGI! Haha.

Aku senyum selalunya nampak gigi. Walaupun gigi aku tak cantik tetap nak tayang gigi. Hehe. Bila senyum tutup mulut (tak nampak gigi), aku rasa lain. Rasa macam gigi tu meronta-ronta nak keluar(ape kes?Hahaha). So, bila kena join ini contest, ini merupakan CABARAN YANG SANGAT BESAR! Haha. Godek godek gamba lama, akhirnya terjumpa. Hehe



Aku nak tag sape ek?huhu. K la, nak tag EMA, ATHIKA and FARA.

Ok.. Bye..

Salam

-nurynweida-

Thursday, February 17, 2011

HADIAH.hehe

Salam. Hai..

Entry ni khas saya tujukan buat Cik MARDIHA ZAKI. Sempena birthday dia. Kira hadiah birthday dia lah sebab saya tak bagi dia apa-apa pun. Hanya kad sahaja. Celebrate apatah lagi. Busy la katakan. Hahaha. Ni pun pos entry ni da terlambat. Sorry beb.

MARDIHA.

Aku kenal dia kat CFS. Sebab aku bertanding jawatan untuk Pub Info PRESSS dulu ngan dia. Hehe. Tapi, mula-mula aku kenal dia aku tak baik pun dengan dia. Biasa-biasa je. Dia pun bukan kenal aku pun. Aku confirm pasal tu. Haha

Aku start rapat dengan dia kat Kuantan. Dia ni gila jugak. Banyak mulut, banyak cerita. Suka borak dengan dia. One thing, we share the same passion. FASHION!!!!! (Yeke Mady minat Fashion?Hahaha). Dia jugak team netball aku walaupun ada kejadian yang tidak diingini berlaku sewaktu match netball tu. Hehe. Then, dia jugak team sorak G double O D J O B tu. JErit pekik dia lebih kurang aku je. Haha.

By the way Mady ku sayang, tak perlu aku cakap, ko memang tau kan AKU SAYANG KAU ok!!! THANKS and SORRY for everything. Mmuahx mmuahx.. Hehehe. And, YOU ARE 22 NOW!!!Yuhuuu... Be a good ones ok !


-Ini dia-

-Saya dan dia-

K. Salam

-nurynweida-

Monday, February 14, 2011

MY MASTERPIECES #2-SATU KATA ITU...

Salam...

Satu kata,
Kata keramat,
Berat sungguh untuk diluahkan,
Payah benar untuk dizahirkan,
Susah amat untuk dinyatakan,
Bibir seakan terpaku,
Lidah seakan kelu,
Untuk satu kata itu.

Kadang serasa tak perlu,
Tika ego bertamu,
Saat dihasut musuh yang satu itu,
Jari dituding ke arah seteru,
Terdetik, "Patutkah aku?"
Hati berperang,
Jiwa merusuh,
Minda celaru,
Dan kata itu terus tertangguh.

Tak salah beralah,
Tak salah menyerah,
Mungkin diri rasa "Itu bukan salahku"
Cuba sekali
Biarkan rasa itu pergi,
Biarkan kemungkinan itu berlalu,
Biarkan dendam menjadi debu,
Biarkan kesumat menjadi abu.

Diri menunggu,
Menanti,
Datangnya kekuatan,
Yang diimpi,
Yang dimahu,
Biar selesai permasalahan yang membelenggu,
Tapi sayang,
Kata itu masih di situ,
Tak berganjak diam membatu.

-END-
Kepada semua, ingin aku ungkapkan satu kata itu. MAAF. Itulah satu kata itu. Yang amat payah untuk kita semua ucapkan. Mungkin tak semua nya payah tapi aku salah seorang yang payah untuk menyatakannya. MAAF bukan sekadar di Hari Raya tapi perlu setiap kali ia perlu untuk diucapkan.
Kepada semua, MAAF untuk segala kekhilafan diri ini. Untuk segala kesalahan, untuk segala kejahilan. Aku manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Samada secara sedar ataupun tidak. MAAF MAAF dan MAAF. Ye, mungkin aku tak berani menyatakan secara berdepan, belum bersedia. Tapi jujur
untuk sesiapa sahaja yang perlu untuk aku mintak maaf, MAAFKAN AKU.
Salam
-nurynweida-

PRECIOUS MOMENT

Salam. Hai all!

Since takde orang ingatkan aku, so semalam aku tak update la blog ni. Hahaha. Alasan. Semalam memang takde masa nak update blog since aku pergi "berfoya-foya" with my "sayang's". Hehe. Mentang-mentangla dapat "kertas bernilai" kan. Apa lagi lepas gian la. Ok ok. Bukan lepas gian. Aku keluar untuk release tension ok setelah bertarung dengan A.M.M pada malam sebelum itu. Ceh. Ayat. Haha.

Siang tu, pergi ECM tengok "THE GREEN HORNET". Plan asal nak gi dengan Pikah je. Tapi last minute Jiji ngan Mai join sekali. So it was fun to going out together.

Two 'pinkies'
Pikah and me

Mai n Jiji. Jiji semangat cerita.Hehe

Singgah ZUZANA jap. Pikah n Jiji lapar. (Muka Mai terpaksa ditutup sebab comel sangat)

Then, malam tu pulak keluar makan dengan another "sayang's".
Tujuan => Celebrate birthday Ayuni. Walaupun lambat, celebrate jugak. And Yun dah dapat agak the celebration. Haha. By the way, HAPPY BELATED BIRTDAY AYUNI!


Birthday Girl

Location : SARA THAI


Yummy!


Sal, Anis, Yun n Me

After that, menggedik gi T.C. Tengok persembahan Cappoiera(ak rasa salah eja ni). Hahaha. Then, lepak-lepak tepi pantai. Aku menjadi CAMERAWOMAN. Gamba aku takde langsung since mereka-mereka berkata:
"Blogger letak gamba kat blog gamba orang lain. Bukan gamba sendiri." (Ceh, aku rasa nak baling kasut je time tu. Haha)


Mereka-mereka itu


Telok Chempedak at night.

Tiada motif. Tak dapat ambik gamba diri sendiri, gambar barang pun jadi la. Hahaha

By the way, I LOVE TO SPEND MY TIME WITH MY DEAR FRIENDS. Setiap saat dirasakan begitu berharga. Maybe aku tak sempat nak spend my time with all of my friends at the same time. But, seriously, SAYA SAYANG SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA. Tanpa mereka, siapalah saya. RAIHAN, SYEKEN and ATIKAH. nanti kita teruskan plan kita ok. With MAISARAH juga.. Love u bebs.
Ini untuk semua kawan-kawan saya. Kawan dari kecik hingga besar. Kawan sekolah, kawan PLKN, kawan Universiti and tak lupe Kawan BLOGGER. =)
"Each friends represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born. "-Anais Nin-
" A circle is round it has no end, that's how long I want to be yur friend! "-Anonymous-
p/s : Malam ni keluar lagi and having fun and exciting moments. But tak boleh tulis sekarang since I'm the 2nd edition version. Need to wait the first edition published. Hehe
Salam.
-nurynweida-

Saturday, February 12, 2011

TOLONG INGATKAN AKU...

Salam...

TOLONG INGATKAN AKU...

Untuk update blog esok. Hahahaha.

Takde kerja sekejap. Malam ni exam. Cuak. Doakan kami semua.

Salam

-nurynweida-

Monday, February 7, 2011

KECOH BALIK AWAL

Salam. Hello semua.

Okay. Ini first entry selepas pulang dari percutian yang pertama untuk semester ini. For the first time sepanjang dekat dua tahun aku duk UIA KUANTAN ni aku kena balik awal. Aku tau takdela awal sangat tapi bagi aku tetap awal. Sebab supposedly, aku nak balik hari Ahad, Huwaa! Terbayang-bayang aku time aku tengah mengharungi kesesakan berebut-rebut naik bas, orang lain semua tengah duk rilek menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Sungguh tidak adil! Dah Ain. Takyah duk membebel meluahkan ke-tidak-puas-an-hati tu tanpa henti. By the way salah siapa kena balik awal? Salah diri sendiri jugak kan? Taknak beli tiket awal-awal. Bajet ini cuti biasa-biasa orang lain tak balik ke? Ok, my fault! Huu.. Tapi, thanks ayah sebab sabar duduk lama-lama kat Klang Sentral tanyakan tiket untuk anakmu ini. Kejap nak balik hari Sabtu lah, hari Isnin lah, tanya kaunter yang ini lah, kaunter yang itulah. Terima kasih ayah. Sayang ayah! Hehe




Kesimpulannya ==> Lepas ni beli tiket awal-awal.

Sampai Kuantan, nasib baiklah ada kawan-kawan yang da balik awal. Raihan memang balik dengan aku. Pastu, Tetel pun balik awal jugak. Sal, Zut pun balik awal. Ramai je sebenarnya balik awal. Haha. Jiran-jiran aku semua dah berisi la bilik mereka walauun tak penuh. Alhamdulillah. Tak de la bikin gue cuak (Poyo cakap Indon.Tak jadi pon). Hehe. Sampai-sampai bilik dengan memang rasa kebulur kelaparannnya, lepas sembahyang terus pergi kafe. Sadis sungguh hanya Dila Cafe dan Pakcik Bihun Sup je yang bukak. Lauk pun tinggal hujung nyawa je. Tapi takpela. Besrsyukur sebab dapat gak makan. Alhamdulillah. Makan-makan sambil lepak-lepak dengan Adha , Tetel and Raihan. Tapi kan lepas makan tu, lapar lagi. Apa kes Ain, tak baca Bismillah apa. Haha


Kesimpulannya ==> Bersyukur dengan apa yang ada ok.

Malam tu pulak, setelah plan-plan dengan Raihan ngan Tetel ngan Adha (plan untuk mengisi perut), kitorang pun pergilah ke kedai makan kat Sekilau tu. Yang gadis-gadis ni naik kereta Shahdan. Adha datang ngan Irzan. Tak pernah-pernah aku lepak makan dengan Shahdan dengan si Irzan, malam tu first time kot. Dengan budak lagi tiga orang tu da terlebih biasa dah. Hehe. Makan-makan, borak-borak macam bajet masing-masing takde masalah takde exam dan segalanya lah. Bak kata Raihan ngan Tetel, meeting ni. Cukup korum. 2 CTS, 2 Biotech and 2 Biomed. Tak lama lepas tu, si Zainal ngan Zaimi lak datang menambahkan bilangan ahli kat meja kitorang. Diorang da makan kat Celup dah, tapi saja datang sebab lepas bosan kot. Hehe. Yang best nya, time bayar tu la. Sebab ada orang tolong bayarkan. Sapa lagi kalau bukan orang yang baru masuk scholar JPA kan. Thanks Adha. Semoga dimurahkan rezeki lepas ni boleh belanja lagi. Haha. By the way, malam tu best, we have fun dengan aksi aksi semua yang ada terutama Raihan. Haha. Ukhuwah terjalin di situ.


Kesimpulannya ==> Balik awal ada hikmahnya. Merapatkan ukhuwah dengan orang yang tak pernah-pernah duduk semeja borak-borak. Shahdan, Irzan, Zainal, Zaimi. Walaupun aku hanya banyak gelak. Tak banyak cakap. (Eh,yeke?Haha)


Ok lah, by the way, SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN dan ALL THE BEST EXAM untuk sapa-sapa yang ada exam lagi macam aku. =)



p/s:entry ni hanya cerita-cerita sahaja.Hee



Salam



-nurynweida-

Thursday, February 3, 2011

MY MASTERPIECES #1-RASA JIWA

Salam.

Buntu.
Keliru.
Kosong.


Buntu untuk apa?
Tak tau cara apa lagi
Jalan mana lagi
Yang harus dicuba
Yang harus dilalui
Yang harus didatangi
Jalan tak ditemui
Apatah lagi penghujung yang masih samar untuk dijejaki.

Keliru untuk apa?
Bila pelbagai persoalan
Datang menerjah
Hati jadi bercabang
Rasa terlampau banyak simpang
Hati jadi gusar
Rasa mula goyah
Menambahkan lagi semarak rasa jiwa yang gelora

Kosong untuk apa?
Hidup penuh ceria
Keliling yang tercinta
Semua mencipta bahagia
Tapi satu rasa
Di sudut jiwa
Tak siapa mengerti
Tak siapa fahami
Kerna semua tak rasa sendiri


Letak pengharapan hanya pada DIA
Setelah usaha menjadi taruhan
Mohon petunjuk hanya pada DIA
Bila hati tiada jawapan
Tetapkan hati hanya pada DIA
Di saat diri rasa kekosongan
Itu yang sebaiknya
Kerana DIA sentiasa bersama
Tak kira masa, tak kira siapa
DIA sentiasa ada
Hanya kita yang sering alpa
Sering terleka
Mudah lupa...

Salam


p/s-ini hanya coretan .

-nurynweida-