Saturday, July 23, 2011

#MY MASTERPIECES 8- UNTUK SI RATU HATI.

Salam.

Dia,
Penyebab aku di sini,
Pada waktu ini, hari ini, detik ini,
Tanpa dia,
Aku tahu, aku pasti,
Tiadanya aku di dunia ini.

Dia,
Teman aku, sahabat aku,
Sentiasa di sisi tak kira waktu,
Susah senang ku hanya dia yang mengerti,
Hanya dia yang fahami,
Dan walau kami jauh beribu batu,
Ingatannya terhadap ku sentiasa tepu,
Dan begitu juga aku.

Dia juga,
Jiwa aku, hidup aku,
Tiada dia, tiadalah aku,
Kasih dia, sayang dia, cinta dia,
Tiada siapa yang mampu tandingi,
Tiada siapa yang mampu saingi,
Kerna ku tahu,
Kasihnya tak kan mati,
Sayangnya tak pernah terhenti,
Cintanya setulus hati.

Dialah permaisuri,
Dialah bidadari,
Dialah ratu hati,
IBU yang sentiasa aku sayangi....

Dear ibu, HAPPY BELATED BIRTHDAY! Ain tau post ini lambat. Biasalah anak ibu kan. Ambik masa nak tulis benda-benda macam ni. Hehe. Apa pun, yang penting tak kira lah hari jadi ibu ke, bukan hari jadi ke, Ain tetap sayang ibu sampai bila-bila. Ain mintak maaf atas salah silap Ain sebab Ain tau Ain bukanlah anak yang terbaik untuk ibu. Tapi Ain always try untuk jadi anak yang terbaik buat ibu dan ayah. :')

Lots of love,
Ain...


Salam


-nurynweida-

Wednesday, July 20, 2011

THE AWESOME JULY #PART 3

Salam. Hello readers!

Wow, Gigih aku terus buat update untuk THE AWESOME JULY #PART 3. Hehe. Semangat nye. Apa sebab ni? Haha. By the way, kali ni aku nak cerita pasal wedding my dearest friend, MADY. =)

Sebenarnya kebetulan aku berada di Kuantan untuk IMC, tu yang aku boleh attend majlis ni. Kalau tak, mungkin susah sikit kot. Hehe. Akad nikah, bersanding dua-dua aku pergi. Semangat tak? Haha.Lagipun boleh jugak ambik berkat mana tau tak lama lagi aku punya turn kan? Haha. Berangan la kau Ain. Calon pun tak nampak bayang. Haha.

Majlis akad nikah nye Jumaat malam Sabtu.

Ini lah kawan saya yang bernama Mady Mardiha :-)

Rombongan UIA (haha) bersama Mady and Dik Nina.

The 'hantaran's'. Aku nak Ipad ngan DSLR tu!

Inilah pengantinnya.

Kalau tak bergambar depan cermin, macam tak best pulak kan? Haha

Esoknya pulak, Sabtu majlis bersanding kat Dewan Jubli Perak. Kami ni jadi pemberi cupcakes tau! Hehehe ;-)

Me with my lovely Nadia

Pengantin at red carpet

Inilah cupcakes girl! Aku tiada dalam gambar.

Again. With 'tuan rumah' yanag bajunya sangat cantik!

Dua orang jejaka UIA yang sesat time datang. ;-p

Flower girl yang sangat comel! Rania and Tisha.

Nadia dengan assistant cupcake nya. Hehe. Comel.

Inilah partner I hari tu. Haha. Tipu je. Ini lah Abang Amir. Nephew Mady.

By the way, the majlis sangat best! Makan sangat sedap! Cupcake tu pun sangat sedap. Thanks Mady kerana menjemput. Lain kali jemputla lagi ye. Hehe ;-p

Ok guys, untuk part 4 aku tak pasti ada ke tak.Haha. Mungkin ada, mungkin tidak. Haha. Ok la. Bye. See you in the next entry =)

Salam


-nurynweida-

Tuesday, July 19, 2011

THE AWESOME JULY! #PART 2

Salam. Hello guys.

Wah,laju sungguh aku mengupdate blog ni. Haha. Macam tak menyempat pulak kan. Takpe la. Sementara ada mood kan. Hee ;-p

By the way, for the THE AWESOME JULY #PART 2 ni nak cerita pasal my vacation pulak. Cuti-cuti Malaysia with my lovely Nadia sebelum memulakan kerja untuk IMC di Kuantan tercinta. Destinasi kami ialah Kelantan and Terengganu. Hee. Sebenarnya, plan kitorang untuk lawat kubur Allahyarham Adha. Tapi alang-alang tu, bercuti la sekali kan. Haha. First time kot aku dapat pergi travel jauh-jauh dengan kawan naik kereta. Sangat excited dan teruja lebih-lebih lagi berzaman kot aku tak gi Kelantan. Haha. Thanks ayah and ibu for the permission ;-)

Aku pergi hari Ahad but hari Sabtu aku dah bertapa kat rumah Nadia. Hehe. Then, pagi Ahad pun muncul. Dengan beberapa orang rakan Nadia merangkap rakan aku jugak la, kitorang start perjalanan dalam pukul 10 kalau tak silap. Pergi ke Kuantan untuk ambil Mieyra dan letakkan barang-barang IMC kitorang sambung perjalanan ke Kampung Raja, Terengganu iaitu rumah Mieyra merangkap tempat tinggal kitorang sepanjang percutian tu.And sampai around 10 pm. Lama gile kot. Huu. Penat giler!

DAY 1

Breakfast FREE! Thx Mama Mieyra =)

After breakfast, terus gi kubur arwah. Serius sayu sangat. Even dah depan mata aku kubur tu, aku masih macam tak percaya. Huhu. :'(( Dalam hati aku ;

"Betul ke kawan aku dalam ni?"

Tapi apa pun, aku kena terima hakikat yang dia dah tak ada. Huhu. Then, yang ditunggu-tunggu. SHOPPING!!!!! at RANTAU PANJANG.

We are the tourists. Hehe.

Penat shopping

Tourist guide yang sangat bersabar. Haha. Yang baju belang tu juga cikgu makan etok. Haha

Lagi seorang tourist guide yang sangat berjasa.

Pantai Cahaya Bulan a.k.a Pantai Cinta Berahi a.k.a PCB

Sekian untuk hari peertama. Malam semua terbongkang letih. Haha

DAY 2

Pantai Bukit Keluang tapi kitorang panggil Pantai Merong sebab cerita Merong shoot kat sini. Haha

Aku bersama Nadia ;-)

Petang tu pulak, going to the AISYA HUMAIRA's & AFIQ THE POCOYO's BIRTHDAY PARTY . Hehe.

Mieyra buatkan aku mihun sup. Sodap eh. Haha

Kek Afiq. Cantik.

Kek Maira. Dulu time aku kecik-kecik takde rupa ni. Ahaha

Mieyrah yang juga diraikan pada hari tu.

This is the BIRTHDAY GIRL!!Comel kan?

DAY 3

Balik ke Kuantan. Tapi sebelum tu sempat lagi berjalan kat Taman Tamadun Islam. Hehe.

Model Masjid Kristal. ;-p

Thanks cameraman. Heee

My favourite pic ever. Thanks Mieyra

Ini cameraman yang banyak berjasa. Haha

Kat Pasar Cabang Tiga cari buah tangan untuk nenek Nadia sebab kitorang lunch kat rumah nenek Nadia.

Ok. By the way, holiday ni aku sangat enjoy! Thanks untuk semua pihak yang terlibat. Hehehe. Nantikan la pulak Part 3 ye. Wah banyak part pulak ye. Haha.

Salam


-nurynweida-

THE AWESOME JULY! #PART 1

Salam. Hai semua.

Wow, dah lebih sebulan aku tak update blog. Biar betul? Huhu. Honestlys, lepas entry Belasungkawa: MOHD ADHAMERUDIN OMAR tu, aku semacam tiada mood untk menulis walaupun idea kadang-kadang ada lah jugak kan. Ditambah lagi sepanjang bulan 7 ni jadual agak padat. Wah ayat nak bajet busy je kan. Haha. Eh, tapi serius lah. Dari hujung bulan 6 haritu aku da busy. Dengan kenduri kat kampung nye, dengan kem nye dan macam-macam lagi la.

Eh, wait a minute, aku pergi kem?? WOW!! Rajinnya. Haha. Well, kem yang aku hadiri tu adalah KEM BIASISWA KHAS TENAGA AKADEMIK IPTA (BKTA) di AMPANG PECAH. Kem ni anjuran KEMENTERIAN PELAJARAN TINGGI (KPT) . Sebenarnye kem ni adalah kesinambungan kem yang pertama dulu. Kiranya kem yang aku pergi ni adalah untuk modul yang kedua la.
Perasaan aku untuk kem ni at first biasa-biasa je. Takde la semangat gila nak pergi tapi takde la sampai taknak pergi. Sebab aku kurang semangat sebab aku memikirkan jumlah peserta yang terlalu ramai. Just imagine 263 people join this camp. Tak ke pack. Sebab ramai sangat sebab batch first (batch aku) gabung dengan batch bawah kitorang. Tak seperate macam model 1 dulu. Tapi at the same time, aku nak pergi kem ni sebab dah agak bosan di rumah ditambah lama tak jumpe kawan-kawan kem tu.Hehe.

Kat kem tu, aku ni dapat group D. Punya ramai peserta kali ni. group sampai ada 12 group dan satu group ada lebih kurang 20 orang. Haru gila. Ikutkan lagi ramai kot tapi ada beberapa orang yang tak datang. Dan kat group aku tu, tak ada sapa pun yang aku kenal melainkan sorang junior aku dari UIA, FALAHA and sorang ahli group lama aku, SYAFIQ. Yang lain semua aku tak kenal. Huhu. By the way nama group aku adalah SCIENTIST DA BOMB!!! Memang DA BOMB lah sampai boleh jadi champion tu. Haha. And kitorang kat sini wajib dipanggil doktor. So, my name is DR.AIN ok. ;-)

This is DA BOMB!


Ehem. Haha


Macam-macam la aktiviti kitorang kali ni. Ceramah dia ok la untuk pendedahan kerjaya. Macam-macam input yang aku dapat. Aktiviti pulak, 'LEMBAH BERASID', 'SANG KELEMBAI', 'KALA BULAN MENGAMBANG' and 'EXPLORACE'. Yang paling tak boleh lupa EXPLORACE la. Tak pernah-pernah aku main KONDA-KONDI, main GULI. Tapi semua tu aku dapat rasa time kem ni. Dan satu benda yang aku tak sangka aku boleh buat, cari duit syiling dalam bekas yang dipenuhi CACING, CENGKERIK and KATAK. Euwww... Geli!!!! Tapi Alhamdulillah berjaya. Hehe.

Euww!!!


Dok semangat nak main konda kondi. Haha


Then, at last benda yang paling aku tak sangka group aku jadi JUARA! Satu group tak percaya. Yela, sebab group kitornag kan low profile. Ehem. Haha. tiba-tiba jadi juara. Tapi apa pun, tak rugi untuk aku join kem kali ni. Macam-macam pendedahan aku dapat. Walaupun tempat dan makanan tak se'best' LEMBAH AZWEEN tapi yang lain bagi aku ok. Aku enjoy dan aku bersyukur sebab aku terpilih. :')

Align Center
Markah sang juara. Hehe



Aku, Ain(same name with me ok) and Syafiq. Groupmate terbaik yang konon bajet senior. Haha.

Aku and Sue. The best friend ever.

Para Saintis Muda

Kami bersama hadiah kemenangan. Ron and Nora M.I.A


Ok. ni la cerita kem yang aku pergi tu. Hehe. Nantikan part 2 THE AWESOME JULY! hehe

Salam

p/s:some pictures credit to Bro.Saiful and ahli2 group ku.hehe



-nurynweida-