Tuesday, March 29, 2011

ALL THE BEST!

Salam. Hai all.


Sekarang adalah FINAL EXAM MODE.


So,di kesempatan ini, aku nak ucapkan,


"SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM!!!"


"ALL THE BEST!!"


Usaha, doa dan tawakal. Hanya pada-NYA kita berserah. Semoga DIA mempermudahkan segala urusan kita. InsyaALLAH. =)


Salam


-nurynweida-

Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, March 22, 2011

BIAR KENA CARANYA

Salam. Hai readers!

Hows life? Hope everything's ok ya. By the way, I know, this "RAINBOWS OF LIFE" site memang lama diabaikan. Dek kesibukan yang tak pernah hilang ditambah idea yang tak selalu datang. Hehe. Ok, as usual, enough with the reason Ain. =)

Hurm, lets start with the topic. Ok, siapa yang tau pasal cerita Yuna semalam ( 21st Mac) ? Angkat tangan. Haha. Takdela. I think siapa yang die-hard-fan Yuna + die-hard-fan blog Abang-Nara-blog-gosip tu confirm tau. Aku di pihak yang mana? Aku di pihak die-hard-fan blog SueAnnaJoe. Hahaha. Yela,sebab aku tau full story dari blog dia(Tapi maaf entry tu dah di'delete' sebab it was so hot) .Plus, aku follow Yuna on Twitter. Sebab tu la aku tau. Hee.

Baiklah, aku tak mau komen pun pasal isu tu, Takut kang aku komen ada isu sentimen jantina ke apa ke. Susah pulak. Kang aku pulak yang jadi hot-famous-meletop. Haha. Ayat nak bajet je. Tapi, aku nak berkata tentang isu "ADAB MENEGUR". Isu ini adalah kesinambungan entry Anna yang aku cakap di atas tu.

Tak pernah ada satu law pun kat dunia yang mengatakan menegur sesorang itu haram. Tapi, nak menegur tu biarlah ada adab dan cara yang sepatutnya. Kang elok2 asalnya nak menegur jadi benda lain pulak kan. Teguran yang dilakukan tu biarlah bertujuan untuk membina bukannya menjatuhkan orang tersebut. Bahasa yang digunakan pula biarlah sopan bukannya kasar. Then, nak menegur seeloknya, biarlah kita tegur seseorang itu personally, not publicly. Menegur kesalahan orang lain secara publicly is like mengaibkan orang tersebut. Bak kata Imam Syafi'e (link) ;

"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di khalayak ramai"

Just imagine if you are the one yg ditegur publicly tu. Confirm malu kan? Malu dengan orang2 yang mendengar kita ditegur tu. Dan mungkin orang yang kita tegur tu akan menyimpan dendam kat kita kerana dia terasa di'bogel'kan di hadapan orang ramai. Bila manusia dikuasai dendam, maka akan terjadilah perkara2 yang tak diingini. Huhu. Aku sendiri pernah menegur orang publicly sebab time tu memang aku tengah dikuasai emosi. But, honestly, now I really regret it. Regret sebab kenapa lah aku tak berfikir dulu sebelum keluarkan kata-kata itu. Regret sebab tak ambil pusing perasaan orang tu masa tu. And now, I try to not repeat that mistake again. Kepada mereka-mereka yang berkenaan, I'm really sorry. =(



Salam.



-nurynweida-

Wednesday, March 9, 2011

MY MASTERPIECES #4 - HIDUP PENUH PANCAROBA

Salam.

Dalam hidup
Memang banyak dugaan
Memang banyak rintangan
Memang banya halangan
Yang perlu kita lalui
Yang perlu kita hadapi
Yang perlu kita harungi

Kadang
Serasa tak daya
Untuk tempuhi
Segala apa yang berlaku
Kadang juga
Serasa tak mampu lagi
Untuk terus bertahan
Dalam dunia penuh pancaroba

Ingatlah
Saat jiwa dilanda badai
Saat hati dilanda gelora
Jangan dicemar maruah diri
Ingatlah juga
Tika hati tak keruan
Tika jiwa tertekan
Jangan dibiar emosi mengatasi

Segala onak duri
Segala yang terjadi
Adalah ujian
Adalah cubaan
Dari DIA Sang Pencipta
Untuk kita insan yang bergelar HAMBA
Biar kita sedari
Langit tak selalu cerah
Biar kita mengerti
Hidup tak selalu indah.

Salam

-nurynweida-

DIA KEMBALI LAGI!

Salam. Hai all!!!

Uiks.. Lama gila tak update blog ey. Haish Ain ni kan. Apa nak jadi. Huhu. Ok lah. Tak yah wat intro pepanjang kay. Actually nak cerita ni.

"KEADAAN DI MAHALLAH AKU SEMAKIN MERUNCING!"

Waa, statement tak boleh bla kan. Haha. Tapi betul la. Nak tau sebab ape? Sebabnya "KES KECURIAN KEMBALI SEMULA". Huhu.. Malah sekarang dengarnya semakin menjadi-jadi. Kes ni bermula dalam seminggu yang lepas yang mana two of my classmates yang menjadi mangsa. Laptop, purse kena ambil dalam area 4-6 pagi. Dah nak dekat subuh dah time tu. Sadis kan. Huhu. Hari yang sama juga, kawan adik aku pun menjadi mangsa tapi di Mahallah yang berlainan. Beberapa hari lepas tu dengarnya ada lagi.kali ni handphone and purse pulak di Mahallah yang berlainan. Aku tak pasti la samada dari orang yang sama ataupun tidak.

Serius si 'pencuri' tu memang berani. Dalam seminggu banyak kecurian yang berjaya dia lakukan. Ada teori yang mengatakan mungkin guna ilmu la pebende la. Wallahua'lam la kan. Aku tak berani nak komen lebih-lebih. Tapi bagi aku 'pencuri' itu tersangatlah kejam. Kesian mereka-mereka yang menjadi mangsa tu. Bukan senang nak dapat barang-barang tu. Laptop, ingat murah ke? Huhu. Hissyy. Aku serius geram gila dengan 'pencuri' tu walaupun bukan aku yang kena. Ok Ain, sabar ok.

Dan disebabkan kes ini jugalah. aku hidup diselebungi ketakutan, kerisauan dan yang seerti dengannya. Aku rasa bukan aku je. Almost penghuni Mahallah ni merasakan yang sama. Dan langkah berjaga-jaga telah diambil oleh kami semua termasuk lah penghuni bilik aku. Scary oooh kes ni. Antara langkah-langkah nya :-

-Baca al-Mulk sebelum tidur. (Untuk hilangkan rasa ketakutan tu semua)
-Sentiasa kunci pintu bilik kita. Jangan hilangkan kunci tu since kunci tu antara target yang utama
-Baca ayat Kursi tiga kali sekeliling bilik sebagai pendinding bilik kita dari kejahatan manusia ataupun iblis laknatullah.
-Doa banyak-banyak kat ALLAH.
-Jaga barang-barang berharga tu sebaiknya. Jangan cuai.

Diharapkan si 'pencuri' itu segeralah kembali ke pangkal jalan. Henti-hentikanlah perbuatan keji lagi berdosa tu. Amin...

p/s: Langkah tu aku hanya share je berdasarkan nasihat-nasihat orang tertentu. Sesiapa yang ada langkah berjaga-jaga lagi,sila lah share. Saya sangat menghargainya =)

Salam

-nurynweida-