Wednesday, December 28, 2011

2011 MEMORIES

Salam..

2011 sudah tiba ke penghujung. Seperti biasa setiap tahun ada macam-macam cerita di dalamnya. Pahit, manis, tawar, masin, suka, duka dan sebagainya. Tapi apa pun itulah hidup. Perlbagai rencah rasa di dalamnya. Macam mana rasa sekali pun, macam mana tunggang terbalik pun, hidup perlu diteruskan.
2011, macam-macam aku lalui. Pelbagai pengalaman yang aku tempuhi dan hadapi yang mengajar aku erti sebuah KEHIDUPAN.

1) 15/6/2011 - Aku hilang antara insan yang paling rapat dan sayang dalam hidup aku. Aku tak pernah tak rindu dia. InsyaALLAH, dia tetap dalam ingatan.. Al-fatihah.. (Entry berkaitan)

2) Dugaan yang pelbagai untuk keluarga aku. Macam-macam berlaku. Sampai satu tahap aku rasa give up dan tak mampu lagi nak hadapi. Tapi ujian tu lah yang mematangkan kita dan menyedarkan aku yang hidup tak selalu indah. Tapi apa pun, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Hubungan kekeluargaan aku lebih rapat dari sebelum ni. And aku tau, keluarga adalah antara harta yang paling bernilai dalam hidup aku. Tiada galang gantinya. Susah mana pun hidup aku, jatuh terjelepuk pun aku, keluarga aku sentiasa ada kat sisi aku. :')

3) Ok ini cerita happy! Ada antara kawan-kawan baik aku yang dah melangkah ke fasa 'nak jadi isteri orang dah'. I am really happy for them. Semoga berkekalan hendaknya. Mereka sudah, aku bagaimana? Ehhh... hahahahaha.


-Bukan pelamin aku pastinya. Haha-


4) First time ibu ayah lepaskan aku pergi vacation dengan kawan. Travel naik kereta. Bukan naik bas. Okay, memang aku batak sikit. So, what? Haha :-p Walaupun hanya ke Kelantan dan Terengganu, tapi best kot! Next time nak pergi tempat lain. Eceh, banyak duit kau Ain. Haha.

-Pelancong excited-
5) New responsibilities for me. Amanah yang aku perlu jaga dan pikul dengan sebaiknya. Macam aku kata sebelum ni, walaupun bukan jawatan tertinggi, tapi ia still amanah yang perlu aku galas sebaiknya. Titik perubahan aku untuk menjadi lebih baik dari sebelum ni. InsyaALLAH..

Ok la. Ikutkan banyak je lagi yang berlaku. Tapi apa kes kan nak cerita semua. Hehe. Ni antara yang aku paling ingat la. Haa..  ada lagi satu yang paling aku ingat, tapi tak nak cerita la. Biarlah rahsia.. Teeeeet. tak payah poyo sangat la Ain. Haha.

By the way, semoga 2012 lebih baik dari 2011 untuk aku dan kamu-kamu semua. InsyaALLAH =)Ok, till then bye!

Salam

-nurynweida-

Saturday, December 24, 2011

DUA PULUH DUA

Salam..

Tiada apa yang mampu dilafaz,
Melainkan kesyukuran yang tidak terhingga,
Kepada DIA yang satu-satunya,
Yang Maha Esa,
Yang Maha Kuasa,
Atas peluang dan kesempatan,
Untuk terus menghirup udara dunia,
Untuk terus melangkah di bumi fana,
Buat kali yang ke-duapuluhdua.

Duapuluhdua,
Bertambah sudah satu angka dari yang lama,
Bila fikir semula,
Dah tua rupanya,
Jadi,
Seiring dengan pertambahan usia,
Semoga menjadi lebih baik dari sebelumnya,
Yang buruk ditinggalkan,
Yang baik dikekalkan,
Amalan dipertingkatkan,
InsyaALLAH...

-A BIG THANKS to ibu and ayah. Tanpa mereka tiadalah Nur Ain Wahidah di dunia ni... =)

Salam

-nurynweida-

Saturday, December 17, 2011

TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH

Salam.. Hai guys..

In the name of ALLAH
The Most Gracious The Most Merciful

We
Solemnly pledge
To fulfill
The trust given by the students
To uphokd and to demonstrate
The supremacy of Islam
In every aspect of life
To promote
Unity and solidarity
In the spirit of Islamic brotherhood
Among students and staffs
And among students themselves as a whole
To represent
The interest of all members of the society
In dealings with Kuliyyah
And the administration of University
In the manner deemed fit
To organize and administer
The affairs of the students
In conformity with Islamic teachings

With integrity
Sincerity
And wholeheartedly.


Tanggungjawab baru. Amanah baru yang harus aku pikul bermula selepas saat bai'ah ini aku lafazkan.
Jujurnya, perasaan takut, risau and segala macam lagi perasaan dalam diri aku ni.
Takut untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini.
Risau jika aku tak dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.

Ucapan tahniah yang aku terima seiring dengan pelbagai pesanan dan nasihat:-

"Semoga dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya.."

"Ingat dan pegang bai'ah yang dibaca tadi..."

"Kau dah pegang jawatan besar lepas ni. Kurangkan emo, kena pandai kawal perasaan.."

"...beban Amanah ni bukanlah satu benda yang mudah, semuanya akan dipersoalkan satu persatu di akhirat nanti.. jadi berhati2 dengan setiap tanggungjawab yang dipikul..."

"Mungkin jawatan ni lah pemangkin untuk kau berubah jadi someone yang lebih baik dari seebelum ni. Pemangkin untuk kau tinggalkan segala benda tak elok yang ada dalam diri kau sebelum ni..."

Yup, bukan senang. Itu sebenarnya. Walaupun jawatan aku tak adalah sampai tahap Presiden, tapi apa pun, aku tau aku kena pegang dengan sebaiknya. 
I need to control my emotion (it's most important), I need to control my behaviour,my attitude.
Aku tak janji apa-apa sebab aku takut aku tak dapat laksanakan. Tapi aku hanya janji dengan diri aku yang aku try untuk lakukan yang terbaik untuk diri aku dan semua orang. InsyaALLAH...
Pray for me guys .. Huhu 

p/s : Congrats untuk semua new line up 2011-2012.. Semoga kita dapat jadi satu team yang mantap.. InsyaALLAH...

Salam

-nurynweida-





Wednesday, December 7, 2011

WINTER CAMP - PART 2

Salam.. Hai guys.

Ok. Lets continue with the part 2 of our WINTER CAMP! Kalau nak tau yang part 1 punya sila klik sini. :-)

Baiklah. Jom layan gambar games yang kitorang main sepanjang hari ke-2 tu. Before that, apa yang aku boleh katakan, ia adalah BEST!!!!

Ini game  ikat kaki by pair sambil gelecek bola.

Semangat mereka main walaupun bawah terik matahari.

Ini lah ahli group aku! Biru yang best! Walaupun tak jadi juara. Still TOP 3!Muahaha =p

Game ni memang best sangat! PROJECT RUNAWAY. Pheewwiit!Abang Kema berkain batik PINK kot!

Ramai beno perunding imej nye. Haha

Inilah dia MODEL TERHANGAT RUMAH BIRU!

Ini pulak MODEL HOT RUMAH MERAH! Haha

Presenting RUMAH HIJAU! To RUMAH KUNING, sorry tak sempat snap model korang. Hee

Amboi akak Syeken kita. Semangat beno. Haha

Wait!!! Apasal jejaka pulak yang beriya berpayung ni. jaga kulit ke bang? Haha

Game DURIDUUUUUUUUUUUUUUU!!! Sape nafas panjang sesuai la!

Ni panglima perang mana ni? Ke baru balik bendang?

Tukang kacau yang amat excited mengacau.

WAR GAME! Masing-masing busy isi peluru.


Serikandi-serikandi yang sudah bersedia.


Ok ni dah nak balik dah...


Bye Balok!


By the way, aku memang enjoy sangat! And ALHAMDULILLAH sangat tak hujan. Hujan pun renyai-renyai and sekejap je malam tu. Memang tak rugi la aku join. Time kem ni gak first time aku join kawan-kawan aku cari ketam. Best kot! Hehe. Then, time kem ni gak la aku dapat lepak-lepak dengan diorang sampai midnight, nyanyi-nyanyi and bergelak ketawa. And aku sure pengalaman ni memang tak akan aku lupa sampai bila-bila and aku sure aku akan rindu moment-moment ni. :')

Till then. Bye.

Wassalam

-nurynweida-

p/s- Gambar-gambar ni semua dari camera kawan aku- Don. Thanks Don bagi aku ambik gambar banyak-banyak time kem ni. Hehe

Tuesday, December 6, 2011

WINTER CAMP- PART 1

Salam.. Hai readers!

Weekend haritu ( 3 and 4 Disember), aku dan classmates aku telah bersuka ria berjimba bersama untuk melepaskan tension setelah menghadap C++ yang 'senang' amat malam sebelum tu. Ok lupakan dan abaikan C++ yang tension itu ye! Tempat yang kitorang tuju adalah Pantai Balok di Beserah. Plan awal konon nak pergi Cherating. Tapi disebabkan yuran yang dikenakan agak tinggi, kami semua bersepakat pergi Balok je. Hee. Aku serius excited nak pergi sebab memang aim aku nak enjoy je kat situ. Yela sem ni penat kot. Nak relaks pun terpaksa curi-curi masa. Huu.. KItorang pergi konvoi ramai-ramai. Best kot sebab kitorang buat macam ni which is konvoi ramai-ramai lelaki dan perempuan. Hehe. Ok la, tak guna cakap banyak kan. Jom layan gambar!


Jap sebelum tu gambar memang amat lah banyak. Bersabar ye untuk menyaksikan. Hehe


Sampai-sampai je ini antara tugas yang dilakukan oleh dua orang sang jejaka.
Aktiviti MEMBUAT AMPAIAN.
Kitorang para gadis amat bertuah kerana sepanjang camping ni JEJAKA-JEJAKA TERHANGAT CTS amat 'gentleman' menyediakan makanan untuk kitorang. :-)

Rajinnya. Ehem. Haha
Tengok ni. Gigih diorang prepare semua-semua ni.
Yang ni pulak kerja-kerja yang dilakukan oleh para gadis.

Bergambar la apa lagi! Owh ye. Ini ahli khemah saya. merangkap sayang-sayang saya. Hehe



Posing ala-ala Hindustan.
Kalau berposing serahkan pada diorang. Haha.
Ezra Don - PC merangkap juruacara sepanjang camping berlangsung

Time ni kitorang pindah sekejap kat Dewan Terbuka sebab hujan renyai-renyai.
Tapi hujan tu main-main pulak. Sekejap je pun.
Mereka yang kepenatan dan kekenyangan. Haha
Pagi esoknya, inilah aktiviti kami! Bersenam yang di'conduct' oleh jejaka bernombor 25.
Dapatlah tengok sunrise.
Selepas bersenam, ni lah antara aktiviti kami sementara tunggu para jejaka menyiapkan sarapan.


Berposing lagi!


Tengok ni. Mereka memang. Dimana sahaja boleh bergambar. Hehe

After breakfast, game pun bermula! Yeeha!!!

Serius muka PM kita mewarnakan muka Kema. Haha


Inilah antara hasil contengan di muka masing-masing berdasarkan warna rumah.

Okeh. Nak tau game apa yang kitorang main? akan bersambung di Part2. hehe

Wassalam

-nurynweida-