Tuesday, June 4, 2013

DEAR RAIHAN...

Assalamualaikum

Ni lagi satu aku hutang entry ni. Dah 5 bulan dah berlalu tapi ni baru nak buat. Ain and her procastinating. Macam isi dan kuku. Ye dok. Haha. Kalau hari tu, aku dah buat untuk Nadia, hari ni aku buat untuk Raihan pulak. Sorry Han lambat pulak entry ni keluar. Al-maklumlah, I kan busy. Wahahahaha :-p Jadi, marilah menelusuri hikayat kita berdua ni ye Han. Hehe

Ini kami berdua. Hee

Aku kenal Raihan kat CFS. Walaupun kami asal orang Klang, kami tak pernah terserempak di Klang. Sem 1 kat CFS, aku hanya kenal nama je melalui Sheila since Sheila lagi awal berkenalan dengan Raihan. Dan aku pun tau kewujudan Raihan ni kalau tak silap sebab ramai orang kenal dia, kat Friendster semua tu la. Then, kalau tak silap jugak, first time aku bertegur sapa dengan Raihan masa Final Exam Bahasa Arab. Persepsi aku awal-awal :
  
                  "Hurmm, macam sombong je minah ni. "  (Hahahaha. Sorry Han.)

Memang itu persepsi aku mula-mula jumpa Raihan. Yela time tu baru berkenalan kan. Itu pun berkenalan gitu-gitu je. Masing-masing pun lebih banyak kenal antara satu sama lain melalui orang lain. Bukannya duduk semeja berborak dan berkenalan. 

Then, masuk sem 2 kat CFS, aku tak berapa ingat sangat macam mana. Masing-masing dah makin ramai kawan, makin banyak join activity, dan kami pun ditakdirkan untuk berkenalan lebih rapat antara satu sama lain. Penghubungnya seingat aku adalah sebab masing-masing orang Klang. (I'm not sure if you remember this part Han. Hehe). Lagipun PRESSS tu tak besar mana, komfem lah aku dan Raihan tetap akan bekerjasama. AGD, Charity Dinner itulah yang buat aku lebih rapat dengan Raihan.

Gambar pertama bersama. Ye, memang sangat berbeza dengan gambar di atas. Almaklumlah ini zaman muda

Sem-sem seterusnya, hubungan kitorang makin rapat. Masuk Kuantan pun, lagilah makin rapat. Naik bas bersama, keluar bersama, balik kampung bersama. Kebanyakan apa yang aku buat kat Kuantan mesti ada Raihan kat sebelah aku. Like every friendship in this world, memang confirm dan memang wajib ada masalah. Kami memang tak terkecuali. Sebabnya cara aku berfikir, cara aku act kebanyakannya memang kontra dengan Raihan. Jujur, memang cara kitorang hampir seratus peratus berlainan. Tapi, aku rasa apa yang boleh buat aku dengan Raihan bertahan adalah PENERIMAAN. Dia terima aku seadanya, aku terima dia seadanya. Yang tak puas hati bincang. Walaupun tak semuanya dibincangkan. Haha. Tapi, maybe konsep TERIMA tu.

Kelompok kawan aku dengan Raihan pun berbeza. Ada orang yang Raihan rapat, aku tak boleh nak ngam. Yang aku rapat, memang ramai pun Raihan tak ngam. Haha. Macam aku kata, kitorang berbeza. Boleh kata, the way kitorang socialize pun berbeza. Tapi dalam seminggu tu, aku akan make sure la aku ada date dengan Raihan. Heheh. Time tu lah sesi HEART-TO-HEART berjalan. Time tu lah nak merapu meraban semua time tu lah. 




Kisah cinta Raihan dengan Mat (husband dia) aku dah tau lama dah. Aku happy sangat sebab akhirnya kisah cinta diorang berlabuh dengan ikatan yang sah. (Raihan, sila muntah dengan ayat jiwangwangwang aku ni. Hahahaha). And Alhamdulillah, I was given a chance to involve in most of her wedding preparation. Walaupun tak sepenuhnya membantu, at least aku dapat la kan menghabiskan masa dia di saat-saat akhir dia menjadi anak dara. Hehe.

Masa wedding Raihan, aku dengan our best girlfriends memang berkampung la dekat Klang tu. Check in dan check out di rumah Tuan Haji Asimoni dan Encik Mohamad Asri selama beberapa hari. Waktu tu bagi aku memangla antara waktu yang memang aku tak boleh lupa dalam hidup aku. Semuanya kami buat demi wedding Raihan. :) And macam biasa, kalau tak menangis time bestfriend nikah, bukan aku la kan. Haha. Nangis yang bermacam-macam rasa ada dalam air mata tu. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah, majlis Raihan berjalan dengan lancar.

Mak Andam Kepoh. Hahaha.

Gambar yang bikin aku tacing sampai bila-bila

Dear Puan Raihan,

Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab kau sanggup terima aku seadanya. Terima kasih sebab selalu ada kat sisi aku waktu jatuh bangun aku. Waktu aku down gila-gila yang sampai tahap tak mau jumpa orang, kau selalu ada dengan aku. Waktu aku excited sampai aku jadi manusia yang paling "annoying" pun kau tetap ada untuk aku. Terima kasih sebab selalu bagi nasihat yang jujur kat aku. Aku tau aku kawan kau yang totally different dengan kau. Yes, we both admit it. Tapi kadang-kadang perbezaan tu lah yang membuatkan dua manusia tu rapat kan :') Aku harap sangat kita jadi kawan sampai bila-bila. Aku memang sayang kau. Sangat. Itu aku tak tipu. Aku doakan kau bahagia dengan Abe Mat sampai ke syurga insyaALLAH. Aku nangis ni tau tak Han. Kau kena nangis jugak. Hahahaha. Aku rindu kau.

Love.
Ain.

Ini gambar latest kita. <3


-nurynweida-
 

Saturday, June 1, 2013

KITA TAK SERUPA

Salam

Kita manusia, Kita hamba-NYA,
Itu persamaan kita, PERSAMAAN KITA SEMUA.

Tapi dalam samanya kita
Sebenarnya kita semua berbeza
Walaupun kita berkongsi rahim yang sama
Walaupun kita berkongsi idea yang serupa
Sesungguhnya kita memang berbeza. Itu HAKIKAT.

Begitu juga dengan persepsi
Begitu juga dengan interpretasi
Tak semua miliki pendapat yang sama
Tak semua punyai fahaman yang serupa
Mana tak nya, Bumi ALLAH ini kan luas,
So, bila kau pandang sini, mungkin aku toleh sana
Bila kau tengok depan, mungkin aku pusing belakang.

Tapi, kita ni kadang-kadang lupa. Almaklumlah MANUSIA
Kita fikir semua orang tengok arah yang sama dengan kita
Kita fikir semua orang hala tujunya searah dengan kita
Kita tak sedar, kalau dah ada depan, maksudnya adalah belakang
Kalau dah ada kiri, maksudnya adalah kanan. Kan?

Jadi, jom kita sama-sama semat dalam minda, sama-sama pahat dalam otak,
Yang tak semua sama dengan kita, 
Kalau ada yang sama pun, pasti ada sedikit bezanya
Hormat perbezaan itu walau kita tak suka
Hormat perbezaan itu walau kita susah nak terima. :)

Aku pernah baca “HARGAI PERSAMAAN, RAIKAN PERBEZAAN”
Apa lagi, jom lah sama-sama. 
Eh, aku lupa pulak. Kita semua kan berbeza, mana boleh paksa-paksa. ;-)

Ok bye. Salam

-nurynweida-

Sunday, January 13, 2013

THE END OF CAMPUS LIFE


Salam.

Alhamdulillah. Akhirnya aku selesai menghabiskan exam terakhir aku di bumi UIAM Kuantan dan exam terakhir sebagai 'degree student'. Harapnya aku tak perlu untuk ulang apa-apa paper sekali pun. Same goes to all my friends. Amin.

So, kehidupan aku kat Kuantan ni pun telah berakhir. Perasaan? Mixed feelings. Gembira, sedih, takut dan pelbagai perasaan yang tak dapat nak aku ungkap. Semuanya bercampur-baur membentuk satu rasa.

Yes, I am very happy to finish this sem. Aku excited sebab lepas ni aku dah tak perlu nak pergi class, nak exam and bla bla bla. Aku excited sebab akhirnya kehidupan aku sebagai pelajar bertahun-tahun akan berakhir. Walaupun aku tau kehidupan akan datang tak menjanjikan sepenuh kebahagiaan dan aku yakin cabaran dugaan tu tengah beratur menanti aku. But I am just happy and excited. I want to start the new phase of my life. Walaupun aku tau, satu hari nanti aku akan rindu untuk kembali ke masa ini.

But, at the same time, I can't resist the sad feeling. Seriously, I HATE FAREWELL. Hampir 6 tahun aku hidup sebagai pelajar universiti. Banyak cerita, memori yang aku cipta dalam hidup aku. And most of them are about FRIENDSHIP.

2 tahun kat CFS dan hampir 4 tahun di Kuantan. Selama tu hidup aku kebanyakannya dikelilingi dan ditemani oleh kawan-kawan. Everything were done together. So, bila tiba masanya aku terpaksa tinggalkan semua kebiasaan aku yang selama 5 tahun lebih ni, perasaan tu aku tak tau nak cakap macam mana. Ye aku sedang dalam mood sentimental sekarang. Ye aku tau bukan tak boleh jumpa lagi kan lepas ni. Boleh je. Tapi entahla. Sedih sebak tu tetap ada. Sebab nya lepas ni, semuanya berubah. TOTALLY CHANGE. Semua dah tak akan sama seperti sebelum ni. Kalau nak jumpa pun dah susah. Masing-masing ada komitmen tersendiri. Nak lepak apatah lagi kan. Hurmm.. 

Tapi betul la orang kata yang zaman universiti ni 'one of the great moments in our life'. Zaman yang mana kita semua dalam proses dari remaja nak jadi dewasa. So, kita boleh nampak fasa perubahan kawan-kawan kita dan diri kita gak. Dari yang budak-budak hingusan lepas SPM menjadi wanita feminin dan jejaka kacak. Dari yang bujang hot kebabom jadi suami dan isteri orang. Yela, hampir 6 tahun, so macam-macam lah jadi kan. Dan zaman yang mana aku sendiri belajar untuk jadi orang. That's why la aku memang sayangggggggg sangat nak tinggalkan campus life ni. Part study exam tu tolak tepi ok. Waaahh kemain ayat aku. Hahahaha.


CTS 09


But, whatever thing is, LIFE MUST GO ON. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Nak tak nak, aku memang kena hadapi benda ni. Alhamdulillah aku sempat spend time with almost of my friends di saat-saat terakhir itu =) 

Dear friends, 
Thanks for cherish my life. You guys complete me and bring the happiness. There are lot of words to say but I just can't describe it all. Hopefully, our ukhuwah will be everlasting. insyaALLAH. I really  appreciate Our moments together and it will be always in my heart :')

Love;
Nur Ain Wahidah.






Salam

-nurynweida-

Friday, January 11, 2013

MY 2013

Salam.

HAPPY NEW YEAR guys! It's my first entry in 2013. Nothing change except the year was increased by one right? Hehe

By the way, its 2013 now! Aku memulakan 2013 dengan menghadap timbunan nota-nota. Bukan dengan percikan bunga api Dum Dam Dum Dam. Bukan dengan menadah telinga mendengar konsert sempena New Year Countdown. Sebab apa? Sebab sekarang musim exam beb. EXAM! Student dan exam memang tak dapat dipisahkan dan waktu aku tulis entry ni pun sebenarnya aku masih ada lagi satu paper. Urghh. Orang lain ramai yang dah habis exam ok. Aku antara kelompok kecil yang masih ada paper menanti. Takpelah. At least, 2013 aku bermula dengan benda yang bermanfaat kan? Hehe (ayatsedaphati)

So, 2012 dah selamat berlalu dengan jayanya. Macam tahun-tahun sebelum ni. 2012 itu sendiri penuh dengan cerita. Suka duka semua ada. Semua itu silih berganti. Ajar aku jadi manusia. Kesimpulannya 2012 aku biasa-biasa sahaja. Mungkin ada cerita tapi mungkin impaknya tak ketara. Kehidupan berjalan seperti biasa.

Dan 2013, aku masih Nur Ain Wahidah yang sama. Belum bertukar status kepada Puan lagi. Masih Cik. Hahaha. Aku tak ada harapan spesifik khusus untuk 2013. Harapan aku hanyalah sama seperti biasa setiap kali aku celik mata dari lena. Semoga hari yang aku sedang lalui lebih baik dari yang telah aku lalui. Semoga aku menjadi manusia yang lebih baik. Semoga aku terus menjadi hamba-NYA. Yang tak akan lalai dengan arus dunia. Dan semoga usaha aku untuk capai segala impian yang aku inginkan akan berterusan dan akhirnya impian aku tu menjadi kenyataan. InsyaALLAH. Cuma, seiring dengan pertambahan masa, pertambahan usia, harapnya aku menjadi lebih dewasa :)

Semoga 2013 menjadikan kita insan yang lebih berguna. Tak kira lah untuk siapa. Semoga semuanya baik-baik saja. Amin.



[Sumber : Google]



Salam.

-nurynweida-