Tuesday, June 4, 2013

DEAR RAIHAN...

Assalamualaikum

Ni lagi satu aku hutang entry ni. Dah 5 bulan dah berlalu tapi ni baru nak buat. Ain and her procastinating. Macam isi dan kuku. Ye dok. Haha. Kalau hari tu, aku dah buat untuk Nadia, hari ni aku buat untuk Raihan pulak. Sorry Han lambat pulak entry ni keluar. Al-maklumlah, I kan busy. Wahahahaha :-p Jadi, marilah menelusuri hikayat kita berdua ni ye Han. Hehe

Ini kami berdua. Hee

Aku kenal Raihan kat CFS. Walaupun kami asal orang Klang, kami tak pernah terserempak di Klang. Sem 1 kat CFS, aku hanya kenal nama je melalui Sheila since Sheila lagi awal berkenalan dengan Raihan. Dan aku pun tau kewujudan Raihan ni kalau tak silap sebab ramai orang kenal dia, kat Friendster semua tu la. Then, kalau tak silap jugak, first time aku bertegur sapa dengan Raihan masa Final Exam Bahasa Arab. Persepsi aku awal-awal :
  
                  "Hurmm, macam sombong je minah ni. "  (Hahahaha. Sorry Han.)

Memang itu persepsi aku mula-mula jumpa Raihan. Yela time tu baru berkenalan kan. Itu pun berkenalan gitu-gitu je. Masing-masing pun lebih banyak kenal antara satu sama lain melalui orang lain. Bukannya duduk semeja berborak dan berkenalan. 

Then, masuk sem 2 kat CFS, aku tak berapa ingat sangat macam mana. Masing-masing dah makin ramai kawan, makin banyak join activity, dan kami pun ditakdirkan untuk berkenalan lebih rapat antara satu sama lain. Penghubungnya seingat aku adalah sebab masing-masing orang Klang. (I'm not sure if you remember this part Han. Hehe). Lagipun PRESSS tu tak besar mana, komfem lah aku dan Raihan tetap akan bekerjasama. AGD, Charity Dinner itulah yang buat aku lebih rapat dengan Raihan.

Gambar pertama bersama. Ye, memang sangat berbeza dengan gambar di atas. Almaklumlah ini zaman muda

Sem-sem seterusnya, hubungan kitorang makin rapat. Masuk Kuantan pun, lagilah makin rapat. Naik bas bersama, keluar bersama, balik kampung bersama. Kebanyakan apa yang aku buat kat Kuantan mesti ada Raihan kat sebelah aku. Like every friendship in this world, memang confirm dan memang wajib ada masalah. Kami memang tak terkecuali. Sebabnya cara aku berfikir, cara aku act kebanyakannya memang kontra dengan Raihan. Jujur, memang cara kitorang hampir seratus peratus berlainan. Tapi, aku rasa apa yang boleh buat aku dengan Raihan bertahan adalah PENERIMAAN. Dia terima aku seadanya, aku terima dia seadanya. Yang tak puas hati bincang. Walaupun tak semuanya dibincangkan. Haha. Tapi, maybe konsep TERIMA tu.

Kelompok kawan aku dengan Raihan pun berbeza. Ada orang yang Raihan rapat, aku tak boleh nak ngam. Yang aku rapat, memang ramai pun Raihan tak ngam. Haha. Macam aku kata, kitorang berbeza. Boleh kata, the way kitorang socialize pun berbeza. Tapi dalam seminggu tu, aku akan make sure la aku ada date dengan Raihan. Heheh. Time tu lah sesi HEART-TO-HEART berjalan. Time tu lah nak merapu meraban semua time tu lah. 




Kisah cinta Raihan dengan Mat (husband dia) aku dah tau lama dah. Aku happy sangat sebab akhirnya kisah cinta diorang berlabuh dengan ikatan yang sah. (Raihan, sila muntah dengan ayat jiwangwangwang aku ni. Hahahaha). And Alhamdulillah, I was given a chance to involve in most of her wedding preparation. Walaupun tak sepenuhnya membantu, at least aku dapat la kan menghabiskan masa dia di saat-saat akhir dia menjadi anak dara. Hehe.

Masa wedding Raihan, aku dengan our best girlfriends memang berkampung la dekat Klang tu. Check in dan check out di rumah Tuan Haji Asimoni dan Encik Mohamad Asri selama beberapa hari. Waktu tu bagi aku memangla antara waktu yang memang aku tak boleh lupa dalam hidup aku. Semuanya kami buat demi wedding Raihan. :) And macam biasa, kalau tak menangis time bestfriend nikah, bukan aku la kan. Haha. Nangis yang bermacam-macam rasa ada dalam air mata tu. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah, majlis Raihan berjalan dengan lancar.

Mak Andam Kepoh. Hahaha.

Gambar yang bikin aku tacing sampai bila-bila

Dear Puan Raihan,

Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab kau sanggup terima aku seadanya. Terima kasih sebab selalu ada kat sisi aku waktu jatuh bangun aku. Waktu aku down gila-gila yang sampai tahap tak mau jumpa orang, kau selalu ada dengan aku. Waktu aku excited sampai aku jadi manusia yang paling "annoying" pun kau tetap ada untuk aku. Terima kasih sebab selalu bagi nasihat yang jujur kat aku. Aku tau aku kawan kau yang totally different dengan kau. Yes, we both admit it. Tapi kadang-kadang perbezaan tu lah yang membuatkan dua manusia tu rapat kan :') Aku harap sangat kita jadi kawan sampai bila-bila. Aku memang sayang kau. Sangat. Itu aku tak tipu. Aku doakan kau bahagia dengan Abe Mat sampai ke syurga insyaALLAH. Aku nangis ni tau tak Han. Kau kena nangis jugak. Hahahaha. Aku rindu kau.

Love.
Ain.

Ini gambar latest kita. <3


-nurynweida-
 

Saturday, June 1, 2013

KITA TAK SERUPA

Salam

Kita manusia, Kita hamba-NYA,
Itu persamaan kita, PERSAMAAN KITA SEMUA.

Tapi dalam samanya kita
Sebenarnya kita semua berbeza
Walaupun kita berkongsi rahim yang sama
Walaupun kita berkongsi idea yang serupa
Sesungguhnya kita memang berbeza. Itu HAKIKAT.

Begitu juga dengan persepsi
Begitu juga dengan interpretasi
Tak semua miliki pendapat yang sama
Tak semua punyai fahaman yang serupa
Mana tak nya, Bumi ALLAH ini kan luas,
So, bila kau pandang sini, mungkin aku toleh sana
Bila kau tengok depan, mungkin aku pusing belakang.

Tapi, kita ni kadang-kadang lupa. Almaklumlah MANUSIA
Kita fikir semua orang tengok arah yang sama dengan kita
Kita fikir semua orang hala tujunya searah dengan kita
Kita tak sedar, kalau dah ada depan, maksudnya adalah belakang
Kalau dah ada kiri, maksudnya adalah kanan. Kan?

Jadi, jom kita sama-sama semat dalam minda, sama-sama pahat dalam otak,
Yang tak semua sama dengan kita, 
Kalau ada yang sama pun, pasti ada sedikit bezanya
Hormat perbezaan itu walau kita tak suka
Hormat perbezaan itu walau kita susah nak terima. :)

Aku pernah baca “HARGAI PERSAMAAN, RAIKAN PERBEZAAN”
Apa lagi, jom lah sama-sama. 
Eh, aku lupa pulak. Kita semua kan berbeza, mana boleh paksa-paksa. ;-)

Ok bye. Salam

-nurynweida-