Friday, August 26, 2011

KAMPUNG KU YANG 'JAUH'.

Salam. Hai u'ollz......

Sekarang da 26 Ramadhan da. Sekejap je kan?? Pejam celik pejam celik dah nak raya dah. Hee.

By the way, bila nak raya ni, mesti korang semua teruja nak pulang ke kampung kan? Mesti da set tarikh nak balik bile kan? Mesti tak sabar nak jumpa atuk nenek,saudara mara yang terchenta kan? Bestnyeeeeeeeee... Saya jeles ok!

Eh, kenapa pulak aku perlu jeles? Takde kampung ke? Eh eh eh, bukan aku takde kampung tau. Aku ada kampung. Tapi dua-dua kampung aku dekat je dengan rumah. Tak sampai setengah jam dah sampai. Takde feel langsung nak nyanyi lagu "BALIK KAMPUNG" by Sudirman Haji Arshad tu. Baru nyanyi sikit, dah sampai dah rumah wan atuk aku. Aku teringin sangat nak rasa balik kampung jauh-jauh. Contoh la, aku kat Selangor, kampung aku kat Johor. Takpun kat Perlis ke. Uish, mesti teruja nak balik kampung. Mesti rasa tak sabar-sabar nak jumpa wan atuk aku. Okay, itu hanya angan-angan.

Then,dah la mak ayah aku pun dua-dua asal dari kampung yang sama. Memang tak berjalan ke mana la aku. Pusing-pusing, saudara mara aku kat situ la jugak. Dulu, masa kecik-kecik sehari sebelum raya, balik la rumah wan (mak kepada ibu aku) aku. Tolong anyam ketupat, masak rendang segala bagai tu. Then, tido rumah wan aku malam raya tu. Pagi raya tu, balik la rumah nenek (mak kepada ayah aku) aku yang tak sampai lima minit dari rumah wan aku tu. Raya pertama malam tu tido rumah wan aku lagi. Petang raya kedua baru la angkut kain baju gi rumah nenek aku and tido sane satu malam. Ala, kalau tertinggal baju pun. boleh balik rumah ambik baju dulu. Punyela dekat rumah kan.

Tapi tu dulu. Sekarang dah besar-besar ni, sehari sebelum raya balik rumah wan aku gak, Tolong-tolong semua tu. Lepas berbuka, balik rumah sendiri. Esok pagi-pagi raya tu baru la pergi balik kampung. Kampung yang 'jauh' beno tu. Haha. Aku merasa balik kampung pun bila nak balik rumah dari UIA tu. Tapi feel dia lain. Memang la feel dia nak balik raya gak. Tapi tahla, bagi aku lain sebab yang tu tak sama-sama dengan family naik kereta. Bersemangat dengan adik beradik nak jumpa atuk nenek semua. Aku tak pernah rasa pengalaman tu.

Tapi, tak kisah la kan. Walaupun kampung aku dekat, at least masih ada la kampung kan. Alhamdulillah. Hehe. Kalau nak rasa pengalaman satu family balik kampung jauh-jauh, kena la kahwin dengan orang jauh gamaknya. Hahahaha. ;p
By the way, untuk sesiapa yang ingin pulang berya di kampung yang nun jauh di sana,

"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!"
"PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!"
"INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!"

Pesanan ikhlas daripada nurynweida. Eceh. Haha.

K,guys, nanti kalau ada masa sebelum raya, aku update lagi. Bye!!

Salam

-nurynweida-

Monday, August 22, 2011

PELUANG KEEMASAN...

Salam..

Hai guys!

Hows RAMADHAN? Ok x?? Lagi-lagi da masuk fasa 10 malam terakhir ni. Ke terlebih busy buat persiapan raya sampai tak ingat ni dah masuk 10 malam terakhir? Hee.

Sepatutnya kita semua time ni (aku pun) patutnya berusaha berjuang untuk mencapai misi LAILATUL QADAR bukan nya berjuang mencapai misi PERSIAPAN RAYA yang tak sudah-sudah. Boleh nak shopping sampai lenguh kaki, boleh je. Boleh nak buat kuih raya berjenis-jenis bagai,boleh je. Takde sapa nak halang. Tapi kan sangat best kalau dalam ke'busy'an dan ke'teruja'an kita nak sambut raya tu,dalam masa yang sama,speed persiapan raya tu kita balance kan atau up kan lagi dengan ke'teruja'an kita mencari Lailatul Qadar. Betul tak?? ;)

Aku rasa, semua readers aku yang bijak pandai ni tau kan, malam Lailatul Qadar ni sunat dicari since dia banyak kebaikan dan kelebihannya. Firman ALLAH;

"Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." (Al-Qadr-ayat 3)

Then, setiap doa kita insyaALLAH akan diperkenankan oleh ALLAH pada malam tu. Subhanallah... Bukan senang nak dapat peluang ni kan?? So, apa lagi kita janganlah sia-siakan peluang dan kesempatan yang ada ni dengan memperbanyakkan amal ibadah kita. Kita tak tahu sama ada Ramadhan tahun ni mungkin adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita. Huhu. Dan mungkin amal ibadah yang kita lakukan tu akan berterusan walaupun sesudah berakhirnya Ramadhan. Kan bagus macam tu. :-)

Aku pun sebenarnya bukan lah seorang yang baik dan sempurna untuk memberi tazkirah ataupun nasihat-nasihat ala-Islamik ni. Aku sedar tu. Sedar sangat. Tapi aku berusaha untuk memperbetulkan diri aku yang tak sempurna ni dan share every my thoughts with others. At least dalam masa yang sama, aku dapat memperingatkan balik diri aku yang sering terlupa dan leka ni. :-)

So, kalau sesiapa yang rasa aku ada tersalah ke apa, feel free ok untuk tegur aku. And kalau ada sesiapa nak share apa-apa maklumat yang berfaedah ke ape feel free gak nak tag aku kat FB ke, hantar link ke. I really appreciate that :-) Thanks guys for reading.

Sumber : http://www.keluarga-mifzal-arsyad.com

Sumber tambahan :http://www.jais.gov.my/ramadhan/lailatulqadar.php

p/s: Sebenarnya aku nak cerita pasal bende lain. Takpe la ,aku update in the next entry. Haha. InsyaALLAH..

Salam

-nurynweida-

Wednesday, August 17, 2011

#MY MASTERPIECES 9-CERITA 'BAHAGIA' AKU.

Salam...

Setiap dari kita,
Mesti impikan bahagia,
Tiada siapa yang mahu derita,
Tiada siapa yang minta sengsara.

Setiap dari kita,
Bahagianya berbeza-beza,
Bahagianya tak pernah sama,
Kerna,
Lain orang lain impiannya,
Lain orang lain persepsi bahagianya.

Bahagia itu,
Tak akan datang bergolek,
Kalau kita tak cari,
Bahagia itu,
Tak akan datang hampiri,
Kalau kita tak usaha untuk temui,
Walaupun ranjau onak duri menghalang,
Walaupun pelbagai ujian mendatang,
Teruskan berjuang untuk mencari kebahagiaan,
Kerna di dunia ini,
Tiada yang mustahil asal kita ada usaha.

Yang penting,
Untuk bahagia,
Bersyukur dengan apa yang kita ada,
Hargai mereka yang menyayangi kita,
Sentiasa ingat pada DIA,
Walaupun memang lumrah manusia,
Yang tak pernah puas dengan apa yang di depan mata,
Yang mana kalau boleh nak bolot semua.

Tapi apapun,
Kita yang tentukan segalanya untuk diri kita,
Kita yang tentukan betul atau tidak pilihan kita,
Kita yang tentukan apa yang terbaik untuk diri kita,
Orang lain hanya mampu melontar pandangan dan idea,
Tetapi semuanya hanya kita yang bisa memutuskannya.
Biarlah apa orang lain nak kata,
Nak cerca atau nak hina,
Asal kita yakin dengan segalanya,
Asal kita pasti itu dia bahagia,
Asal kita tak langgar hukum DIA,
Kita teruskan sahaja,
Kerna mereka tak faham apa yang kita rasa,
Kerna mereka tak faham akan diri kita,
Selain kita yang mengerti segalanya.

p/s: Ini hanyalah pandangan dan persepsi aku.

Salam

-nurynweida-