Buntu.
Keliru.
Kosong.
Buntu untuk apa?
Tak tau cara apa lagi
Jalan mana lagi
Yang harus dicuba
Yang harus dilalui
Yang harus didatangi
Jalan tak ditemui
Apatah lagi penghujung yang masih samar untuk dijejaki.
Keliru untuk apa?
Bila pelbagai persoalan
Datang menerjah
Hati jadi bercabang
Rasa terlampau banyak simpang
Hati jadi gusar
Rasa mula goyah
Menambahkan lagi semarak rasa jiwa yang gelora
Kosong untuk apa?
Hidup penuh ceria
Keliling yang tercinta
Semua mencipta bahagia
Tapi satu rasa
Di sudut jiwa
Tak siapa mengerti
Tak siapa fahami
Kerna semua tak rasa sendiri
Letak pengharapan hanya pada DIA
Setelah usaha menjadi taruhan
Mohon petunjuk hanya pada DIA
Bila hati tiada jawapan
Tetapkan hati hanya pada DIA
Di saat diri rasa kekosongan
Itu yang sebaiknya
Kerana DIA sentiasa bersama
Tak kira masa, tak kira siapa
DIA sentiasa ada
Hanya kita yang sering alpa
Sering terleka
Mudah lupa...
Salam
p/s-ini hanya coretan .
-nurynweida-
Amboi.. layan blues skarang kan... hehehe
ReplyDelete"Letak pengharapan hanya pada DIA
ReplyDeleteSetelah usaha menjadi taruhan
Mohon petunjuk hanya pada DIA
Bila hati tiada jawapan
Tetapkan hati hanya pada DIA
Di saat diri rasa kekosongan"
BEST³
pengemudi layang-layang:hahaha.tapi x dapat lawan kau la.haha:-p
ReplyDeleterizqan: tq =)
Hehe.. mane ade.. tapi betul lah mcm ko tulis, in life, when we have tried our best, then the only one we can turn to is Him.. there is no other way..
ReplyDeleteyup..thats soooo right!DIA adalah segalanya.
ReplyDeleteomagadd.. rindu gila nak berkarya dan bersajak.. :( this entry is really good.. :)
ReplyDeletewah! hebatnya kak ain berkarya. spechless! -__-. btw, I like this entry. :)
ReplyDeleteArina : tq. Hee. Wujudkan lah ur new blog. Boleh berkarya balik. I will support u. Haha
ReplyDeleteAnis:Tq.x la hebat mane pun.huhu
wah, femes jugak kak ain nih ea.. ngeh3
ReplyDeleteoi2...x sefemes ko la layang2..haha
ReplyDeleteok. haritu perli aku. sekarang kau pon sama. hahaha
ReplyDeletehahaha..weh2..jiwa aku memang macam ni.hahahaahah
ReplyDelete