Friday, June 3, 2011

ANJING VS KUCING

Salam. Hai readers! =)

Harini aku nak berkongsi satu cerita yang aku dapat daripada novel yang bertajuk "SEJAM RM 2.50" by NORHAYATI BERAHIM. Maybe ada yang dah baca kan. Tapi takpelah aku nak share jugak. Hehe. One thing why aku suka baca karya NB ni sebab novel dia penuh dengan ilmu yang bermanfaat. Oops ok Ain, jangan melalut ok. Cepat start cerita. :-p

Cerita ni berkenaan dengan ANJING & KUCING. By the way, kita semua tau kan yang anjing dan kucing ni dikatakan tak pernah berbaik. Kalau tak, takde lah peribahasa 'Bagai anjing dengan kucing kan'? So, cerita yang aku nak sampaikan ni lebih kurang sejarah mereka bermusuhan la tapi dalam masa yang sama ada juga pengajaran lain. Hee. Ok lah ceritanya macam ni;

Pada zaman Nabi Nuh a.s, seperti yang kita ketahui, Nabi Nuh diwahyukan ALLAH S.W.T untuk mebina sebuah kapal yang sangat besar. Menurut kata kitab karya Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas dan dari tafsir hadis Ibn Abbas r.a dan Syeikh Wahab bin Munabbih, yang mengikut ajaran Nabi Nuh ini, kebanyakannya adalah binatang. Then, ketika kapal berangkat, Nabi Nuh membuat pengumuman supaya penghuni kapalnya tidak boleh berkasih-kasihan atau dalam erti kata lainnya mengadakan perhubungan seksual.

Tetapi anjing ni melanggar perintah Nabi Nuh tu yang mana anjing ni berkasih-kasihan dengan pasangannya dan telah disaksikan oleh si kucing. Maka, kucing pun melaporkan kejadian tersebut kepada Nabi Nuh lalu dipanggillah si anjing. Tetapi, si anjing tidak mahu mengaku sehinggalah ia dibebaskan. Di lain kesempatan, si kucing melihat lagi si anjing ni berkasih-kasihan, sehingga si kucing melaporkan semula kepada Nabi Nuh. Si anjing tetap juga tidak mahu mengaku kesalahannya itu dan dilepaskanlah si anjing itu tanpa dihukum. Peristiwa itu berlaku lagi berkali-kali dan kucing itu juga berkali-kali melaporkan kepada Nabi Nuh. Tetapi, apa hendak dikata, si anjing tetap tidak mahu mengaku kesalahannya itu dan berkata ;

"Si kucing berbohong. Aku tidak melakukannya!"

Disebabkan kecewa, maka si kucing bermunajat kepada ALLAH ;

"Ya ALLAH, aku merasa dizalimi dengan kejadian ini, maka tampakkanlah apa yang telah aku lihat kepada Utusan Engkau (Nabi Nuh) agar laporanku ini dibenarkan olehnya dan disaksikan oleh seluruh penghuni kapal ini."

Permohonan si kucing kali ini dikabulkan ALLAH. Berikutnya, ketika si anjing berhubungan badan dan ia tidak mampu melepaskan diri daripada pasangannya sehinggakan sewaktu kedua-duanya melakukan hubungan badan tersebut disaksikan oleh Nabi Nuh dan seluruh prnghuni kapal. Akhirnya si kucing merasa lega kerana apa yang ia laporkan selama ini adalah merupakan kebenaran.

Akibat merasa malu, anjing pun memohon kepada ALLAH;

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah dizalimi oleh si kucing. Kerana dialah, aibku diketahui banyak mahluk. Oleh itu, jadikanlah setiap kali dia (kucing) mengawan, ia diketahui oleh banyak mahluk sebagaimana yang telah ia lakukan padaku! "

Permohonan anjing pun dimakbulkan oleh ALLAH. Maka sejak saat itu, setiap kali kucing mahu mengawan dengan pasangannya, akan didengar atau diketahui oleh mahluk lain kerana mereka akan mengiau bising.

-END-

Okay, macam biasa after letak story, aku pun akan membuat conclusian dan memberi pandangan menurut persepsi aku sendiri. Ikutkan, cerita ni macam-macam mesej yang kita boleh dapat.


  1. Kita dapat tengok la kan anjing tu, disebabkan dia melanggar perintah tu satu hal, berbohong tak mengaku kesalahan dia pun satu hal, so, dia pun menerima hukuman. So, dari sini, kita boleh dapat yang jangan sesekali berbohong kerana amat buruk padahnya. Nabi Nuh melarang berkasih-kasihan tu mungkin ada sebabnya. Macam dialog dalam buku tu kata, mungkin disebabkan perbuatan berkasih-kasihan itu, akan terhasilnya generasi yang seterusnya. So, makin bertambah la bilangan ahli kapal tu. Then, kalau bertambah, takut kapal tu tak mampu menampung muatan yang berlebihan. Wallahua'lam.

  2. Ok, memang kita nampak anjing tu berbuat salah dengan nyata. But, actually kucing tu pun secara tak langsung buat salah gak. Salah apa? Kucing tu, yes, dia terasa dizalimi tapi dia tak boleh mengaibkan anjing tu walaupun dia tahu perbuatan anjing tu salah. Dia tak patut mendoakan supaya perbuatan anjing itu dilihat semua orang. Should be, dia mendoakan supaya anjing tu sedar dari kesilapan dia dan tak mengulangi lagi kesalahan tu. So, macam daily life kita jugak. Andai kata lah kita nampak orang tu berzina depan mata kita sendiri. Memang kita tau zina tu dosa yang teramat besar. Tapi kita tak payah la nak gi kecoh satu dunia pukul canang yang si polan ni berzina dengan si polan. Tak ke mengaibkan orang tu. Banyak lagi yang kita boleh buat. Nasihat dia elok-elok dan mendoakan supaya yang berzina tu insaf dan taubat nasuha. Kan itu lebih elok. Daripada kita memalukan orang apa yang kita dapat? Tak pasal-pasal kita pun dapat dosa.

  3. Akhir sekali, yang kita boleh amik pengajaran. Sesungguhnya, doa orang-orang yang teraniaya itu dimakbulkan. So, kita jangan lah aniaya orang. Tak baik tau. Buat ape la kita nak berhasad dengki sampai nak duk menganiaya orang. Kita hidup ni biar elak daripada buat dosa. InsyaALLAH hidup akan diberkati. Hee =)

SO, ini adalah berdasarkan pemahaman aku. Mungkin ada kelemahan disana sini. Papepun ni hanya pandangan dan peringatan untuk kita terutama untuk diri kita semua termasuklah aku semua. =) Aku hanya menyampaikan apa yang aku tahu. So, korang belilah buku SEJAM RM 2.50 ni. Banyak ilmu dalam ni. Not jiwang2 type la. Serius aku tak tipu. =)



Sumber (google)


Ok lah. Kalau korang ada moral value dari cerita ni yang aku tak nampak sila-sila lah share. Aku hanya manusia biasa yang tak sempurana. Eceh. Hahaha.


Salam

-nurynweida-






3 comments:

  1. untuk no (2).pe pendapat tentang tuan punye diri yg canang kat org ramai yg dia pernah berzina (contoh cerita kat blog)?and tentang org ramai yg tahu psl cite tu pergi cerita kat ramai org (A xtahu pon psl blog penzina ni.tp dia dpt tahu dari B,C,D,E dan ramai org lagi yg letak link blog penzina)?
    -cetusan dari kejadian adindaevans

    maisaraz

    ReplyDelete
  2. yun : thanks =)

    mai : pendapat aku, yang si tuan punya diri tu pun patutnya tak patut buka aib diri sendiri since ia akan lead kepada mcm2 dosa yg lain such as fitnah semua2 tu. lagipun, rasanya kita tak boleh bukak aib diri kita sendiri apatah lagi orang lain.dan untuk kes si A , B and C tu pun bagi aku pun kiranya macam mengaibkan orang jugak la. should be benda tu tak payah disebarkan sebab mungkin akan mengundang pelbagai persepsi negatif dari orang lain. aku pernah baca patutnya yang tau tu g nasihatkan orang tu bukan menyebarkan lagi.contohnya dari kes adindaevans tu la. dan kes si A, B and C tu lah antara kesan si tuan punya badan yang mengaibkan diri sendiri tu.btw,ni pendapat aku. and maybe aku pun pernah buat salah macam ni. so let us improve ourself.yeah =)

    ReplyDelete