Wednesday, June 15, 2011

BELASUNGKAWA : MOHD ADHAMERUDIN OMAR

Salam.


15 JUN 2011. Harini merupakan hari yang paling tak akan aku lupakan. Aku kehilangan sahabat yang amat aku sayangi. Sampai saat entry ini ditulis, aku masih tak percaya yang aku telah kehilangan dia untuk selama-lamanya. Aku yang ketika itu sedang berehat-rehat mendapat panggilan dari Sal bertanyakan samada aku dah membaca mesej dari Anis atau belum. Bila Sal cakap macam tu, terus aku baca mesej dari Anis ;

"Ain, Adha dah meninggal dunia. Al-fatihah.."

Aku seriously sangat-sangat terkejut dan tak mampu nak kata apa-apa. Tak lama lepas tu mesej dari Nasir pulak menyusul ;

"Amer da meninggal. Al-fatihah.."

Ya ALLAH. Aku terus bagitau ibu dengan esakan yang tanpa henti. Aku tanya Anis, Sal, Nasir balik betul ke tidak. Dan hanya ALLAH yang tau bila diorang cakap betul. Allahyarham meninggal sebab lemas ketika mandi di Sungai Lembing. Perasaan aku time tu kosong, terkejut, tak percaya semua ada. Aku call Raihan, Nadia bagitau berita tu sambil menangis. Masing-masing terkejut. Terkejut apabila sahabat yang begitu rapat tiba-tiba meninggalkan kami semua tanpa sebarang pesan. Bila Mai, Amal call aku, tangisan aku masih tak henti.

Jujur aku kata, ini merupakan tamparan hebat untuk aku. Baru je dia mesej-mesej dengan aku borak-borak, gelak-gelak. Rupanya itulah mesej terakhir dari dia. Aku sangat-sangat terkilan sebab tak dapat jumpa dengan dia buat kali terakhir. Macam-macam kitorang dah plan bila naik semester baru nanti. Tapi semua tu tak akan terjadi. Ya ALLAH...

Dia, bagi aku, sahabat yang amat aku sayangi. Aku boleh bercerita apa sahaja dengan dia. Dari mula aku kenal dengan dia, macam-macam kenangan yang kitorang kongsi. PRESSS is the best moment of us. Dia sahabat yang baik, teman sekerja yang baik dan ketua yang baik. Susah sangat nak tengok dia marah. Dan satu yang aku tak mungkin lupa. HE NEVER SAY NO kalau orang mintak tolong kat dia. Sedaya upaya dia cuba untuk tolong orang lain walaupun time tu dia sangat lah busy. Kalau berselisih dengan dia, paling kurang mesti dia senyum atau lambai. Tapi, lepas ni aku tak akan dapat jumpa dia, tak akan dapat mesej dari dia, tak akan dapat call dari dia, tak akan dapat baca blog dia. Lepas ni tak akan ada lagi Pengemudi Layang-layang comment kat Rainbows of Life.

Benarlah. Kematian itu tidak mengira usia, tidak mengira tempat dan tidak mengira waktu. Bila sampai waktu nya, kita semua akan tetap menuju ke satu persinggahan yang abadi. Mungkin pemergian dia ini merupakan suatu amaran untuk kita semua supaya beringat dengan kematian. Kita semua sayang dia. Tapi tinggi mana pun sayang kita kat dia, ALLAH lebih menyayangi dia.

Ya ALLAH, tempatkan dia di kalangan orang yang beriman. Tempatkan dia di kalangan orang-orang yang dikasihi oleh-Mu Ya ALLAH. Semoga rohnya tenang dan aman di alam sana. Semoga dia sentiasa di bawah lembayung rahmat-Mu Ya ALLAH. Semoga dipermudahkan segalanya...

Buat the only one MOHD ADHAMERUDDIN BIN OMAR,
I already miss you. Terlampau banyak kenangan yang kau tinggalkan. Aku doakan kau bahagia di alam sana. Semoga kau bersemadi dengan aman. InsyaALLAH..

Gamba ni should be upload untuk entry yang aku tak sempat buat time keluar dengan dia.. =(
Dia yang baju kelabu tu... =(

Al-fatihah...
Salam



-nurynweida-

16 comments:

  1. dia baik sangat. sedekahkan alfatihah byk3 kat dia ain

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah untuk dia kat sana..

    ReplyDelete
  3. bykkan sedekah al-fatihah...
    moga2 arwah ditempatkan di kalangan orang yg beriman..insyaALLAH
    papepun,dye mmg sorang yg sgt2 baek...

    ReplyDelete
  4. kak atie : sangat baik..yup insyaALLAH...sentiasa doakan dia...

    nab : al-fatihah..

    wawa : Amiin..

    ayuni : i miss him very much.

    ReplyDelete
  5. "Ya Allah, redhakan hati-hati kami untuk menerima pemergiannya" be strong ain..yg pergi x kan kembali dah, yg masih hidup kna trus mencari kekuatan tu
    -k.dayah-

    ReplyDelete
  6. k.dayah : thanks.. yup.sedang berusaha untuk lebih kuat.. thanks sgt=)

    ReplyDelete
  7. smoga kita redha ngn pemergian die ye ain..ak pn wndukn die sgt..:(

    ReplyDelete
  8. kak ain, gambar ni still ada dalam hp anis. :'(. semalam keep repeating tengok gambar ni. Ya Allah, sedehnya. hope kita semua tabah. :'(. yup, janji kita berempat. sepatutnya ada 2 version entry pasal gambar dia atas kan? :|- Anis Juwairiyah.

    ReplyDelete
  9. Sal : yup..aku redha dengan pemergian dia.insyaALLAH.. kita semua rindu kan dia sebab di memanglayak dirindui..

    Anis : yup.. dia patutnye buat entry yg first, akak yg second. tp dia x sempat nak buat. tp gambar ni seriously kenangan sangat2..

    ReplyDelete
  10. As-salam... saya azam.. saya alwyas continue baca entry2 pasal arwah nie.. wlaupun sy xpernah kenal die, tp jujur sy ckp yang saya pun mengalami perkara yang sama.. saya harap, kwan2 sumer dpat bersabar atas pemergian dier.. Allah lebih sygkn dia, wlaupun kita sudah sygkan die.. berdoalah untuk die supaya di temptkan di tempat2 orng yng mukmin... sedekahkan pahala bacaan yassin dan Al-Fatihah pada arwah.. yang baik kita simpan sbgai kenangan... yang pergi xkan kembali.. hanya memori yang bersama kita..
    Al-Fatihah..
    Nurazam Che Yahaya

    ReplyDelete
  11. azam : terima kasih atas nasihat. memori akan sentiasa terpahat di ingatan..insyaALLAH... =)

    ReplyDelete
  12. T_T terkilan atas beberapa sebab~ semoga dia tenang kat sana; memang adha contoh sahabat terbaik buat rizQan...

    ReplyDelete
  13. bnyk n3 psl arwah adha..
    sudah ditakdirkn dia pergi dulu disaat dia masih diperlukan,
    wjh2 mereka di bkt panorama saat sblm tragedi..
    http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=217999168234383&id=100000729037679&ref=notif&notif_t=feed_comment_reply#!/media/set/?set=a.226740927355285.80436.100000581370685

    ReplyDelete
  14. salam ain....


    walau tak rapat ngan adha, tapi memang terase dengan pemergian arwah....

    dapat tahu masa dalam kelas hari tu macam tak percaya...
    bila tgk gambar ISC thn lepas, tak caya dia dah tak ada...


    al-fatihah untu arwah adha.

    ReplyDelete
  15. Rizqan : yup..dia mmg contoh sahabat terbaik buat kita semua.. =)

    Anonymous : yup..ajal dia da sampai... sebak melihat gambar2 tersebut..

    syakila.salam. al-fatihah ...

    ReplyDelete