Friday, September 23, 2011

TRAGEDI SEBELUM MASUK THIRD YEAR

Salam. Hai Guys.


Almost two week aku dah memasuki semester baru di bumi Kuantan ni. And setelah dua minggu jugalah, baru aku merajinkan diri aku menaip di blog terchenta ni. Busy pulak semenjak da naik taraf senior ni. Ehem. Haha. Eh,tapi betulla. First day masuk kelas dah dapat assignment. Berdedikasi sungguh para lecturer sem ini. And sem ni aku ada kelas at Friday setelah berzaman aku menganggap Friday tu cuti umum. Huuu. Cuti Umum ku bertukar kepada hari Rabu. Cuti Umum di pertengahan minggu. 


Eh eh, aku bukan nak cerita pasal "SUASANA THIRD YEAR". Bukan. Hahaha (Padahal dah cerita). Aku sebenarnya nak cerita one of pengalaman aku baru-baru ni yang aku kira agak menakutkan, agak mengerikan, agak sadis dan segala yang seerti dengannya la dalam hidup aku. Pengalaman yang first time aku lalui and maybe susah untuk aku lupakan. Huhu.


Al-kisahnya;
Aku dan family aku selain datang menghantar kepulangan aku dan adik aku ke Kuantan ni, kitorang mengambil kesempatan untuk bercuti-cuti Malaysia di negeri Darul Makmur ni. Saja untuk meredakan tekanan la kononnya. Haha. Percutian ni bukan hanya parents and adik beradik aku je tapi adalah dengan family aku yang lain gak. Cousin, pakcik, makcik aku pun join. Tapi bukan la semua kan. Kitorang ni bermalam la di G*****G Resort. And kitorang tempah lah 3 bilik. Mula-mula nak tempah apartmen sebab senang dan mudah dah ala-ala rumah kan. Tapi tak de rezeki nak sewa apartment sebab dah full so terpaksa lah sewa bilik. 1 bilik untuk golongan lelaki, 1 bilik untuk anak-anak dara (yang mana aku termasuk dalam golongan itu) dan 1 bilik lagi untuk golongan ibu-ibu dan bayi. Bilik aku berhadapan dengan bilik golongan ibu yang terletak di hujung aras and bilik golongan lelaki still di aras yang sama tetapi di hujung lagi satu.


Then, malam tu, around 3 a.m, tiba-tiba bilik yang aku duduk iaitu kami yang gadis-gadis remaja ni tiba-tiba macam ada orang nak masuk. Aku mula-mula tak sedar ada bunyi orang nak bukak pintu tu. Aku dengar tu dengar tapi aku macam ingat tu mimpi aku je la. Tapi adik aku yang no-3 ni dia jenis yang alert bab-bab bunyi ni. Mula-mula dia ingat khayalan dia ke apa. Tapi since bunyi tu makin lama makin kuat and tak berhenti, dia terus kejut aku. Dia tanya :


"Kak, ada dengar tak bunyi kat pintu tu?"


Aku dalam mamai tu tiba-tiba terus terjaga bila bunyi orang nak masuk tu makin kuat. Makcik aku yang tidur sebelah aku (makcik aku hanya tua dua tahun dari aku) pun terus terjaga gak. Perasaan kitorang time tu serius time tu tak tau nak cakap macam mane. Cuak takyah nak kata la. Dah la dalam bilik tu semua perempuan kan. Aku terus suruh adik aku call ibu aku yang bilik depan kitorang tu and Alhamdulillah sangat ibu sedar. Ibu cakap jangan bukak pintu tu and sambil tu ibu intai guna lubang kat pintu bilik ibu tu. Mula-mula ibu assume ada orang salah bilik. Ibu kata biar je. 


Tapi.... Lepas je aku abis cakap dengan ibu, tiba-tiba pintu bilik kitorang tu ditolak dengan sangat kuat. Kalau dengar, bunyinya macam pintu tu dah terbukak dah. Aku ni terus peluk makcik aku and kitorang semua ni terus selubung muka dengan selimut. Berdebar tak ingat kot. rasa nak nangis pun ada. Aku dah menggigil satu badan ingat orang tu dah masuk. Tapi tunggu punya tunggu tak ada pape pun. And tiba-tiba time berselubung tu, orang kat luar tu tekan loceng and after tu dah tak ada apa-apa bunyi dah. Pastu, ibu call lagi and ibu kata orang tu dah tak ada and ibu kata orang yang kat luar bilik kitorang tadi sorang lelaki and sorang perempuan. And ibu assume suami isteri. Tapi kitorang ni, walaupun dah takde apa dah, confirmla takut, debar tu ada lagi kan. Macam pelik je kalau salah bilik sampai macam tu kan. Huhu


Aku,makcik aku,adik aku ni terus call orang-orang lelaki ni. Tapi call ayah tak angkat, abang saudara aku pun tak angkat. dan setelah beberapa kali percubaan, akhirnya pakcik aku angkat. Alhamdulillah. Terus ayah aku, pakcik aku and cousin lelaki aku berkumpul depan bilik kitorang pagi-pagi buta tu. Kitorang ni time cousin aku tekan loceng suruh bukak pintu, siap diorang kena call cakap diorang kat depan pintu bilik kot sebab kitorang ni punyalah takut tu tak hilang lagi kan.Dah bukak pintu tu, macam-macam soalan la ditanya. Aku ni gigil tak hilang. Cerita kat ayah pun dalam keadaan menggigil lagi time tu. Huhu. Ibu yang nampak orang-orang tu cakap la appearance diorang. And lepas ibu cerita tu, ayah cakap:


"Kalau pakai baju warna ****H tu bukan pekerja diorang ke?"


Haaaaa. lepastu baru lah masing-masing terfikir. Ibu pun baru la perasan yang perempuan tu pegang macam kad bilik tu. And baju diorang pakai tu macam uniform pekerja kat situ. Tapi tak sure la. Kitorang just syak je. Pastu, ayah kata sambung tidur balik. Tapi kitorang si gadis-gadis ni sah la dah takut tahap tak ingat kan. Mana boleh lelap. Asal dengar bunyi je berdebar bilik. memang tak lena la kitorang. Huhu. 


Pagi esok tu bila borak-borak balik, barulah kitorang sedar macam-macam. Adik aku kata siang di hari kejadian tu, dia ada macam perasan ada orang perhatikan kitorang. Kiranya diorang macam dah AIM la yang bilik aku ni semua anak dara yang duduk. Tapi diorang tak sedar yang depan bilik kitorang tu, bilik ibu aku. Ibu pulak cakap, orang tu stop hentak pintu bilik tu after dia macam sedar yang bilik ibu tu macam dah kecoh-kecoh risaukan kitorang. Maybe dia dengar bising-bising, tu yang dia pergi tu. Huhu. And tau tak, pintu bilik aku tu dah terbukak dah pun. Cuma Alhamdulillah, ALLAH still sayang kitorang, pintu bilik tu tak boleh bukak sebab terhalang oleh selak pintu je since malam tu sebelum tidur, aku ngan makcik aku check pintu semua. Make sure kunci semua. Tu pun selak tu dah longgar dah. Maybe, kalau kitorang lambat bertindak, selak tu pun dah tercabut. Nauzubillah. Bayangkanlah punya kuatnya orang tu hentak pintu tu. Huhu.


Reason why kitorang syak pekerja kat situ bukan orang salah bilik:
1) Baju yang perempuan and lelaki tu pakai dua-dua warna sama and warna nya macam uniform pekerja kat situ.
2) Ibu tu nampak macam perempuan tu macam pegang kad and tak ada sapa yang ada kad pintu bilik customer selain pekerja.
3) Macam mane orang tu boleh bukak kunci pintu bilik kitorang kalau diorang tak ada kad sebab pintu bilik tu guna kad. And AGAIN, tak ada sapa yang ada kad bilik customer selain pekerja.
4)Kalau salah bilik, sah-sahla pintu tu takkan terbukak kan? Ni pintu tu dah terbukak kot.


Itu hanya pandangan kitorang. Cuma kitorang tertanya-tanya, apa motif diorang nak masuk bilik kitorang ye?? Dah la seorang lelaki dan seorang perempuan. Kalau kata nak buat yang tak elok kat kitorang yang gadis-gadis ni, asal ada perempuan sekali yang ikut? Kalau nak curi barang, kenapa dia tak curi time kitorang tak ada kat bilik? Last sekali, apa motif dia tekan loceng at the end tU? Tah la.. Wallahuaa'lam.


So, apa pun, moral of the story, berhati-hatilah walau dimana kita berada terutamanya golongan perempuan. Malang tak berbau and kejahatan tu ada di mana-mana je. Semoga kita semua dihindarkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Nauzubillah...


p/s : Maaf entry ni sangat panjang. 


Salam


-nurynweida-

6 comments:

  1. huu.tau xpe...alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. tau xpe..aku yang duduk dalam bilik tu lagilah kan.huuuu

    ReplyDelete
  3. I syak diorang nak buat 'projek'.

    Syukur, korang tak apa apa.

    ReplyDelete
  4. kak rhona : umm,mungkin jugak..alhamdulillah sangat kitorang semua selamat.

    ReplyDelete