Monday, October 31, 2011

#MY MASTERPIECES 13-MATA HATI

Salam...

Kadang-kadang,
Kata-kata perlukan kiasan,
Hanya bayangan diutarakan,
Hanya petunjuk ditampakkan,
Supaya kita lebih gigih mencari.
Supaya kita lebih giat menggali,
Makna yang tersembunyi...

Tapi.
Tak semua yang dikatakan akan difahami,
Tak semua yang dinyatakan akan dimengerti,
Kerana itu semua perlukan mata hati,
Untuk memahami,
Untuk mengerti...

Salam

-nurynweida-

6 comments:

  1. ^_^ perihal kata yang diungkap,
    kadang tak seindah makna yang digarap,
    namun peri penting yang wujud dalam sebuah penulisan, adalah sebagai saksi miqdad mengaplikasikan dakwah menuju Tuhan~

    Mata Hati dalam penulisan aien kali ni,
    bawa makna yang besar pada pandangan rizQan,
    menarik untuk diolah, padat dan sarat dengan fungsi mata hati tu sendiri :)

    teruskan menulis yep,
    rizQan akan sentiasa membaca selagi termampu XD

    ReplyDelete
  2. kata yang diungkap mungkin x seindah yang digarap. Dan distulah perlunya mata hati untuk mencari erti yg tersembunyi. dan akan terasa indahnya apabila kita dapat menemuinya... =)

    Mata Hati.. Pelpagai persepsi boleh diberikan oleh setiap dari kita.. =)

    InsyaALLAH selagi terdaya.. You too ok!

    ReplyDelete
  3. bereh.. mata hati seorang penulis,
    senantiasa memahami penulisan sahabatnya yang lain ^_^

    ReplyDelete
  4. means, rizqan faham ke penulisan ain ni??hehehe

    masterpiece anda bila pula menyusul?? ;-)

    ReplyDelete