Friday, January 27, 2012

REDHA KAH AKU?


Salam

“REDHA ITU IKHLAS, PASRAH ITU MENYERAH...”
-Ombak Rindu, Fauziah Ashaari-
Aku sendiri kadang-kala keliru, samada aku redha ataupun pasrah.
Aku mahu aku redha dengan segala ketentuan yang DIA beri.
Aku mahu apabila aku ditimpa ujian, aku redha menerimanya.
Aku mahu redha dalam segala-galanya.

Siapa tak mahu redha kan? Bila kita redha , jiwa kita insyaALLAH tenang. Sebab apa? Sebab kita ikhlas menerima segala ketentuan. Sebab kita tahu apa yang DIA tentukan adalah yang terbaik untuk kita. Aku mahu yang itu. Aku mahu REDHA.

TAPI...

Yang selalu terjadi -> Mulut kata redha, tapi sebenarnya jiwa hanya pasrah.

Aku tak cukup kuat untuk serta merta redha apabila aku menerima ujian.
Aku tak cukup kebal untuk terus redha apabila berdepan dengan serangan jiwa.
Ditambah dengan hasutan dan bisikan si syaitan durjana. Kalau iman tidak berpaksi di dada, mahu tersungkur menyembah mereka. Mahu lupa yang Maha ESA.
Selalunya aku perlukan masa. Masa untuk menenangkan hati, masa untuk bermuhasabah diri. Masa untuk melawan bisikan dan menepis godaan si durjana. Sampai suatu masa, aku boleh menerimanya. Aku mampu menghadapinya. Sudah redha kah aku? Aku tak tahu. Hanya DIA yang tahu.

Pandangan aku -> Tak salah walau hanya pasrah pada mulanya. Kerana mungkin lama kelamaan, Redha bakal menjengah jiwa. InsyaALLAH..

Tapi sebolehnya, marilah kita berusaha untuk menjadi Redha. Kemanisan redha itu sesungguhnya tidak mampu diungkap dengan kata-kata, tidak mampu diterjemah dalam bual bicara.

Salam

-nurynweida-

No comments:

Post a Comment