Friday, January 11, 2013

MY 2013

Salam.

HAPPY NEW YEAR guys! It's my first entry in 2013. Nothing change except the year was increased by one right? Hehe

By the way, its 2013 now! Aku memulakan 2013 dengan menghadap timbunan nota-nota. Bukan dengan percikan bunga api Dum Dam Dum Dam. Bukan dengan menadah telinga mendengar konsert sempena New Year Countdown. Sebab apa? Sebab sekarang musim exam beb. EXAM! Student dan exam memang tak dapat dipisahkan dan waktu aku tulis entry ni pun sebenarnya aku masih ada lagi satu paper. Urghh. Orang lain ramai yang dah habis exam ok. Aku antara kelompok kecil yang masih ada paper menanti. Takpelah. At least, 2013 aku bermula dengan benda yang bermanfaat kan? Hehe (ayatsedaphati)

So, 2012 dah selamat berlalu dengan jayanya. Macam tahun-tahun sebelum ni. 2012 itu sendiri penuh dengan cerita. Suka duka semua ada. Semua itu silih berganti. Ajar aku jadi manusia. Kesimpulannya 2012 aku biasa-biasa sahaja. Mungkin ada cerita tapi mungkin impaknya tak ketara. Kehidupan berjalan seperti biasa.

Dan 2013, aku masih Nur Ain Wahidah yang sama. Belum bertukar status kepada Puan lagi. Masih Cik. Hahaha. Aku tak ada harapan spesifik khusus untuk 2013. Harapan aku hanyalah sama seperti biasa setiap kali aku celik mata dari lena. Semoga hari yang aku sedang lalui lebih baik dari yang telah aku lalui. Semoga aku menjadi manusia yang lebih baik. Semoga aku terus menjadi hamba-NYA. Yang tak akan lalai dengan arus dunia. Dan semoga usaha aku untuk capai segala impian yang aku inginkan akan berterusan dan akhirnya impian aku tu menjadi kenyataan. InsyaALLAH. Cuma, seiring dengan pertambahan masa, pertambahan usia, harapnya aku menjadi lebih dewasa :)

Semoga 2013 menjadikan kita insan yang lebih berguna. Tak kira lah untuk siapa. Semoga semuanya baik-baik saja. Amin.



[Sumber : Google]



Salam.

-nurynweida-

2 comments:

  1. "the year was increased by one"
    nampak sangat budak maths
    hahaha

    ReplyDelete