Saturday, June 1, 2013

KITA TAK SERUPA

Salam

Kita manusia, Kita hamba-NYA,
Itu persamaan kita, PERSAMAAN KITA SEMUA.

Tapi dalam samanya kita
Sebenarnya kita semua berbeza
Walaupun kita berkongsi rahim yang sama
Walaupun kita berkongsi idea yang serupa
Sesungguhnya kita memang berbeza. Itu HAKIKAT.

Begitu juga dengan persepsi
Begitu juga dengan interpretasi
Tak semua miliki pendapat yang sama
Tak semua punyai fahaman yang serupa
Mana tak nya, Bumi ALLAH ini kan luas,
So, bila kau pandang sini, mungkin aku toleh sana
Bila kau tengok depan, mungkin aku pusing belakang.

Tapi, kita ni kadang-kadang lupa. Almaklumlah MANUSIA
Kita fikir semua orang tengok arah yang sama dengan kita
Kita fikir semua orang hala tujunya searah dengan kita
Kita tak sedar, kalau dah ada depan, maksudnya adalah belakang
Kalau dah ada kiri, maksudnya adalah kanan. Kan?

Jadi, jom kita sama-sama semat dalam minda, sama-sama pahat dalam otak,
Yang tak semua sama dengan kita, 
Kalau ada yang sama pun, pasti ada sedikit bezanya
Hormat perbezaan itu walau kita tak suka
Hormat perbezaan itu walau kita susah nak terima. :)

Aku pernah baca “HARGAI PERSAMAAN, RAIKAN PERBEZAAN”
Apa lagi, jom lah sama-sama. 
Eh, aku lupa pulak. Kita semua kan berbeza, mana boleh paksa-paksa. ;-)

Ok bye. Salam

-nurynweida-

2 comments:

  1. kita mungkin berbeza, tapi kalau matlamat kita sama, hala mana pun kita tuju. Pasti akan sama.

    ReplyDelete
  2. make sense angah.. thank you :)

    ReplyDelete