Thursday, August 9, 2012

KASUT KULIT VAVI


Salam. Ramadhan Kareem guys.

Diam tak diam dah hampir ke penghujung dah Ramadhan kali ini. Macam mana Ramadhan anda? Apa pun semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum ni dan marilah kita gunakan beberapa hari yang tinggal ni untuk membuat pecutan ibadah kita. GO! =)

By the way, harini ada kejadian yang buat aku serius hilang mood nak kerja. Dan ternanti-nanti jam mencecah ke angka 5.00 pm.

Alkisahnya:

Memang setiap pagi before aku pergi kerja, aku akan bukak almari kasut and cari la kasut yang sesuai untuk dipakai pada hari itu. And then pagi tadi, entah kenapa aku tiba-tiba nak pakai kasut adik aku pulak. Selalunya pakai kasut sendiri. Tetiba harini gatal nak pakai kasut dia. Nak matching dengan baju la kononnye. Puii. Haha.

So, disebabkan pakai kasut tu buat pertama kalinya, aku pun check-check la. Saja check mana tau ada yang pelik. Okay, selain saiz yang besar sikit dari kaki aku, aku berpuas hati lalu pergilah kerja dengan senang hati. Tapi entah kenapa walaupun tadi macam puas hati tapi aku ada gak rasa tak sedap hati pasal kasut tu. Tapi aku abaikan je la time dalam kereta tu. So, bila dah sampai office, aku pun gatal la check kasut tu lagi sekali. And tau tak apa yang aku baru perasan?

“Oh NO!! Rupanya kasut yang aku pakai tu PIGSKIN! (kulit BABI)”

Aku terus macam ohhh apa aku nak buat ni. Terus ambik handphone mesej adik aku  and ibu. Nak puaskan hati, aku siap google lagi betul ketidak kasut tu PIGSKIN. And the result is aku yakin kasut itu memang tak suci. Means kasut tu memang PIGSKIn (T_T). Tak pasal-pasal aku kena sertu /samak kaki ku. Huhu. Dah la kena tunggu balik rumah. Kat office ni mana nak cari tanah. And nasib baik tengah cuti. Huhu. Sadis.

Aku tak salahkan adik aku. Normal la. Tak semua tau kan and tak semua perasan. Aku pun kat rumah tadi dah tengok pun tak perasan tu PIGSKIN. And Alhamdulillah perkara ni dapat gak disedari walaupun lambat.

Before ni aku pernah gak hampir terkena. Time tu kat Setia City Mall. Kat situ banyak kedai kasut and aku pun memang berniat nak cari kasut. Then, aku masuk lah satu kedai kasut ni. Aku macam biasa lah rambang mata tengok kasut lawa-lawa. And mata aku dah terberkenan kat satu heels ni. Dah pegang dah bahagian tumit dia. Sekali usha, rupanya pelapik kasut (tempat kita pijak kalau pakai kasut) tu is PIGSKIN. Terus aku letak and ajak adik and cousin aku keluar cari kedai kasut lain.

Macam mana nak tau kasut or any barangan kulit lain tu PIGSKIN ke bukan. Barangan tu akan mempunyai TIGA TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK TITIK. Contohnya macam ni :



Gambar : Ihsan Google

Banyak je barang-barang lain yang diperbuat dari PIGSKIN ni. Selalunya kasut la. Selain tu, setelah menjadi teman setia google hari ni, aku dapati banyak je produk lain macam beg, casing handphone, cekak rambut dan lain-lain. Material ni selalu digunakan sebab dia lembut. Tapi selalunya gak ada je yang terlepas pandang. So, lepas ni, kalau nak beli produk yang diperbuat dari kulit, berhati-hatilah. Jangan tertipu dengan kecantikan semata-mata okay. Lagi-lagi tengah time nak shopping raya ni kan. Hehe.

By the way ikut hukum, macam-macam jawapan aku jumpa. Tapi kebanyakan yang aku jumpa, Mazhab Syafi’e mewajibkan untuk samak. Tujuh kali basuhan yakni  basuhan pertama tu dengan air bercampur tanah. Mazhab lain ada je yang kata tak payah samak. Tapi aku, walau apa pun aku tetap nak samak. Baru puas hati dan dapat menghilangkan keraguan dalam diri. Kasut tu, apa lagi. Jadi makanan Cik Tong Sampah la jawabnya.

So, lagi sekali aku tekankan berhati-hati semasa mebeli belah. Walau apa pun hukumnya, walau apa pun yang anda yakini, seeloknya elakkanlah beli barangan PIGSKIN ni. Tapi apapun semuanya terpulang di tangan anda. =) And kalau ada sesiapa yang boleh bagi aku or orang lain tambah ilmu pengetahuan, bolehlah share any information ok. Thanks for reading. =)

Salam.



p/s : Untuk Muslim je ok nasihat PIGSKIN ni. Yang non-muslim terkecuali.

-nurynweida-

Tuesday, July 31, 2012

RODA RODA KEHIDUPAN

Salam..


Turun naik,
Jatuh bangun,
Asam garam kehidupan,
Rempah ratus seharian.


Hidup itu kan ibarat roda..
Tak selamanya kita di atas,
Tak selamanya juga kita di bawah,
Bila di atas,
Usah terus mendabik dada,
Ibarat kitalah yang paling berkuasa,
Jenguklah ke bawah sekali sekala,
Kelak mungkin kita di sana.
Yang lepas,
Tak mungkin boleh diulang
Tapi boleh jadi pedoman,
Boleh jadi sempadan,
Untuk kita mencorak masa hadapan.

Yang akan datang,
Tak semestinya sama seperti yang dirancang,
Kerana ia tak pasti, masih samar,
Cuma yang pasti,
Kita wajib bersedia,
Untuk terima segala ketentuan,
Setelah segala usaha kita laburkan.

Salam

-nurynweida-

Monday, July 23, 2012

ENTRY COMBO

Salam..

Hai guys. Disebabkan kebosanan yang melanda di office, maka terhasillah entry ini. Mungkin bermanfaat dan mungkin juga hanya sekadar bacaan ringan di bulan yang mulia ini. Hehe. Da sebulan tak update blog. Jenguk selalu je. Tapi hanya setakat baca entry-entry orang lain la. Entry sendiri entahla. Malas benar rasanya. Lagipun ada ke orang nak baca kan. Hahaha.

1) PRAKTIKAL

By the way jangan tertipu dengan perkataan office tu. Saya belum habis belajar lagi, so tak layak nak kerja office. Ni tengah duk praktikal la ni. Overall, praktikal best. Cuma aku tak de la busy sangat. Sometimes kalau kerja tengah menimbun, memang takde masa nak me'lagha' ni. Tapi kalau takde, memang takde langsung. So, jadilah aku macam ni. Merapu meraban kat blog sendiri. (Sedangkan ada mini project kene buat. Haha)

2) RAMADHAN

Alhamdulillah. Kita semua masih diberi peluang untuk menikmati Ramadhan pada tahun ini. Memandangkan ini baru hari ke-3 Ramadhan, masih tak terlambat lagi la kan untuk aku mengucapkan

SALAM RAMADHAN... SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA...INSYAALLAH...

Marilah kita bersama mempertingkatkan amalan kita. Ikhlaskan hati, teguhkan keimanan. Mungkin ini permulaan untuk kita menjadi insan yang lebih bagus kan?

3) JULY

This month is an important month for my sisters and I. Why? Because it is a special month for our ibu and ayah. Their birthday!!!! Ibu on 20th and ayah on 31st. So;

For ibu: HAPPY BELATED BIRTHDAY!
For ayah: HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE!

Semoga sentiasa di bawah rahmat ALLAH. We all loves you!




Our family portrait
  Ok lah. Itu je entry untuk mengisi masa lapang.. Haha


p/s : Tahun lepas kami jadi keluarga pink, tahun ni warna apa pulak??? Wait and see ya!

Salam

-nurynweida-

Friday, June 15, 2012

TAKKAN PERNAH HILANG

Salam


Tiada air mata,
Bukan bermakna lupa,
Tiada tangisan,
Bukan bermakna hilang di ingatan,
Dan tiada sendu,
Bukan bermakna tidak merindu..


Sudah setahun  ia berlalu,
Tapi bagai semalam ia berlaku,
Hari itu, detik itu,
Masih terpahat dalam kalbu,
Masih kemas tersimpan,
Masih kejap di ingatan.
Dan tiada lah ingin untuk dilepaskan...


Perginya kau tak kan kembali,
Hilangnya kau tiada berganti,
Yang pasti,
Doa untuk kau sentiasa mengiringi,
Walau rindu aku tak pernah hilang,
Aku redha, aku akur,
Yang kau tiada lagi di sisi,
Semoga kau bahagia dan tenang di sana sahabat...


Al-Fatihah...

Salam


-nurynweida-

Monday, March 26, 2012

#MY MASTERPIECES 19 :- WANITA

Salam.





Wanita itu hiasan dunia,
Indah dipandang membangkit pesona,
Wanita itu pujaan jejaka,
Punyai aura menggetar jiwa..


Tapi,
Sekuat mana pun aura pesona,
Segetar mana pun jiwa jejaka,
Dia tidak layak disentuh,
Dia tidak boleh dipegang,
Oleh mana-mana pun jejaka,
Melainkan yang HALAL baginya...


Buat WANITA,
Jejaka yang menyanyangi mu,
Tidak akan menyentuh mu sebelum waktunya,
Jajaka yang mencintaimu,
Tidak akan memgang mu sehingga kamu halal baginya...


Buat JEJAKA,
Wanita itu tinggi martabatnya,
Dialah bakal isteri untuk mu,
Bakal ibu untuk anak-anak mu,
Bakal bidadari  syurgamu,
Muliakanlah dia, Hormati lah dia,
Usah disentuh sebelum waktunya,
Usah dipegang sebelum detiknya..


Salam


p/s : Gambar sumber daripada Sue Anna Joe


-nurynweida-

Monday, March 19, 2012

#MY MASTERPIECES 18 : FIKIR DULU

Salam


Sebelum bercakap,
FIKIR!

Sebelum bertindak,
FIKIR!


Jangan jadi terburu-buru,
Nanti semua jadi celaru,
Jangan jadi tergopoh-gapah,
Nanti hidup jadi susah.



Cakap jangan ikut sedap,
Nanti ramai pulak yang sentap,
Buat jangan ikut suka,
Nanti tak pasal-pasal dipanggil celaka.



Ok, by the way,saja je tulis puisi atas ni. Puisi? Macam tak je kan. Hahaha  Ok la..Meh kita kupas isi. Hahaha.Apa yang aku cuba sampaikan. before kita cakap something,before kita buat something fikir. Kadang-kadang tak semestinya yang kita fikir baik itu baik dan apa yang kita fikir tak baik itu tak baik. So,fikir dulu. Fikir secara rational not emotional.


Aku tak point sesiapa. It just random thought from me. Aku pun kadang-kadang buat je keputusan terburu-buru. Lagi-lagi manusia nama Nur Ain Wahidah ni emosi dia bukan main. But,semakin lama hidup,always try untuk overcome this emotional probs. Walaupun aku rasa kurang da buat something ikut perasaan,tapi kadang-kadang terbuat jugak perangai tak elok tu. My bad. =(


 By the way,one thing la. Aku tau aku tak baik mana aku tak baik mana, but aku always try la before cakap something and buat something yang melibatkan orang lain, cube bayangkan kalau kita ataupun orang-orang yang kita sayang kat tempat orang tu. Contoh : 


Kita nak cakap or tegur kesalahan someone depan ramai orang tanpa fikir perasaan orang tu. Cuba kalau kita yang kena tegur,mesti malu kan? Terasa macam dimalukan depan semua orang. Aku tak kata tak boleh tegur kesalahan orang tu, but apa yang aku maksudkan, we have another better alternative,why on earth kita nak choose the bad one. Paham kan? 


And thats why la aku kata before cakap or doing something, think first. Okay,terbebel panjang pulak kan. Haha. By the way, apa yang aku tulis ni lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri. :-) Ok.till then,wassalam..


-nurynweida-

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 9, 2012

#MY MASTERPIECES 17 - CERITERA KEHIDUPAN

Salam


Setiap orang ada kisah masing-masing
Kau dengan cerita kau
Aku dengan cerita aku
Suka,duka,
Semua itu perencah rasa,
Pahit,manis,
Semua itu penambah perisa..


Bukan hidup namanya,
Kalau tak pernah ditimpa ujian,
Bukan hidup namanya,
Kalau tak pernah diuji dugaan,
Itulah namanya pengalaman,
Yang tak boleh diganti,
Walau dengan harta bertimbunan.


Itulah namanya kehidupan,
Mungkin kisah kita berlainan,
Tapi kita masih punyai Tuhan,
Yang sentiasa tunjukkan jalan,
Asalkan kita punyai IMAN.


Setiap kepahitan akan ada manis akhirnya..
Setiap ujian akan ada hikmah-NYA..
Bersabarlah..


Salam


p/s : peringatan untuk diri sendiri


-nurynweida-