Monday, January 31, 2011

PERLU MEREKA- Episod 2

Salam. Hai. Hee.

Jom masuk episod 2 jom.Waa. Bajet ni cerita drama bersiri la kan ada episod2 pulak kan. Takpelah. Ini entry bersiri written by cik nurynweida. Ehem. Haha. Sebenarnya aku buat sambungan sebab aku rasa panjang sangat la pulak kalau aku teruskan ke-syoksendiri-an aku untuk entry episod 1 tu. Hehe. Dan aku saja je buat anti klimaks(bak kate rizqan.hehe) kat penghujung episod 1 tu dan meninggalkan persoalan di situ sebab aku nak readers tak sabar2 menunggu dan membaca episod 2 ni (Waa!!Ayat seyes memang tak boleh bla yang teramat).

Ok,last ayat aku kat episod 1 tu. Sebab ape jadi macam ni? Sebabnya, bagi aku, KITA, manusia zaman sekarang terlampau sibuk kejar dunia. Kejar harta benda yang tak boleh bawak ke liang lahad tu. Terlampau sibuk dengan dengan kerjaya. Sehinggakan rumah tu hanya menjadi seperti hotel. Tempat tukar baju, tempat tidur. Kalau rumah sendiri pun dah jadi macam hotel, apa lagi la kan nak ada masa bermesra, beramah-tamah jalin hubungan baik dengan jiran. Macam aku kata tadi, tak semua orang macam ni. SESETENGAH atau pun SEGELINTIR sahaja.



Sebenarnya, kita ni hidup berjiran mane boleh macam ni. Kita kena lah kenal jiran kita. Kita ni kan hidup dalam komuniti. Orang lain yang jauh-jauh sibuk-sibuk kita nak kenal tapi jiran sendiri tak nak pulak. Apa kes macam ni? Banyak benefit sebenarnya kalau kita berbaik dengan jiran ni. Antaranya, kalau kita baik ngan jiran, katalah kita ni duk jauh dengan saudara mara dan kaum kerabat, jumpa pun setahun sekali time raya. Pastu satu hari kita ni ditimpa kesusahan, lagi2 kalau dah tahap emergency gile, sape yang kita nak mintak tolong kalau tak jiran kita tu. Then, katalah kita ni nak pergi ber-cuti-cuti malaysia dengan family kita, kita kena tinggalkan rumah dalam satu tempoh yang lama. Sapa yang kita nak mintak tolong tengokkan rumah kita, bagi ikan makan, siramkan pokok bunga segala bagai kalau tak jiran kita. See, punya lah banyak kebaikan beradab ngan jiran ni. Tu baru sikit. Ikutkan banyak lagi. Tapi takpela, sebab aku tak bercadang nak meneruskan entry ni untuk episod yang ke 3 pulak. Hehe.

By the way, aku punya jiran-jiran pun ada macam-macam jenis. Ada yang ok (Alhamdulillah sangat) dan ada gak yang tak berapa nak ok. Kita abaikan la yang tak berapa nak ok tu ek. Mungkin mereka dan keluarga mereka ada masalah tersendiri kan. Aku nak cerita yang ok je. Aku bersyukur sangat sebab aku dikurniakan jiran-jiran yang sangat baik hati dan amat memahami. Serius jasa-jasa diorang hanya ALLAH je yang dapat balas.



With AISY, anak cik Ina n cik Azmi


Currently, family aku mengalami kesulitan yang amat. My ayah had an accident and our only car rosak teruk (thats why aku cakap kereta masuk hospital.Hee). Kenderaan yang tinggal hanyalah sebuah motor yang selalu ibu guna hantar adik-adik pergi sekolah. Then, bila ayah kena tahan kat wad, ibu mengalami masalah nak lawat ayah since ibu tak ade lesen motor (ibu bawak motor selama ni dalam taman je) and takde jugak lesen kereta ( Kalau ada pun nak bawak kereta siapa kan) . So, orang yang bertanggungjawab hantar ibu first day ayah masuk wad tu ialah cik Azmi and cik Ina aku ( jiran sebelah rumah). Time tu sedara mara ramai tak tau lagi. Then, bila ayah dah keluar and start kerja balik, ayah guna motor. And kali ni cik Sudirman (jiran aku gak) pulak yang hulurkan bantuan bagi pinjam motor dia untuk kegunann ibu hantar adik-adik. Thanks ALLAH for giving us jiran yang baik macam tu. Banyak lagi pertolongan yang jiran-jiran aku ni hulurkan dan aku sangat terhutang budi dengan mereka since aku kenal diorang.



HARITH , anak cik Sudirman

So, macamtu la bila kita amalkan hidup berjiran dengan betul. Aku pun try untuk jadi jiran yang baik untuk jiran-jiran aku. Tak kira lah jiran kat rumah ke, jiran kat asrama ke. Kat mana-mana lah. Buat baik dibalas baik. InsyaALLAH. =)

-END-

p/s:Letak gamba anak-anak jiran je, gamba mak bapaknya xde.haha

Salam




-nurynweida-

4 comments:

  1. betul3.. stuju sgt, rizQan pn penah alami pekara yg sama jugak,

    heheh nk story sket bleh:
    masa tuh (1997) mak rizQan keguguran baby terakhir, tp dia x bleh kluar wad so kena tahan kt hospital le~ abah plak masa tu msih lg kat jepun, so selain dr kami 4 org adik beradik ada nenek belah mak n abah yg jaga kami lebih kurg sebulan parents kami xda kat rumah, nasib baik kami ada jiran yg baik2... dorang semua la yg uruskan pengebumian baby tuh, tolong ambl kat hospital bwk balik rumah, huhu terharu kot, terima kasih sgt2 kat semua jiran waktu tu (kt semenyih)
    psst: x perlu buat episode 2 kot >_<

    ReplyDelete
  2. errkkk...akak.yg mne yg kne tagged tuh??? tajuk ape?? sbb smalam2 xon9 lah.. =.='

    ReplyDelete
  3. rizqan:hehe..tula untungnya hidup berjiran dgn betul kan?haha.eh,apsal lak kate xperlu wat ep.2??x sesuai ek?hehe

    ReplyDelete