Monday, February 14, 2011

MY MASTERPIECES #2-SATU KATA ITU...

Salam...

Satu kata,
Kata keramat,
Berat sungguh untuk diluahkan,
Payah benar untuk dizahirkan,
Susah amat untuk dinyatakan,
Bibir seakan terpaku,
Lidah seakan kelu,
Untuk satu kata itu.

Kadang serasa tak perlu,
Tika ego bertamu,
Saat dihasut musuh yang satu itu,
Jari dituding ke arah seteru,
Terdetik, "Patutkah aku?"
Hati berperang,
Jiwa merusuh,
Minda celaru,
Dan kata itu terus tertangguh.

Tak salah beralah,
Tak salah menyerah,
Mungkin diri rasa "Itu bukan salahku"
Cuba sekali
Biarkan rasa itu pergi,
Biarkan kemungkinan itu berlalu,
Biarkan dendam menjadi debu,
Biarkan kesumat menjadi abu.

Diri menunggu,
Menanti,
Datangnya kekuatan,
Yang diimpi,
Yang dimahu,
Biar selesai permasalahan yang membelenggu,
Tapi sayang,
Kata itu masih di situ,
Tak berganjak diam membatu.

-END-
Kepada semua, ingin aku ungkapkan satu kata itu. MAAF. Itulah satu kata itu. Yang amat payah untuk kita semua ucapkan. Mungkin tak semua nya payah tapi aku salah seorang yang payah untuk menyatakannya. MAAF bukan sekadar di Hari Raya tapi perlu setiap kali ia perlu untuk diucapkan.
Kepada semua, MAAF untuk segala kekhilafan diri ini. Untuk segala kesalahan, untuk segala kejahilan. Aku manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Samada secara sedar ataupun tidak. MAAF MAAF dan MAAF. Ye, mungkin aku tak berani menyatakan secara berdepan, belum bersedia. Tapi jujur
untuk sesiapa sahaja yang perlu untuk aku mintak maaf, MAAFKAN AKU.
Salam
-nurynweida-

4 comments:

  1. oK rizQan maafkan ain.. huhu >_<

    setuju sgt, kdg2 payah benar p'kataan tu nak menghias bibir, w/pun ia perkara yg plg mudah utk memulihkan sesuatu yg rosak, menjernihkan sesuatu yg keruh ^_^

    ReplyDelete
  2. thanks rizqan..=)

    Tu la kan. Susah sangat nak cakap MAAF tu. Ego la yang menjadi penghalang. Huhu. Mohon diberi kekuatan untuk menyatakannya secara berdepan.huu

    ReplyDelete
  3. that's something that I wait for! :)okay! good job! huuu, like and like!

    p/s: yup, ada dua words yang pendek je nak ucap, tapi semua orang SELALU lupa. "MAAF" AND "TERIMA KASIH". :d

    ReplyDelete
  4. anis..betul sangat tu..maaf and terima kasih..huhu

    ReplyDelete