Wednesday, March 9, 2011

DIA KEMBALI LAGI!

Salam. Hai all!!!

Uiks.. Lama gila tak update blog ey. Haish Ain ni kan. Apa nak jadi. Huhu. Ok lah. Tak yah wat intro pepanjang kay. Actually nak cerita ni.

"KEADAAN DI MAHALLAH AKU SEMAKIN MERUNCING!"

Waa, statement tak boleh bla kan. Haha. Tapi betul la. Nak tau sebab ape? Sebabnya "KES KECURIAN KEMBALI SEMULA". Huhu.. Malah sekarang dengarnya semakin menjadi-jadi. Kes ni bermula dalam seminggu yang lepas yang mana two of my classmates yang menjadi mangsa. Laptop, purse kena ambil dalam area 4-6 pagi. Dah nak dekat subuh dah time tu. Sadis kan. Huhu. Hari yang sama juga, kawan adik aku pun menjadi mangsa tapi di Mahallah yang berlainan. Beberapa hari lepas tu dengarnya ada lagi.kali ni handphone and purse pulak di Mahallah yang berlainan. Aku tak pasti la samada dari orang yang sama ataupun tidak.

Serius si 'pencuri' tu memang berani. Dalam seminggu banyak kecurian yang berjaya dia lakukan. Ada teori yang mengatakan mungkin guna ilmu la pebende la. Wallahua'lam la kan. Aku tak berani nak komen lebih-lebih. Tapi bagi aku 'pencuri' itu tersangatlah kejam. Kesian mereka-mereka yang menjadi mangsa tu. Bukan senang nak dapat barang-barang tu. Laptop, ingat murah ke? Huhu. Hissyy. Aku serius geram gila dengan 'pencuri' tu walaupun bukan aku yang kena. Ok Ain, sabar ok.

Dan disebabkan kes ini jugalah. aku hidup diselebungi ketakutan, kerisauan dan yang seerti dengannya. Aku rasa bukan aku je. Almost penghuni Mahallah ni merasakan yang sama. Dan langkah berjaga-jaga telah diambil oleh kami semua termasuk lah penghuni bilik aku. Scary oooh kes ni. Antara langkah-langkah nya :-

-Baca al-Mulk sebelum tidur. (Untuk hilangkan rasa ketakutan tu semua)
-Sentiasa kunci pintu bilik kita. Jangan hilangkan kunci tu since kunci tu antara target yang utama
-Baca ayat Kursi tiga kali sekeliling bilik sebagai pendinding bilik kita dari kejahatan manusia ataupun iblis laknatullah.
-Doa banyak-banyak kat ALLAH.
-Jaga barang-barang berharga tu sebaiknya. Jangan cuai.

Diharapkan si 'pencuri' itu segeralah kembali ke pangkal jalan. Henti-hentikanlah perbuatan keji lagi berdosa tu. Amin...

p/s: Langkah tu aku hanya share je berdasarkan nasihat-nasihat orang tertentu. Sesiapa yang ada langkah berjaga-jaga lagi,sila lah share. Saya sangat menghargainya =)

Salam

-nurynweida-

2 comments:

  1. berdoa kat ALlah semoga si pencuri dibukakan pintu hatinya, dan jika masih berlaku kecurian doakan pula semoga mudarat yang diberikan kepada mereka2 ni adalah mudarat yang selayaknya dari Sebaik-baik Pemberi Hukuman,

    Biar ALlah yang menghukum mereka nanti, andai ada barang kita yang hilang.. mungkin terselit hikmah yang besar, dimana ALlah mahu membersihkan sebahagian dari harta yang kita miliki, insyaALlah yang terbaik adalah berhati-hati ^_^

    ReplyDelete
  2. tq rizqan.betul tu.semoga dibukakan pintu hati si pencuri itu untuk bertaubat.AMin...

    ReplyDelete