Wednesday, April 13, 2011

MY MASTERPIECES #5-HANYA PADA-MU

Salam.

Manusia,
Jauh dari kesempurnaan,
Sentiasa terleka,
Cari kebendaan,
Sentiasa tersilap,
Dalam percaturan,
Sentiasa tersasar,
Dari kebenaran.

Aku juga manusia,
Yang tiada kesempurnaan itu,
Yang sentiasa terleka,
Yang sentiasa tersilap,
Yang sentiasa tersasar.

Aku mahu berubah,
Aku mahu beralih arah,
Ke jalan yang DIA redhai,
Ke jalan yang DIA rahmati,
Tapi mengapa,
Mengapa dan mengapa?
Terasa payah,
Terasa susah.

Seperti mana,
Membaranya semangat di titik mula,
Seperti itu jugalah,
Mudahnya hati ini berubah,
Senangnya hati ini terpesong,
Kembali ke jalan yang kelam,
Balik ke lorong yang kusam.

Ya Rabbi,
Berikan aku Istiqamah,
Agar tetap hati ini,
Agar kukuh jiwa ini,
Untuk terus memburu redha-MU.

Ya ALLAH,
Berikan aku kekuatan diri,
Berikan aku keteguhan iman,
Untuk aku menghadapi,
Segala onak ranjau duri,
Dalam perjalanan,
Untuk berada di bawah lembayung rahmat-MU.

Hanya pada-MU aku berserah Ya Rahman Ya Rahim...Amin...

Salam



-nurynweida-

4 comments:

  1. bley jadikan doa after solat jemaah ni.hee
    -maisarah-

    ReplyDelete
  2. hee...kalau kau rasa nak jadikan,jadikan lah..doakan untuk aku sekali.. =)

    ReplyDelete
  3. Tulis seniri ke 'ain ?
    mantop ! hehe
    happy holiday ~ ;)

    ReplyDelete
  4. hehe..yup2..sendiri..baru berjinak2..hehe..tq//
    happy holiday to u too =)

    ReplyDelete