Sunday, May 1, 2011

KLIBF 2011

Salam. Hai readers! =)

Tengah dalam mood excited ni! Haha. Kenapa kenapa?? Sebab aku dah dapat yang aku idam-idamkan selama ni. Yeah!!! Hehe. Apa bendanya tu? CONTENGAN JALANAN by HLOVATE!! (^.^) Sape yang fan HLOVATE macam aku ni pahamla kenapa aku sungguh teruja.Hehe.Ok,aku tau ramai yang dah ada buku tu tapi aku tak kisah sebab aku memang sangat la excited since aku memang menanti setelah sekian lama. Aku dapat buku tu lambat sebab aku beli lambat. Ala, lambat 5 hari je pun since dia released time KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR (KLIBF). Aku pergi KLIBF ni lambat tu yang dapat lambat. Hehe.

-CONTENGAN JALANAN I-FEND (by HLOVATE)-


-CONTENGAN JALANAN II-K^2 (by HLOVATE)-


CONTENGAN JALANAN I and II ni sebenarnya dalam 1 buku je. Gabungkan dua cerita dalam satu buku. Cover depan CONTENGAN JALANAN I and cover belakang CONTENGAN JALANAN II. Aku mula-mula ingat dua buku yang berbeza. Rupa-rupanya satu je. Creative kan?


Ikutkan, novel yang menjadi hak milik aku yang mutlak ialah novel CONTENGAN JALANAN ni dengan lagi satu novel which is GENG ABCDE BERCUTI DI ARAU by HLOVATE gak. Actually buku GENG ABCDE ni novel kanak-kanak. Tapi apa aku kira. Sebab HLOVATE yang tulis aku beli gak. Haha. Novel-novel lain semua ibu yang punya. Ayah punya dua je, SUTERA BIDADARI by RAMLI AWANG MURSHID and KERANA RM2.50 by NORHAYATI BERAHIM. Ibu punya tak payah kata la. Banyak gila. Kalau boleh semua novel ibu nak beli. Haha.


Family aku memang gila novel. Dari parents aku sampai la kat semua adik-beradik aku. No wonder la kawan-kawan aku kata rumah aku ni dah macam library da. Bersusun-susun novel kat rak buku tu. Hee. So, KLIBF ni merupakan rutin wajib family aku setiap tahun. Semalam baru beli novel-novel orang-orang besar dalam rumah ni. Ahad ni insyaALLAH giliran novel budak-budak kecik pulak. Haha. Kat bawah ni antara yang ibu beli.


-Ni baru sikit..-


-BISIK-BISIK GELORA by FAUZIAH ASHAARI-

-CINTA YANG KU RASA by ANIS AYUNI-

-AKU YANG MENANTI by HAIZA NAJWA-

Yang kat bawah ni pulak suasana kat PWTC tu..


-PWTC-

-Norhayati Berahim-

-Banyak rombongan budak-budak sekolah time aku datang tu-

-Ujang-


-Shopping buku-


Ok la. Sampai di sini sahaja. Bye.


Salam


-nurynweida-











4 comments:

  1. aaaaaa bestnye byk gile buku!
    -maisarahz-

    ReplyDelete
  2. haha.. cmne nk bg suke novel cm ko ek..

    ReplyDelete