Tuesday, May 17, 2011

MY MASTERPIECES #6-CERITA SI KECIL..

Salam..

Semalam,
Masih ku ingat lagi,
Saat pertama kali,
Seorang anak kecil;
Yang tika itu masih tak mengerti,
Masih tak fahami,
Sebuah hakikat realiti.

Mencabar diri menjejak kaki,
Ke dunia yang tak pernah dia ketahui,
Dunia yang bakal merubah,
Dunia yang bakal mencorak,
Hala tujunya di hari nanti....

Dan semalam,
Masih kuingat lagi,
Di sisi si kecil itu,
Adanya seseorang,
Yang sentiasa menemani,
Yang sentiasa mendampingi,
Tanpa rasa jemu tanpa rasa bosan,
Tika si kecil kebuntuan, dialah penunjuk jalan,
Tika si kecil kegagalan, dialah pemberi dorongan,
Tiada apa yang dia harapkan,
Selain kejayaan si kecil di masa hadapan...

Hari ini,
Si kecil sudah menginjak dewasa,
Si kecil sudah mengecap bahagia,
Kejayaan yang dahulunya menjadi impian,
Kini sudah dalam genggaman,
Tapi, semanis mana pun kebahagiaan yang digapai,
Setinggi mana pun kejayaan yang dicapai,
Seseorang itu tak pernah luput dari ingatan...

Dan hari ini jugalah,
Si kecil yang dahulunya tak mengerti apa-apa,
Si kecil yang dahulunya tak fahami apa itu pancaroba,
Berdiri di sini, di pentas ini,
Untuk menghulur penghargaan,
Buat seseorang itu yang banyak berkorban,
Untuk aku ; "si kecil itu" menempah kejayaan...

TERIMA KASIH dan TERIMA KASIH buat seseorang itu...
Seseorang yang aku panggil GURU..
OK I know, da lepas 16 MEI, tapi better late than never kan. Hehe. Masa tak mengizinkan untuk aku update semalam. By the way, Guru aku bukan lah seorang sahaja. Ramai. Tapi dalam poem kat atas tu, macam kata ganti nama gitu. Haha. Aku sebenanrnya kalau tak takde gak nak buat poem. Tapi ayah aku mintak tolong so buat aje lah. Dan poem ni dibuat time aku takde idea langsung. So, hasilnya macam di atas. Hancur. Sorry Ayah..

Tapi apa-apa pun,

SELAMAT HARI GURU

buat semua warga pendidik tak kira lah dimana saja anda berada.

Salam.

-nurynweida-

3 comments:

  1. wohoo w/pun kata xde idea tp terhasil jugak sebuah puisi ni, biar ape pun.. hasilnya + isinya mantap ^_^

    p/s: rizQan harap dapat baca masterpiece aien yg ke-313, skrg baru ke-6 kn [maksudnya rizQan nk aien teruskn menulis k] :D

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru! ko kire guru gk la kan? hehe

    ReplyDelete
  3. rizqan: hehe.tq rizqan..tp serius ain mmg rendah diri kot kalau nak compare ngan rizqan. Btw, insyaALLAH..kalau berkesempatan dan diizinkan akan ada masterpiece yg seterusnya...

    Fain :ex guru..haha.btw tq dear..

    ReplyDelete