Tuesday, July 19, 2011

THE AWESOME JULY! #PART 1

Salam. Hai semua.

Wow, dah lebih sebulan aku tak update blog. Biar betul? Huhu. Honestlys, lepas entry Belasungkawa: MOHD ADHAMERUDIN OMAR tu, aku semacam tiada mood untk menulis walaupun idea kadang-kadang ada lah jugak kan. Ditambah lagi sepanjang bulan 7 ni jadual agak padat. Wah ayat nak bajet busy je kan. Haha. Eh, tapi serius lah. Dari hujung bulan 6 haritu aku da busy. Dengan kenduri kat kampung nye, dengan kem nye dan macam-macam lagi la.

Eh, wait a minute, aku pergi kem?? WOW!! Rajinnya. Haha. Well, kem yang aku hadiri tu adalah KEM BIASISWA KHAS TENAGA AKADEMIK IPTA (BKTA) di AMPANG PECAH. Kem ni anjuran KEMENTERIAN PELAJARAN TINGGI (KPT) . Sebenarnye kem ni adalah kesinambungan kem yang pertama dulu. Kiranya kem yang aku pergi ni adalah untuk modul yang kedua la.
Perasaan aku untuk kem ni at first biasa-biasa je. Takde la semangat gila nak pergi tapi takde la sampai taknak pergi. Sebab aku kurang semangat sebab aku memikirkan jumlah peserta yang terlalu ramai. Just imagine 263 people join this camp. Tak ke pack. Sebab ramai sangat sebab batch first (batch aku) gabung dengan batch bawah kitorang. Tak seperate macam model 1 dulu. Tapi at the same time, aku nak pergi kem ni sebab dah agak bosan di rumah ditambah lama tak jumpe kawan-kawan kem tu.Hehe.

Kat kem tu, aku ni dapat group D. Punya ramai peserta kali ni. group sampai ada 12 group dan satu group ada lebih kurang 20 orang. Haru gila. Ikutkan lagi ramai kot tapi ada beberapa orang yang tak datang. Dan kat group aku tu, tak ada sapa pun yang aku kenal melainkan sorang junior aku dari UIA, FALAHA and sorang ahli group lama aku, SYAFIQ. Yang lain semua aku tak kenal. Huhu. By the way nama group aku adalah SCIENTIST DA BOMB!!! Memang DA BOMB lah sampai boleh jadi champion tu. Haha. And kitorang kat sini wajib dipanggil doktor. So, my name is DR.AIN ok. ;-)

This is DA BOMB!


Ehem. Haha


Macam-macam la aktiviti kitorang kali ni. Ceramah dia ok la untuk pendedahan kerjaya. Macam-macam input yang aku dapat. Aktiviti pulak, 'LEMBAH BERASID', 'SANG KELEMBAI', 'KALA BULAN MENGAMBANG' and 'EXPLORACE'. Yang paling tak boleh lupa EXPLORACE la. Tak pernah-pernah aku main KONDA-KONDI, main GULI. Tapi semua tu aku dapat rasa time kem ni. Dan satu benda yang aku tak sangka aku boleh buat, cari duit syiling dalam bekas yang dipenuhi CACING, CENGKERIK and KATAK. Euwww... Geli!!!! Tapi Alhamdulillah berjaya. Hehe.

Euww!!!


Dok semangat nak main konda kondi. Haha


Then, at last benda yang paling aku tak sangka group aku jadi JUARA! Satu group tak percaya. Yela, sebab group kitornag kan low profile. Ehem. Haha. tiba-tiba jadi juara. Tapi apa pun, tak rugi untuk aku join kem kali ni. Macam-macam pendedahan aku dapat. Walaupun tempat dan makanan tak se'best' LEMBAH AZWEEN tapi yang lain bagi aku ok. Aku enjoy dan aku bersyukur sebab aku terpilih. :')

Align Center
Markah sang juara. Hehe



Aku, Ain(same name with me ok) and Syafiq. Groupmate terbaik yang konon bajet senior. Haha.

Aku and Sue. The best friend ever.

Para Saintis Muda

Kami bersama hadiah kemenangan. Ron and Nora M.I.A


Ok. ni la cerita kem yang aku pergi tu. Hehe. Nantikan part 2 THE AWESOME JULY! hehe

Salam

p/s:some pictures credit to Bro.Saiful and ahli2 group ku.hehe



-nurynweida-

10 comments:

  1. gambar yang satu tu tak letak ke??ekeke

    ReplyDelete
  2. wow best nya.xpenah lak akak join kem2 mcm ni.teringin gila nak g.adakah collaboration nagn uia sekali?or mmg KPT je yg anjurkan?

    ReplyDelete
  3. hehehe. xpe kak.mungkin suatu hari nanti.uia penganjur bersama la kiranya.kaunselor2 uia yg jadi fasi kitorg. tp main penganjur KPT la..=)

    ReplyDelete
  4. hahaha..aku menantikan your next next entry..

    ~nab

    ReplyDelete
  5. owh..entry enxt2 lambat lagi kot.hahaha

    ReplyDelete
  6. wohoo..
    x pernah tau pun ada kem sebest camtu,
    kalau ada lagi invite² la sahabat blogger ea aien~
    coz rizQan dah tertarik untuk join ^_^

    ReplyDelete
  7. rizqan, kem ni anjuran KPT untuk sesiapa yg terikat dgn perjanjian KPT. tapi lepasni,kalau ada kem2 yg macam ni lagi, InsyaALLAH ain leh invite rizqan untuk join =)

    ReplyDelete
  8. hahaha..tahniah buat pemenang2.

    ReplyDelete