Wednesday, December 28, 2011

2011 MEMORIES

Salam..

2011 sudah tiba ke penghujung. Seperti biasa setiap tahun ada macam-macam cerita di dalamnya. Pahit, manis, tawar, masin, suka, duka dan sebagainya. Tapi apa pun itulah hidup. Perlbagai rencah rasa di dalamnya. Macam mana rasa sekali pun, macam mana tunggang terbalik pun, hidup perlu diteruskan.
2011, macam-macam aku lalui. Pelbagai pengalaman yang aku tempuhi dan hadapi yang mengajar aku erti sebuah KEHIDUPAN.

1) 15/6/2011 - Aku hilang antara insan yang paling rapat dan sayang dalam hidup aku. Aku tak pernah tak rindu dia. InsyaALLAH, dia tetap dalam ingatan.. Al-fatihah.. (Entry berkaitan)

2) Dugaan yang pelbagai untuk keluarga aku. Macam-macam berlaku. Sampai satu tahap aku rasa give up dan tak mampu lagi nak hadapi. Tapi ujian tu lah yang mematangkan kita dan menyedarkan aku yang hidup tak selalu indah. Tapi apa pun, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Hubungan kekeluargaan aku lebih rapat dari sebelum ni. And aku tau, keluarga adalah antara harta yang paling bernilai dalam hidup aku. Tiada galang gantinya. Susah mana pun hidup aku, jatuh terjelepuk pun aku, keluarga aku sentiasa ada kat sisi aku. :')

3) Ok ini cerita happy! Ada antara kawan-kawan baik aku yang dah melangkah ke fasa 'nak jadi isteri orang dah'. I am really happy for them. Semoga berkekalan hendaknya. Mereka sudah, aku bagaimana? Ehhh... hahahahaha.


-Bukan pelamin aku pastinya. Haha-


4) First time ibu ayah lepaskan aku pergi vacation dengan kawan. Travel naik kereta. Bukan naik bas. Okay, memang aku batak sikit. So, what? Haha :-p Walaupun hanya ke Kelantan dan Terengganu, tapi best kot! Next time nak pergi tempat lain. Eceh, banyak duit kau Ain. Haha.

-Pelancong excited-
5) New responsibilities for me. Amanah yang aku perlu jaga dan pikul dengan sebaiknya. Macam aku kata sebelum ni, walaupun bukan jawatan tertinggi, tapi ia still amanah yang perlu aku galas sebaiknya. Titik perubahan aku untuk menjadi lebih baik dari sebelum ni. InsyaALLAH..

Ok la. Ikutkan banyak je lagi yang berlaku. Tapi apa kes kan nak cerita semua. Hehe. Ni antara yang aku paling ingat la. Haa..  ada lagi satu yang paling aku ingat, tapi tak nak cerita la. Biarlah rahsia.. Teeeeet. tak payah poyo sangat la Ain. Haha.

By the way, semoga 2012 lebih baik dari 2011 untuk aku dan kamu-kamu semua. InsyaALLAH =)Ok, till then bye!

Salam

-nurynweida-

No comments:

Post a Comment