Friday, April 29, 2011

BILA BUAT-BUAT BAIK...

Salam. Hai semua.

Kabare? Wah, berbahasa jawa pulak. Haha. Aku kat rumah ni masih bersenang lenang. Hanya makan, tidur, online dan kerja-kerja yang biasa aku lakukan kalau musim cuti bermula sehinggakan nak update blog pun malasnya. Tiada yang bombastik lagi. Nak kerja, tak kerja lagi. Masih menanti tawaran datang bergolek. Haha. Kau ingat kau siapa Ain. Nak menanti kerja datang kat kau. Lambat lagi la. Haha. Takdela. Actually,sedang menunggu jawapan. Hee.

Sebenarnya, aku nak berkongsi satu cerita ni. Dah lama dah terdetik nak tulis tapi tak tertulis pulak. Al maklumlah. Orang rajin. Cerita ni aku baca dekat buku kawan aku. Macam buku motivasi jugakla. Wah, Ain baca buku motivasi tu. Jangan tak percaya ok. Haha. Ceritanya macam ni... (Aku ringkaskan dan tulis dengan cara aku sendiri tau tapi tanpa mengubah isi pentingnya)

Kat satu sekolah ni ada la seorang budak. Namanya A. Dia ni tak ramai kawan. Yang rapat dengan dia pun seorang je iaitu B. B ni kalau tak silap aku ramailah kawannya dari si A ni. One day, si B ni bertanya kat si A;

"Kenapa ye kau tak ramai kawan?"

B menjawab;

"Entahlah, aku pun tak tau. Aku cuba buat-buat baik dengan orang supaya orang kawan aku. Tapi masih tak berhasil."

Nak tau apa B cakap apa kat si A tu lepas si A cakap macam tu? B cakap;

"Kalau kita buat-buat baik, memang orang tak akan kawan dengan kita. Tapi, kalau kita baik, barulah ramai orang akan kawan dengan kita."

-End of the story-

Korang faham tak maksud cerita ni? Aku tak taulah kenapa. Tapi banyak-banyak cerita dalam buku yang aku baca tu, cerita ni lah paling aku ingat. Kalau ikut pandangan aku, setelah difikir-fikirkan, aku baru sedar memang betullah apa yang si B tu cakap. Kalau kita buat-buat baik, itu macam adalah satu kepura-puraan sebab kita BUAT-BUAT BAIK. Kita seperti HIPOKRIT dan tak jujur dengan diri sendiri. Kita hanya pretend jadi baik sebab nak gain more friends. Thats why la orang tak nak kawan dengan kita. Katakanlah, kalau la kita dapat ramai kawan disebabkan perangai yang BUAT-BUAT BAIK tu, one day, kawan-kawan kita akan tinggalkan kita jugak sebab perangai macam tu. Siapa yang suka ditipu? Betul tak? Dan kalau kita BUAT-BUAT BAIK pun, kita sendiri akan rasa tak selesa sebab kita tak jujur dengan diri sendiri. Aku pernah baca dalam satu novel, ayat dia lebih kurang macam ni;

"Orang yang paling tak jujur adalah orang yang tak jujur dengan diri dia sendiri.."

Thats why lah, kita kena jadi BAIK. Kalau kita rasa diri tak baik, berusahalah untuk menjadi seorang yang BAIK. Jadi BAIK dengan ikhlas,sebab kita nak membaikkan diri kita bukan sebab untuk kepentingan tertentu sehingga kita terpaksa BUAT-BUAT BAIK. Bila diri kita BAIK, kita tak perlu risau sebab orang yang sendiri akan nak and willing kawan dengan kita sebab perangai kita yang BAIK tu. So, marilah kita bersama-sama berusaha untuk meperBAIKi diri kita ke arah yang lebih BAIK. Lakukan dengan seikhlas dan sejujur hati kita. InsyaALLAH DIA akan permudahkan segalanya. =)

By the way, ini hanya pandangan aku. Kalau korang semua ada, pandangan tersendiri, amatlah dialu-alukan untuk berkongsi. I am really appreciate it . =)

Salam

-nurynweida-

4 comments:

  1. berpura-pura jadi baik tak pernah bawa kebaikan.. apa kata berubah untuk jadi baik terus, insyaALlah bukan je kawan yang kita dapat tapi lebih banyak lagi nikmat dari Tuhan~

    ^_^

    ReplyDelete
  2. along: thanks =)
    rizqan : agree.. thanks btw =)
    fain : thanks =)

    ReplyDelete