Thursday, May 19, 2011

CABARAN TERSENDIRI

Salam! Hai semua =)

Memandangkan hari ni tuan blog ni rajin sikit harini, meh kita update blog meh. Hehe =p... By the way, aku tak ingat aku pernah mention kat blog ni atau tak tapi rasanya belum kot. Aku ni pelajar jurusan Sains Matematik kat UIAM Kuantan. Ok, I know, ada yang da tau. Haha. Eh, pekehal nye aku ni memaparkan aku ni pelajar jurusan apa. Intro intro terus cerita pasal aku amik course ape kan. Buang tabiat ke Ain? Oh tidak. Ada motif sebenarnya. Hehe.

Apa motifnya? Takdela. Ni nak cite sebenarnye ni. Course aku ni ramai yang membangkitkan persoalan sebegini;

"Nanti da abis belajar kerje ape?"
"Nanti kerjenye jadi cikgu atau pensyarah je la ye?"

Hurmm, aku kadang-kadang penat gak menjawab (bajet la kau Ain). Sebenarnye course aku ni bukan lah kerjanya nanti semata-mata jadi cikgu atau pun pensyarah je. Macam-macam sektor boleh kitorang ceburi. Sektor perindustrian kitorang boleh masuk, sektor perbankan boleh dan macam-macam lagi la. Sebabnye Matematik ni boleh digunapakai di mana-mana sahaja. Yeah, I know, maybe orang ramai tak tau job scope kitorang sebab kitorang punye course ni bukan macam course-course yang lain. Contohnya, kalau ambik Medic, orang tau akan jadi doktor. Kalau ambik Engineering orang tau akan jadi Engineer. Kalau ambik Sains Matematik? Jadi cikgu Matematik ke?? Jawapannya adalah tidak ye. Macam aku kata tadi, macam-macam boleh kitorang buat selain jadi pendidik. Hee.

Ok, seterusnya.. Aku sedar course aku ni tak de lah se'famous' critical course such as Medic, Pharmacy, Dentistry etc. Aku salute lah sape yang ambik critical course ni. Nama pun critical kan, so confirm la mencabar. Nak ambik course ni pun qualification yang diperlukan tinggi. Tapi, walaupun tak famous, course aku ni mencabar jugak. Sentiasa kena menghadap nombor,kena derive macam mana satu formula tu terhasil dan macam-macam lagi la. Kalau tak caya cubalah tanya coursemate aku. Huhu. So, sebab tulah aku agak sentap jugaklah bila orang kate course aku ni senang je. Ok, fine! Kalau senang, takdela aku ni sentiasa gagal untuk mendapat 4.0 for every semester. Huhu. By the way, apa yang senang kat dunia ni kan? Everything ada cabaran tersendiri. Every courses ada kesusahan masing-masing. So, janganlah kata macam tu. Dan kalau senang gak, cube lah try join course aku ni. Nak tengok boleh tak score A for every subject. Ok, maybe orang yang berkata itu pandai dan yakin dia boleh dapat A untuk semua subjek dalam kursus Sains Matematik, thats why lah dia kata macam tu kan? Hee.

Aku pernah dihadapkan dengan kata-kata macam ni;

"Ala, kau bolehlah. Setakat amik Math tu je. Kitorang ni budak ***** busy je. Takde masa semua."

Dan kawan aku jugak pernah dihadapkan kata-kata seperti ini pulak (ayatnye aku tak ingat tapi lebih kurang kot) ;

"Korang (dak Math) belajar macam mana pun, last-last guna je formula yang korang belajar tu jugak"

Hurmm, serius aku macam panas je dengar ayat-ayat tu. Kalu ye pun, janganlah merendah-rendahkan course orang lain. Kalau takde budak-budak Math ni, sape la yang nak buat pengiraan segala bagai tu. Aku tak kata course aku ni amat penting walaupun ye, ia amat penting (ayat cam hape tah ni). By the way, setiap courses yang wujud kat dunia ni relevan ok. So, tak yah la nak kritik segala bagai. Macam mana orang lain accept kau amik course yang kau ambik tu, kau pun kenalah respect course yang orang lain ambik. Jangan sebab kau ambik course yang kau rasa hebat, ko boleh sesuka hati nak kata course orang lain senang. Macam aku kata tadi, semua course ada cabaran masing-masing. Kau hanya tidak merasainya.

Eh, ayat aku emo ke?? Tak kan? Haha. Takdela, sebenarnya aku tak point kat specific person pun. Hanya luahan hati aku. Mesej yang aku cuba nak sampaikan kat sini, "DONT DISCRIMINATE" any courses pun. Every courses ada kepentingan dan peranan masing-masing tak kira la course ape pun. Dan kita juga saling bergantungan dan memerlukan antara satu sama lain. Jangan memandai kata macam-macam sebab kita bukannya ambik banyak course dalam satu masa. So, kita tak tau ape kesusahan budak-budak course lain. Eh, by the way aku takdela pulak suruh korang ambik banyak-banyak course untuk merasai susah senang course lain. Hehe. Apa pun, semoga kita semua berjaya dalam setiap bidang yang kita ceburi. InsyaALLAH =)

p/s : Diingatkan bahawa ini hanya pandangan peribadi aku. Harap maaf jika ada kekasaran dan kesalahan dalam penulisan ini..

Salam

-nurynweida-

13 comments:

  1. i agree wif u. tula kdg2 org ske amek remeh dak2 amek kos yg x kritikal ni kan. padahal same je susahnye. nak tahu cecube lah amek gak kos tu. nak tengok dorang ckp sng k ssh nnti.

    ReplyDelete
  2. setuju! kalau aku tulis ni memang ayat lagi pedas der. kalau rasa math senang sangat, kau selak satu muka surat buku math method je dah cukup, tengok faham ke tak.

    ReplyDelete
  3. yeah..hehe.. tula..dorang xrase.btw, kita pun sama2 la supaya tak merendah-rendahkan course2 lain =)

    ReplyDelete
  4. mady: hahaha.math method is a nightmare!haha

    ReplyDelete
  5. yeah! setuju2. eh, sapa cakap math senang? medik yang senang kot. medik je kot. :P

    ReplyDelete
  6. hahaha..uiks..xde benda yg senang kot kat dunia ni..hahaha

    ReplyDelete
  7. kata2 mu sungguh best ain! stuju banget! ramai jugak org kate gtu kat wa.. sampai wa katekan pada diri sendiri.. "korang xtahu ape yg aku rase.. n korang xtahu pape pun pasal cos ktorg.. sabo je la.. sesungguhnye mreka tidak mngetahui" hehe..

    ReplyDelete
  8. huhu...tula..pedulikan kata2 mereka..bersabar dan terus berusaha..hee=)

    ReplyDelete
  9. ala ain.akak sokmo sentap je ngan orang2 yang anggap kos yang kita amek ni senang je.akak pon selalu kena camni.pastu da jenuh da nak jawab,"nnt da kuat esok2,nak keje ape?lab eh?"..penatla.last2 nagguk je.malas nak bkk mulut.huhuhu

    ReplyDelete
  10. owhehe...kesimpulannya mmg kene bersabar je lah..huhu

    ReplyDelete