Tuesday, October 18, 2011

JAMBATAN ILMU

Salam. Hai semua.
Pagi-pagi hari ni, aku menggagahkan diri aku nak update blog yang berkurun lama aku tak update ni. Walaupun assignment menimbun, mid-sem exam around the corner, aku buat-buat tak kisah seketika since blog ni dah lama tak mendapat kasih sayang tuannya. Ditambah dengan line yang agak memberangsangkan di pagi hari. Haih. Apa aku merapu ni.Haha.

Dah lama tak update ni, macam-macam la konon idea ni datang tapi macm iasa nak update nye malas betul tak. By the way guys, korang ingat tak entry aku yang ni ==> KLIBF. Pasal family aku yang sangat sukakan buku. So, aku macam nak share my thought lebih kurang pasal buku-buku ni la. Hee.

Aku memang suka membaca. Tak kira la bahan bacaan macam mane. Novel ke, blog ke, magazine ke. Tapi, err buku ilmiah seperti BUKU TEKS KIMIA, BUKU RUJUKAN BIOLOGI dan yang seerti dengannya, jujur aku kata, itu kurang. Haha. Tapi dalam banyak-banyak bahan bacaan, antara yang paling aku minat selain blog is novel. Tapi minat aku ni tak lah sehebat mane. And aku rasa minat aku baca novel tak boleh lawan kawan aku si Nab tu dan juga ibu aku. Hehe. Aku baca novel bila aku rasa nak baca and bila aku bosan-bosan tak tau nak buat ape.

Minat aku baca novel ni dah lama dah. Since umur belasan tahun. Ye lah, dah kat rumah tu tersusun novel yang ibu ayah aku beli, balik kampung pulak makcik aku seolah-olah membuka library dengan rak novel tercongok kat sudut rumah tu. Manalah aku tak terpengaruh kan. Mula-mula, aku baca novel ni main taram je baca novel yang ada tu. Lama kelamaan, aku menjadi semakin selektif untuk novel yang aku baca. Even,kat rumah tu novel melambak-lambak, tapi tak semua aku baca. Kalau agak-agak penulis tah hape hape, bye-bye lah. Kalau cerita dia klise je, pun bye bye lah aku kata. Bila dah selalu baca novel ni, kita boleh tau samada penulis ni bagus atau tak, idea dia segar atau tak. Sometimes, apa yang aku nampak, ada sesetengah penulis yang macam ciplak idea-idea orang lain pun ada. Ada gak yang aku pernah baca, jalan cerita dia lebih kurang macam satu drama tv yang popular. Cuma ubah sikit-sikit. By the way, kebetulan mungkin.. I dont know.
Tapi kan, one thing yang aku kureng sikit is persepsi sesetengah orang. Da berapa orang dah aku jumpa, bila dia tau aku suke baca novel, akan keluarlah kata-kata;

"Eeee..Ain jiwang.."

Apa kes nak cakap gitu kan. Ape ingat semua orang yang baca novel jiwang ke? Then ape ingat semua novel tu tema dia cintan-cintun ke? Haih, cuba ubah sikit pemikiran tu sikit. Eh, aku ter'emo' pulak. Haha. Memangla ada sesetengah novel bahasa berbunga-bunga. But, apa yang aku perhati sekarang, novel-novel sekarang bahasa diorang lebih santai. Then, kalau tema cintan cintun tu owh tidak semua ok. Kalau NORHAYATI BERAHIM, more to family matters and isu-isu semasa, HLOVATE more to remaja and RAMLI AWANG MURSHID more to thriller. See, mana ada cintan cintun bagai ni kan. Tak caya  cubalah baca.

Haaa, ni yang penting ni, novel ni ada dia punye faedah nya. Baca novel ni lah yang buat aku tau sesetengah perkara yang aku tak tau. Penulis-penulis yang hebat tak akan biar dia punya novel kosong macam tu je. Akan ada info-info yang berguna untuk pembaca diorang. Ada ilmu yang diorang nak share ngan readers diorang. Ada koral value yang kita boleh dapat. Cume terpulang kat kita je nak paham atau tak. Biasanya diorang akan kaji dulu isu yang diorang nak ketengahkan dalam novel diorang, Thats why aku kata aku sekarang selektif dalam pemilihan novel. Kalau setakat novel yang aku rasa kosong, aku tak akan cari la lagi buku keluaran penulis tu lepas ni. Novelis yang aku suggest untuk korang baca hasil penulisannya in terms of ilmu, moral value and yang seerti dengannya :
  1. HLOVATE
  2. NORHAYATI BERAHIM
  3. RAMLI AWANG MURSHID
Tiga novelis ni bagi aku the best. Korang tak akan rasa romantika la baca novel diorang ni, Diorang memang jiwa aku sebab diorang tak kosong and penulisan diorang sangat bagus bagi aku. Tapi, bagi siapa yang nak belajar bahasa jiwang karat cintan-cintan, I dont think novelis ni sesuai. Hee




Ok la, till then. Bye.

p/s: AKu suka baca novel sebab aku SANGAT JARANG mengeluarkan duit nak beli since semua ibu yang sponsor. Hihi :-p
-sumber gambar--google--
Salam

-nurynweida-

4 comments:

  1. cun..weee.. sekarang ni kalau nak beli novel, kena hati-hati.. cover dia cun-cun. buat orang senang tertipu. dan orang itu adalah aku..huuuuuuu

    ReplyDelete
  2. tau xpe weh..baca sinopsis...bukan tgk cover.haha

    ReplyDelete
  3. haha..sinopsis pun dua kali lima je. sinopsis je best.tapi cite hampeh *merujuk kepada novel yang aku baru beli*..haha.. btw, cun ko nye header.

    ReplyDelete
  4. hahaha..aku jarang sangat percaya sinopsis.hahaha..aku mmg tgk penulis..
    ehehe,tq...

    ReplyDelete