Sunday, January 2, 2011

LOVE-LETTERS AGUNG!


Salam. Hai semua.

Harini aku nak cakap pasal love-letters. Jeng jeng jeng. Love-letters? Apakah love-letters itu? Hehe.. Aku rase semua orang tau kan love-letters tu ape kan? Dalam bahasa melayu "love-letters = surat cinta". Waa.. surat cinta? Mesti ada antara korang pernah dapat kan? Kan? Lagi2 mase time sekolah dulu. And entah2 korang pun pernah bagi seseorang thats love-letters tu kan? Haha



Ok. Actually ak bukan nak cakap pasal love-letters yang penuh dengan bahasa jiwang karat ala2 mat bunga or minah bunga tu tau. Tapi love-letters yang lain. Love-letters yang semua orang pasti dapat. Tak ada sorang pun yang tak dapat. Betul! Aku tak tipu! Nak tau tak love-letters dari siapa?

Love-letters yang aku maksudkan tu adalah love-letters dari Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, ALLAH S.W.T. Daripada Khaliq kepada hamba-hambanya. Macam mane love-letters dari ALLAH tu? Love-letters dari ALLAH ni bukan macam love-letters versi manusia yang tulis pakai pen warna-warni, yang letak bedak, perfume segala bagai tu. Bukan ok! Love-letters dari ALLAH ni ditulis dengan bahasa yang paling indah di dunia. Tak ade apa pun yang boleh menandingi keindahannya. Bila kita baca love-letters ni hati kita akan rasa tenang sangat. Tak perlu letak perfume semua bende alah tu dah.

Then,dengan love-letters ni jugak kita boleh baca berulang-ulang kali dan bila kita hayati maksud dia, kita akan rasa insaf dan terasa betapa kerdilnya di sisi ALLAH. Kadang2 ada sesetengah orang akan menangis bila baca love-letters ni. Kalau love-letters dari manusia kalau baca tu menangis selalunya sebab nak mintak break kan? Sebab lepas mintak break confirmla sedey and frust sebab tu nangis kan? Tapi love-letters yang satu ni orang menangis bukan sebab frust ke apa. Tapi sebab rase betapa hinanya kita di sisi ALLAH. MasyaALLAH. (T_T)





Umm, aku ni dari tadi dok sebut love-letters berulang kali. Apa love-letters yang aku maksudkan tu sebenarnya? Baiklah, love-letters yang ak maksudkan tu adalah risalah yang paling agung, kitab yang paling suci diwahyukan kepada Nabi kita, MUHAMMAD S.A.W sebagai panduan kepada umat manusia sejagat iaitu AL-QURAN al-KARIM.


Kalau nak huraikan pasal al-Quran, aku rasa terlampau banyak untuk dihuraikan. Aku pun bukanlah orang yang betul-betul layak untuk menghuraikan segala isi kandungannya. Tapi aku hanya boleh mengajak dan mengingatkan semua termasuk diri aku untuk sentiasa membaca love-letters yang agung ni. Aku tau, it is common bile nak buat something yang baik tu rasa malas sangat kan. Ada je alasan. Tak sempat la, tak reti baca la ape la. Aku pun kadang2 rase macam tu. Maybe ada yang tidak rasa macam tu. Alhamdullillah bagi sesiapa tak ade rasa macam tu. =) Tapi sebenarnye, kalau kita nak, boleh je kita sempatkan. Lepas sembahyang tu why not kita luangkan masa sekejap untuk baca love-letters ni. Tak payah la nak habiskan satu kitab tu in one night. Bacalah setakat yang termampu. Aku pernah terbaca kalau tak silap;


"Bacalah walaupun satu ayat.." (I'm not sure. Kalau salah, feel free to correct me ok)

Tapi insyaALLAh kalau kita amalkan, kita tak akan rasa jemu dan letih untuk membacanya. Sampaikan kalau tak baca yang kita jadi lain. Kita akan rasa rindu untuk membacanya. Jiwa kita akan kosong kalau tak membacanya. Tak terlambat lagi untuk kita sama-sama buat perubahan dalam diri kita. Amalkan bacaan al-Quran sekerap yang mungkin. Kalau kita boleh baca novel setebal LAGENDA BUDAK SETAN tu, baca entry2 blog yang baru why not kita tak boleh baca love-letters yang confirm2 banyak manfaatnya ni kan? Kalau tak reti kita boleh belajar kan? Tak ada alasan sebenarnya. Hanya kita manusia yang sering mencipta alasan.



By the way, kalau kata2 aku ada tersalah, sila lah betulkan. Dan siapa2 nak share ilmu anda, sangat lah dialu-alu kan. Thanx guys for reading this.


Salam.


-nurynweida-

4 comments:

  1. "sampaikanlah dariku walau satu ayat" hadith Junjungan Besar kita Muhammad saw ^_^

    ReplyDelete
  2. owh ok..tq2..hee..da agak da salah..

    ReplyDelete
  3. nice entry.and gaya ko menulis semakin ok.maksud aku da tak nampak ayat singkatan.hehe

    ReplyDelete
  4. tq beb..hehehe..tunjuk ajarku sifu deh!ehehe

    ReplyDelete