Friday, January 7, 2011

ORANG JUAL IKAN

Salam. Hai hai hai.

Korang korang. Pernah jumpa orang jual ikan tak? Pernah tak pernah tak? Mesti pernah kan. Kalau korang rajin ikut mak korang gi pasar mesti pernah jumpa. Takpun kadang-kadang ada la apek jual ikan datang rumah korang naik motor sambil bawak ikan segar-bugar. So, almost pernah jumpa la kan? Kan? Kan? Hehe. Tu orang jual ikan jenis gred A. Sebab dia betul-betul jual ikan. Tau tak ade lagi satu jenis orang jual ikan. Gred ape aku tak tau nak klasifikasikan. Sebab dia bukan jual ikan dari laut, sungai sume tu. Abistu, dia jual ape?




Sebenarnya, orang jual ikan yang golongan kedua ni dia tak jual ape-ape pun. Tapi aku saje je cakap orang jual ikan since aku translatekan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Ok. Jual = sell. Ikan = Fish. So, bila digabungkan jadi la sell fish. Nampak tak ape yang aku cuba sampaikan? Tak nampak lagi? Ok la. Aku sebenarnya nak bunyi dia je. Sell Fish bunyi nye = selfish. So, orang jual ikan yang aku malsudkan tadi adalah selfish. Rosak kan bahasa? Ahaha.


Baiklah, aku masuk point terus la. Intro punye la panjang kan. Haha. Selfish = mementingkan diri = individualistik. Sifat ni perlu tak dalam diri kita? Aku rasa sifat ni perlu dan juga tak perlu bergantung kepada keadaan. Sometimes, sifat ni perlu tapi hanya bila kita nak buat satu keputusan yang terbaik untuk diri kita. Contoh, kadang-kadang dalam hidup,kita kena buat satu keputusan yang sangat besar dalam hidup kita. Maybe benda yang nak dibuat keputusan tu, kalau kita lakukan ia nampak seolah-olah kita mementingkan diri sendiri. Kene korbankan bende lain. Tapi, kalau bende tu adalah yang terbaik untuk kita, tak salah kalau kita move on dengan keputusan kita tu. One day, orang akan faham kenapa kita buat keputusan tu. Lagipun setiap benda memerlukan pengorbanan right?



hidup perlukan pengorbanan


Tapi, itu selfish yang betul sebab maybe keputusan yang kita lakukan akan membawa kebaikan kepada manusia sejagat dan kita nak terbaik untuk diri kita dan orang-orang sekeliling kita. Macam mana pulak dengan selfish yang lagi satu? Selfish yang tak perlu dalam hidup kita?

Selfish yang AKU rasa tak perlu adalah bila kita memang tak fikir orang lain dalam buat keputusan. Asal diri sendiri lepas cukup la. Apa kisah orang lain. Aku, aku la, Kau, kau la. Ok, ini memang tak patut since kita hidup dalam komuniti. Jangan fikirkan diri kita sorang tanpa fikir orang lain. Hidup kena saling consider beb. Kalau kite tak consider orang lain macam mane orang lain nak consider kat kite. Betul tak? Contoh, kita ada satu perkara yang perlu diputuskan dan melibatkan orang2 sekeliling. Memang akan ada pilihan A atau pilihan B. Kena pilih salah satu pilihan. Everyone akan ada pilihan masing2. Tapi kalau pilihan kita tu akan menyebabkan orang lain bermasalah kecuali diri kita sorang yang tak bermasalah dengan pilihan tu, by hook or by crook kita kene consider gak pilihan lagi satu. Tak yah la nak tetap mempertahankan pilihan kita sedangkan semua orang boleh nampak tak ada masalah pun kalau kita pilih pilihan yang bukan kehendak kita. Kalau mengada-ngada jugak itu memang namanya CARI PASAL! Memang sah2 orang akan kata kita SELFISH ok.


Contoh lagi satu yang AKU rasa tak perlu. Kita hidup ada kawan. Ada keluarga. If one day, kita dah berjaya or ada peluang untuk hidup senang, dont ever leave orang-orang yang sentiasa dengan kita time kita susah. Keluarga dan kawan. Mereka yang rapat dengan kita. Jangan jadi 'kacang lupakan kulit' and jangan sekali-kali pentingkan diri kita je kalau kita da kecapi kejayaan dalam hidup kita ni.

Entry ni hanya pendapat aku secara umum. Jujur, aku pun kadang-kadang ada rasa SELFISH ni. Tapi, as human yang ada akal boleh fikir, kita tau mana satu betul mana satu salah. Yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan. Marilah sama-sama kita kurangkan sifat 'JUAL IKAN' yang versi tak perlu dari hidup kita ok.=)



Salam.


-nurynweida-

6 comments:

  1. input menarik..
    bagi saya plak; tanpa kesedaran sivik dan kekomunitian yang tinggi, seseorang boleh terjeremus ke lembah selfish ni.. jadi ada masany kita kena cuba bayangkan utk berdiri ditempat org lain ^_^

    ReplyDelete
  2. thanks.betul saya setuju.sumtym,kita mmg kena letakkan diri kita di tempat org lain..consider each other=)

    ReplyDelete
  3. salam...

    jauh benar maknanya jikalu di melayukan..

    :))

    follow ur blog...***14

    ReplyDelete
  4. salam sekamar rindu.haha.saje nak bagi hint2 sikit.

    ReplyDelete
  5. saye tersangat la setuju dngan input nie, tapi ade ade jenis sellfish yang plik skit,,
    contoh nye: apebile kte melakukan sesustu perkara dan ianya bejaya maka individu A akn bangge tahap yang ....tetapi individu B yg bnyak melaburkan idea dan sumbangan yg bernas dan sekiranya perkara yg kita lakukan itu gagal individu A akn menyalahkn individu B 100% dan memerahi individu B sekeras kerasnye,,
    ape pndapat awk.????

    ReplyDelete
  6. hye anonymous. =)

    Pendapat saya, individu B xpatut berkelakuan sebegitu since dia x merasai susah payah nak memerah idea sehingga berjaya tu. Should be, individe B tu patut menyokong individu A dan memberi semangat kepada individu A tu. Look like individu B tu hanya menyoko9ng individu A time senang je. xpatut la. Itu pendapat saya =)

    ReplyDelete