Saturday, January 8, 2011

EXCITED TERLEBIH!

Salam. Hai.

Hello readers! Update lagi. Hee. Weekend la baru cam ada time sikit la nak meng'update' page KALER HIDUP ni. Kalau weekdays, terpaksa berperang dengan macam2. Hehe. So, mari menggunakan weekend sepuas-puasnya (bajet takde keje lain la kan). Yeeha!
Entry lepas, ORANG JUAL IKAN, input dan mesej yang aku cuba sampaikan agak serius kot. Tapi macam yang aku tegaskan, itu hanyalah pandangan dan persepsi aku sahaja. Aku suka kupas benda2 yang berlaku dalam hidup aku, di sekeliling aku. Korang semua berhak accept it or not. Terpulang. Masing-masing ada pandangan tersendiri kan? =)

Ok lah. Ubah mood skema kepada mood santai jom. Hehe. Sebenarnya aku nak cite pasal ke-excited-an memasuki DARJAH 1!!! Aku ke yang memasuki darjah 1 itu? Of course la bukan kan. Aku yang besar gajah ni masuk darjah 1. Memang tipu. Haha. Baiklah, yang memasuki darjah satu tu sebenarnya adik bongsu a.k.a budak kesayangan aku tu. Sapa lagi kalau bukan NUR ALLISYA IMAN. =)



Aku bila tengok Isya masuk darjah satu ni, aku teringat la zaman ak cute2 dulu (cute ke?perasan.haha) masuk darjah satu. Aku masuk darjah satu memang rasa excited. Sebab rasa da besar la konon sedangkan time tu baru darjah satu. Haha. Pasal nangis2 masuk darjah satu ni aku bukan la orangnya sebab kawan2 pun da kenal time tadika. Ayah aku pun mengajar kat sekolah yang aku masuk tu. Papa aku pun. Papa aku tu pakcik aku tau tapi memang aku panggil papa. Hehe. Kawan-kawan ayah aku a.k.a cikgu kat sekolah tu pun da macam kawan2 aku da. Oops salah2. Tak dapat la macam kawan2 aku tp maksudnya aku da kenal lama la. Hehe. Aku ingat lagi time first perhimpunan, time cikgu2 kenalkan diri tu, aku dalam hati cakap;

"Alaa..da kenal da cikgu2 ni." (Poyo tak? Haha)

Then, time tu family aku duduk kat quarters guru. So, mengada-ngada la kan rumah depan mata nak melalak kat sekolah tu. Mau ibu ayah aku hambat aku dengan rotan kat tangan la gamaknya. Best nya rumah depan mata ni, rehat boleh balik rumah, makan kat rumah. Nak gi toilet pun gi balik rumah. Orang lain bawak baju time P.J, aku lenggang kangkung bawak beg je sebab nanti salin baju kat rumah. Then, takyah rushing2 nak gi sekolah. Bahagia gila hidup. Haha.


Isya ngan Yuni time first day sekolah kebangsaan.

Okay,back to Isya. Aku takde kat rumah time first day dia nak masuk darjah satu tu. Sedih tau. Sebab aku nak sangat melalui saat2 ke-teruja-an dia tu. Huhu. Eh, aku ke dia yang teruja tu? Haha. Punya la aku nak sangat tengok Isya time first day masuk sekolah, semangat gila suruh ibu MMS gamba Isya. Hehe. Tapi aku ingat la masa cuti haritu aku borak2 la ngan Isya;

Kakak : Isya da ready ke nak masuk darjah satu ni?
Isya : Ica x ready lagi la.
Kakak : Kenapa pulak?
Isya : Yela, Ica x bersedia lagi nak tukar cikgu baru semua tu.
Kakak : Hahahaha


Isya ngan Yuni time first day sekolah agama

Tula Isya. Haha. Second day aku call la dia. Borak2 dengan dia semua tu. Kelas mane and macam2 la. Sampai satu time tu, tiba2 ibu aku ambik call tu. Aku pun tanya la ibu, Isya mane. Tau tak Isya jawab ape? Dia jawab ;

"Malas dah Isya nak cakap dengan kakak."

Haha. Hambik kau. Sampai malas da budak kecik ni nak layan aku yang banyak tanya. Mengalahkan tak pernah masuk darjah 1. Isya ni. Kakak punye la excited dia boleh plak buat bodoh je. Haha. Ok la. Entry ni hanya cerita2 je. Bye2.


Isya ngan kakak nya yang heksaited

Salam.

p/s : Sometimes, bile flashback zaman dolu dolu ni best kan?Nak gelak pun ada. Haha.

-nurynweida-





No comments:

Post a Comment